Showing posts with label beauty. Show all posts
Showing posts with label beauty. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Korean beauty Tips.

Rasanya kita dilanda demam korea. Everything korea..Daripada TV Shows Running Man, drama series korea di TVBS di astro, music pulak semua dengar K-pop, gilakan Gangnam style..malah korean make up dan korean hairstyles tutorial pun kita layan dan belajar dari youtube, nak jugak rasa secomel ala-ala korean girls! ahha... rasanya omputih pun gilakan korean makeup, besarnya pengaruh entertainment korea kepada masyarakat dunia.
nak secomel atau kyowo macam yoona Girls Generation?

Girls Generation SNSD cantik di red carpet. oh ok ini hanyalah gambar hiasan.

How to look like a korean?

Rule no1: Mesti mempunyai flawless skin.
perasan tak bila kita tonton rancangan Strong Heart ataupun Star King, bila semua artis berkumpul dan mulut pun melopong...cantiknya artis pompuan korea..kulit cantik, bersih, licin, flawless! almost all of them have a very-very good skin, putih, and transluscent! ahh jeles..Nyatanya rahsia trick makeup flawless mereka adalah water-based skincare..ok p cari di kedai the face shop..hihi

Rule no2: Makeup look like tak mekap pon.
Apa yang best tentang korean makeup adalah makeup dorang natural..tak nampak pon dorang wear makeup. selalunya just a touch of lipgloss (ok sekarang popular pakai tony tint ala-ala korea), blusher, sentuhan eyeliner, dan mascara disamping flawless and glowing skin..seriously muka bercepuk-cepuk tu tak ada yer..hahaha, barulah kyeopta (cute in korean). :)

Rule no3: Mempunyai soft, flowing hair.
Yang menraiknya bila tengok artis -artis korea ni, rambut dorang cantik giler! daripada rambut straight, long perm, long curls mahupun short curls, ada bangs apa-apa gaya pun cantik..and buat me myself terlekat mata pandang muka dorang kat tv. siyesly super gojes..kuncinya adalah rambut yang lembut dan looks natural. walaupun rambut di set/ dibuat di salon pastikan ia looks like belongs to you originally..dan bila perm or curl rambut ataupun straighten, pastikan rambut kena maintain dijaga rapi..jangan sekali buat terus anggap dia akan cantik sampai bila-bila..nak cantik kena maintain beb..

itu saja tips buat masa ni, and korang kena elakkan 10 beauty mistake ini..boleh tua dari usia tau!! Jaga - jaga





Thursday, September 12, 2013

Shiseido Black Mask Review.

Penat sepenat penatnya. So i pay myself a special treatment iaitu home mask treatment day! Panas-panas tunggu budak raptai perarakan, makanya kulitku ini harus diberi ganjaran. Shiseido blackmask : selalu dengar kan? and kalau mask hitam namapak elegan je, so gatal hati nak try. Smells good sweet je. Bila pakai i love pakai tebal sikit supaya nampak hitam betul ha ha ha ..dayang senandung! Shiseido mask ni ada calm effect, bila pakai ayus empat lagi take a nap, sedapnya tidur..sampai waktu bangun ayu realize bedsheet pun pakai mask jugak. tepi pipi ada corak cantik mask tercabut, kepala tersenget time tido hahahaha...bila kering shiseido mask macam getah, then peel off boleh tarik macam tu je. Ni ha masalah gadis berbulu seksi la kononnya. Ayu jenis yang mempunyai banyak anak rambut. bila pasang mask lupa masa nak tanggalkan. bukan main sakit nak tanggalkan sampai merah mata. nak nangis hohoho cengeng! after semua settle peel off pegang kulit, skin feel supple and putih berseri. Betul tak tipu. he

lah takyah cerita banyak tengok gambar Shiseido mask review dari ayu je ok? :)

ni bila mask belum kering, mata pun belum tido lagi..

final result. skin lembut ditangan...muka suci konon haha


itu je Shiseido blackmask review dariku. cuba jangan tak cuba.
Pasti suka..:)



Saturday, August 31, 2013

Ait Cantik Ker? Smile Lipt Korean trends



Trend gadis korea ni macam -macam. kalau melibatkan kecantikan Korea memang nombor satu dengan plastic surgery. Terbaru plastic surgery yang popular dikalangan gadis Korea selatan adalah "Smile Lipt" atau juga dikenali sebagai perma-smile. Apa itu Smile Lipt? Lipt adalah perkataan gabungan diantara lip dan lift bermaksud dihujung corner bibir gadis yang inginkan perma smile ini akan dinaikkan sedikit supaya sentiasa kelihatan senyum senantiasa. Smile lipt dah jadi trend sebab gadis akan kelihatan senantiasa comel dan cantik kerana have a smile look kan. dalam keadaan buat kerja biasa pun senyum, biasanya time serius, time stress muka kita menakutkan horror sikit. tetapi tidak dengan perma smile anda akan kelihatan sentiasa cantik lagi-lagi time senyum makin bertambah menawan. 

So here's the picture macam mana rupa hasil before and after buat smile lipt plastic surgery ni. Cantik ker?


memang cantik ah..nampak ceria sentiasa. satu je ayu risau, kalau time marah muka still lagi nampak cute. So just imagine dalam kelas tengah marah budak-budak yang malas belajar, cikgu bukan main marah kaw-kaw hati panas gila, tapi budak tengok takde efek der. sebab muka cikgu comel sangat ,marah pun nampak still lagi senyum. budak tak takut derr...hahah! Seolah-olah menggalakkan kita fake emosi kita, walau sedih, stress, down di dalam tetapi luaran tetap senyum sentiasa. macam-macam lah trend beauty kat Korea ni dulu popular dengan "eye smiling" atau "aegyo sal"

[pic courtesy miyake]

Orang kita ni tak suka eyebag, bising mengomel ada eyebag besar padahal kat Korea tu ha sampai buat surgery bagai nak ada eyebag supaya mata kelihatan besar and cute. Kita dapat free lagi Tuhan bagi. Takyah nak bedah bedah. so siapa yang ada eyebag tu kiranya korang ni  in trend lah ye hehe..adios! love.



Thursday, August 22, 2013

Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss [ Review ].

Hi.. lama tak jumpa..Hehe. Tak sempat pun nak update blog, adakah mungkin letih bekerja? minggu pertama selepas cuti kot..mood swing lagi..enjin tak panas. hehe, oh ya lama dah ayu tak review beauty products. So now I just fell in love with my new Lip gloss. Ok nak dijadikan cerita i am the one yang tak sukakan lip gloss ever before. why? sebab tak suka rasa sticky kat bibir or ada rasa something kat bibir,,sukalah nak tenyeh lap pakai kain o tisu untuk buang sebab geli. I just love bare lips dengan lipstick matte. So raya lepas I tried Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss Sheree's Sweet Sugar Berry my sister punya. Owh time raya memang indah. adik-adik semua perempuan, masing-masing keluarkan alat mekap masing-masing and boleh la cuba. mehmehmeh. oh iklan sekejap. So here is my picture with Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss Sheree's Sweet Sugar Berry.

paul frank lip smacker li gloss malaysia

apa yang best tentang Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss ni?

i love the packaging. owh comel gila, kecik je..comes in small size, senang nak masuk dalam beg kecil dan bawa ke  mana-mana je you suka. Second, oh sepatutnya the most essential part la yang ni. Lip gloss ni not sticky at all. i promise you. rasa air je kat bibir. bila apply your lips looks moist and yummylicious, suka giler. ngeee. i love to use it all alone or apply my revlon lipstick first and coat with Lip Gloss ni. It scents? Fruity..macam candy..so cute bau dia.

so i rate 5/5. love love it.

p/s: oh ok, mula-mula i tried my sister's lip gloss but then pujuk dia supaya kasi free..so dapat la si kakak lip gloss free. bijak tak bijak. mihmihmih :p




Sunday, July 21, 2013

Estee Lauder Sumptuous Bold Volume Lifting Mascara Review.


Happy bila dapat tahu menang Mascara Giveaway BestBuyWorld laman shopping online yang agak terkenal jugak..Fatin Liyana and Fatin Suhana pernah buat review. Haritu terpandang iklan Giveaway yang dijalankan oleh BestBuyWorld..tengok syarat mudah je, just submit photo pakai mascara ke inbox page dorang je and 100 lucky person akan menerima mascara Estee Lauder Free. Love this kind of giveaway senang and tak perlu lah nak minta suruh kawan like gambar bagai (kalau yang itu sesungguhnya ayu malu nak ikut..malu minta tolong orang like gambar sendiri) or perlu buat blog entry yang entah belum tentu dapat hadiah lagi..memang tak win-win situation huhu. Suka cara giveaway BestBuyWorld ni sebab memang niat ikhlas nak giveaway item dengan pelanggan. 


Ok jum ayu nak wat review sikit tentang Estee Lauder Sumptuous Bold Volume Lifting Mascara #01 Extreme Black (Exclusive Gold - 2.8ml) Mascara ni dalam bentuk miniature yang handyful..boleh masuk beg kecil and di bawa ke mana-mana. So through out the day lau mascara tak betul, boleh pasang lagi..packaging amat menarik dengan colour gold, so elegant and feminine.. personally I like it. Ok bila mula-mula pakai eh mana ni? macam sikit je dalam botol, but then tenyeh-tenyeh wand brush asuk dalam baru ok..Bila apply kat mata pulak senang. Berus best sebab boleh capai semua bulu mata. Tidak clumpy bila apply kat bulu mata okeh. Mata cantik sebab bila apply memang hitam macam pakai falselashes i tell you. Well Extreme Black kan... I suka suka.!! After apply boleh ambil gambar bajet comel okeh. ohemmmmgee.



ok two picture is more than enough, nanti ada yang muntah hehe..
Berminat nak beli? Jum terjah ramai-ramai BestBuyWorld Web ni..macam-macam adaaa...

Thursday, June 20, 2013

K-Palette Limited Edition Eyeliner : Makeup Queen do take note!

lama tak review tentang beauty products.. maklumlah kemalasan melanda, keluar rumah pun makeup natural je..mungkin faktor usia kot, tak suka lagi pakai foundation tebal and bare skin, naked face konon...rahsianya? sila baca entri ini.. tapi lau tang mata ayu memang tak boleh skip, eyeliner and mascara. ok, ada satu product eyeliner yang menarik perhatian sekarang ni..sangat in! K-Palette Limited Edition Eyeliner..Japan top-selling liquid eyeliner!! for your information, K-Palette Eyeliner ni belum ada di pasaran lagi, the products is sooo limited to lucky makeup queen out there. nice kan. so antara produk yang menarik perhatian ayu adalah yang tiga ni..

 
K-Palette's Limited edition Real Lasting Eyeliner. sangat colourful, cute, ada fresh vibe kan packaging uuntuk yang nih.. apa yang menarik adalah packaging dia yang cukup comel dengan warna pastel sesuai sangat untuk gadis-gadis comel seperti anda. yang best is dia super black! 

 K-Palette's Limited edition Real Lasting Eyeliner ni yang best is dia super black! you'll look sexy with it!
i love this. K-Palette's 1 Day Lash Perm Mascara. wow, love love it to the max.
tak yah la nak pakai kepit bulu mata la bagai..let's get lash perm bebeh!

p/s: ni ha...ayu sediakan liquid eyeliner tutorial untuk korang,, feel the sexy in you..

sumber: pinterest


sounds tempting kan? i pun nak jugak..untuk keterangan dan lebih banyak pilihan products boleh jenguk page K-Palette Malaysia Page..ye,,.jom singgah jom!



Monday, March 11, 2013

Tips Cantik: Kulit berseri-seri dengan kos murah

tips kulit putih dan berseri-seri mudah dan kos murah

Semua wanita (even lelaki ) mahukan kulit yang putih bersih tanpa sebarang cela dan noda noda dan pastinya anda mahukan kulit yang berseri-seri bukan? Ada yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan besar semata-mata untuk kulit yang putih dan cantik berseri. Sekarang ayu nak kongsikan tips cantik, dimana korang tak payah risau nak berhabis wang, kerana ianya menggunakan bahan alam semulajadi dan pastinya selamat. Kita boleh mendapatkan kulit yang cantik dengan kos murah dan bahan-bahan yang diperlukan senang untuk didapati di dapur kita sendiri. oh ohsemnya! Bagaimana? Jom baca Tips Kulit Cantik berseri-seri kos murah ini.

Untuk kulit yang bersih : potong setengah lemon dan letakkan 3 - 4 titik madu ke atas belahan lemon tadi. Setelah itu, sapukan belahan lemon itu tadi ke seluruh wajah anda. Biarkan campuran jus lemon dan madu tadi seketika dipermukaan wajah anda selama 5 minit. buat lah apa yang korang nak sambil tunggu tu hehe ok..then cuci muka korang dengan air sejuk. Korang akan nampak hasilnya immediately, right after cuci...kulit nampak bersih and kelihatan berseri-seri.

Untuk pengetahuan korang jugak, jus lemon ini dapat memudarkan kesan cela, noda hitam atau scars pada wajah dan madu pula melembapkan wajah anda. So, korang apply tips ini setiap hari untuk seminggu pertama dan sterusnya dua kali seminggu untuk kesan muka yang berseri-seri..simple, mudah dan murah bukan? selamat mencuba dan menjadi cantik semuanya... :)

P/s: elakkan wajah daripada terdedah terlalu lama di bawah matahari, dan pastikan korang pakai sunblock setiap hari. :)


Saturday, February 23, 2013

Faktor-faktor muka berjerawat


rahsia petanda jerawat

Kadang-kadang kita tak ambil port pun tentang skin condition. kebersihan kulit tak terjaga, pakai makeup tebal-tebal, tapi kesilapan besar tak cuci and terus tidur sebab? malas and penat. hehe alasan paling digemari. Namun, buat pengetahuan semua, mungkin kita tidak sedar punca kehadiran jerawat yang tidak diundang ini boleh juga datang daripada kesihatan dalaman kita sendiri. Pernah dengar dalaman mencerminkan luaran? Rasanya kita kena semak dan selidik cara hidup, pemakanan kita dan ubah serba sedikit..supaya sihat dalaman and cantik luaran..ok? :)

Jom start dengan kelas kecantikan daripada cikgu ayu harini...hehe Sila perhatikan gambar di atas. Now ambil cermin or berdirilah tepi cermin and belek-belek muka memasing ok murid murid. sila check point lokasi jerawat tumbuh di kawasan muka anda. dah? ok now, baca keterangan faktor kenapa jerawat tu tumbuh disitu berdasarkan keterangan di bawah.

1 dan 2 : Sitem pencernaan - kurangkan makanan segera, lemak dan tingkatkan pengambilan air suam

3 : Hati - kurangkan makanan yang berminyak dan makanan tenusu

4, 5 dan 7 : kurang minum air, tingkatkan pengambilan air suam

6 : Jantung - jaga tekanan darah. kurangkan makanan tegas dan daging. tingkatkan pemakanan yang kaya dengan Omega 3

8: Buah pinggang - anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak serta kurangkan pengambilan garam dan kafein

9 dan 10 : Pernafasan -elakkan badan daripada menjadi terlalu panas, kurangkan pengambilan gula dan banyakkan bersenam.

11 dan 12 : Hormon - stress dan hormon adalah merupakan punca utama. pastikan tidur yang cukup, minum banyak air dan tingkatkan pengambilan sayur-sayuran

13 : Usus - Perbanyakkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba

14 : Penyakit - badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk mengelakkan diri daripada sakit. banyakkan berehat dan berfikiran positif.


So hasil telekan di muka tadi, ayu check ada jerawat di kawasan 1 dan 9. And ayu setuju dengan keterangan faktor muka berjerawat yang telah diusulkan. oh formal la sangat haha. I'olls memang kurang (oh tersangat kurang dalam pengambilan air suam..makanan segera no satu..hehe maklumlah i orang bujang hohoho beribu alasanku :p. Disebabkan pengambilan air suam yang sedikit, maka suhu badan menjadi panas..dan i'olls malas bersenam..hurm kena tukar gaya hidup ni..boleh i hire personal trainer? nak request personal trainer bujang dan badan six packs boleh? Em motif? hahahaha gatal! boleh bila nak start workout?? last-last otak akan fikir baik tidur di petang hari....oh damn, rosak imaginasi i nak bersenam dengan abang ketak-ketak.





Thursday, February 14, 2013

BR-1 Kanebo Kate Lip Gloss review

I'm actually not fond to lip gloss..but i fall in love with Kanebo Kate lip gloss, BR-1 colour.. ok ade lima shades boleh dipilih kesemuanya. i choose BR-1, sebab suka warna tanah, medium beige, and looks natural on me, giving me a not so trying too hard looks..but just simple and on the go always! ok, i love pakai krim siang, put on blusher sikit, mascara, eyeliner (kalau rajin hehe), and lipstick, or just a lip gloss untuk hari-hari biasa. well baru nampak fresh and konon-konon nak nampak gadis muda belasan tahun..oh pelisss jangan muntah. :p

so here is my picture with Kanebo Kate Lip Gloss BR-1 i love the colour, looks nice on me. thick and shiny coat. rather sticky feeling, shiny, but not too shiny on you.
kanebo kate lip gloss review

I love the packaging, handy, mudah dibawa ke mana-mana, packaging menarik and cute! 
kanebo kate lip gloss BR-1 review

rating Kanebo Kate Kip Gloss: 4/5
harga : is quite reasonable RM18
would by this product again: yes..






Saturday, February 9, 2013

Best shopping experience with Zalora Malaysia.

Rezeki blog lagi...Alhamdulillah.. its my pleasure dapat dapat offer voucher bernilai rm50 daripada zalora. Waktu diinform Zalora nak buat kerjasama dengan blog pinkbubbblegumprincess.blogspot.com hati banyak bunga-bunga. Kecil tapak tangan padang bola ayu tadahkan hehe..seronoknyaaaa...

Siapa tak kenal zalora? Site shopping yang terkenal, tambahan iklan ada di mana-mana, and its going to be viral setiap masa di Google adsense, Fb adverts, corong radio, tv lagi..sampai terjerit-jerit bila customer dapat parcel ehehe..so i nak jugak rasa pengalaman shopping di Zalora...mana tau terjerit jugak time dapat parcel..(oh overnyaaa i kalau jerit like that )
zalora shopping online review

Lepas dapat email dari Zalora malaysia, jejari runcingku ini gatal nak click-click item yang ada di laman web zalora. Banyak pilihan, banyak categori, banyak brand... daripada heels, wedges, accessories, makeup things,woman and men wear, clothing, beauty, home & living, muslim wear, and so on..owhhh memang heaven, ok ayu rambang mata. But since i love makeup things, and concern tentang beauty products..ok i would like to grab one!,, oh actually i bought two things. hihi

zalora shopping experience review
Kalau customer baru kena daftar dulu k,, Voucher rm20 menanti korang tau kalau korang sign-up di zalora..so ape tunggu lagi? terjah Zalora ramai-ramai and click sign up laju-laju.. :) dapat discount rm20, mana nak carik dek oi?

sorry tak sempat nak printscreen step-by-step cara shoping..(maklumlah teruja sangat kan) ..tak hingat dah semua benda tu..dah check out, terus link untuk buat pembayaran. Steps untuk buat pembelian dan pembayaran sangat simple and easy, and of course user-friendly. pembayaran boleh dibuat secara online banking, paypal, kad kredit, deposit tunai..ayu guna Maybank2u je..senang dan mudah :) Order pada hari rabu minggu ini, 6 februari 2013..and parcel sampai hari ni (jumaat, 8 februari 2013), memang terbaik! cepat..so betul la as zalora promised parcel will reach customers within 2 working days.

tadaaaaa... my Yves Rocher Moisturizing Cream Lipstick Rouge Grenadine and Sunkiller clear water NA 27ml (sun block)...hehe nak try sun block made in Japan pulak,, siap lah engkau wahai matahari..[gelak besar orang jahat..]


yves rocher rouge grenadine and sunkiller clear water



this is me with the products i bought from zalora Malaysia.

Zalora memang terbaik, servis tip-top. customer service cepat reply email. kos penghantaran pulak percuma..so, siapa yang rasa was-was tu, rasailah best experience online shopping di zalora sendiri, Jangan tunggu lagi, jom survey laman web zalora sekarang!! 

p/s: nasib tak jerit macam kat dalam tv bila dapat kota zalora.com.my nanti ayu buat entry review products yang dibeli orite..sharing is caring LittleLovers..gudnite, xoxo :)















Tuesday, January 8, 2013

Kanebo Kate super sharp eyeliner BK-1 review.

Rasanya lama dah ayu tak buat makeup also known as beauty products review..hhohoho..ayu terbeli eyeliner baru dari Kanebo: kate super sharp liner BK-1 (blackest black). suka sebab dia memang hitam pekat. tak payah nak tenyeh-tenyeh bagai (so kalau adik-adik baru nak berjinak-jinak nak bermake-up boleh lah try,, as if korang takut or tak suka pakai pencil liner...ok),, kate super sharp liner ni long lasting and senang nak remove dengan makeup remover, perfect untuk natural looking ..easy to use, glides very well bila apply and sesuai untuk korang yang suka buat ala-ala cat eyes kat outer corner mata,, memang super sharp..ohsem.
kate sharp eyeliner review
memang sharp!

kate sharp liner to create cat eyes
senang ke nak buat cat-eyes guna kate sharp liner ni

kanebo eyeliner review

just sikit je nak komen.. my personal thoughts la...berus terlalu lembut, macam rasa tak rasa bila apply line kat mata..secondly, walaupun namanya blackest black, kena jugak apply beberapa kali i mean beberapa layer untuk hasil yang betul-betul efek yang kita nak..but its ok..lau nak pakai hari-hari ok, creates natural and simple touch on your face...sweet gitu lho.. :)


Friday, November 30, 2012

Kebiasaan yang mempercepatkan kedut pada wajah!!

cutest duckface korean girls
biasa lihat kan? gadis comel buat duckface sebagai default picture di facebook account

atau bergambar bersama BFF mengenyitkan mata dengan comel, besties..

wink people pictures
or buat duckface di tempat-tempat awam

cute duckface weheartit
sememangnya akan kena puji kerana kelihatan sungguh comel dengan duckface

suzy Miss A picture
nak secomel suzy Miss A? silakan buat mimik muka macam ini

alolo memang gadis ulzzang!! (best face :)

maybe bagi yang camwhorer atau si gila bergambar akan amik gambar diri sendiri, kenyit sana kenyit sini, buat mimik muka pelbagai, muncung sana muncung sini, buat mata kecil, kepala senget dan senyum untuk trip-trip korean girls ala-ala k-pop artis.. betul tak betul tak? jangan tak mengaku! hehe

untuk pengetahuan korang, "pergerakan pada otot wajah yang berulang seperti senyum, berkedip dan mengenyit akan menyebabkan timbulnya kedutan dinamik."


American Academy of Dermatology (AAD)  menyebut sebarang pergerakan berulang-ulang pada otot wajah seperti mengenyit mata membentuk alur di bawah permukaan kulit. Alur ini lama-kelamaan akan membentuk kedut.. Oh no!!!!

so, nak muka cepat kedut ke? lu pilih lah sendiri... kihkihkih
(gelak jahat)










Thursday, November 22, 2012

Scaling gigi tak sakit rupanya

lamanya tak update pasal diri..heheh feeling-feeling low profile la pulak..cuti-cuti pun ayu busy ok..buat-buat busy actually..memasak pun ikut mood, ahh giler mem'baking' cake adalah..ahh tu next entry ayu crita okkay...ni, ingat tak lagi dengan entry klinik gigi menakutkan ayu post dulu? pagi Jumaat lepas ayu pergi klinik sebab appointment scaling gigi pagi tu. berkobar-kobar dari rumah bukan main, baru je melangkah nak keluar pintu perut meragam tetiba sakit, memang sengaja nak kasi spoil mood, or adakah ayu nervous? huhu, jawapannya MEMANG!..sampai je kat klinik, ade seorang patient, so tak lama la nak menunggu...waktu giliran ayu, rasa nervous jugak bila dah tengok muka doktor, tinggi, boleh tahan,, tapii..muda. alah melepas...gatal, he.seriously, ayu cuak cium bau klinik gigi, alat-alatan, hrmm rasanya dorang ni perlu tukar bau klinik gigi supaya orang ramai tak takut and ingat kenangan lama (trauma klinik gigi di sekolah) di klinik gigi kot..huhu,, lagi-lagi jumpa kerusi nak baring tu,,and dengar lagi bunyi zzzzz...mesin tu, alaaahai..lemah jantung makkk nyah...so doktor and his pembantu (dua-dua lelaki) mula men-scaling gigiku ini...

hati berbisik: "ait..tak sakit la pulak scaling gigi ni seperti yang diimaginasikan"..wei mana tak nya jarang buat..last buat rasanya Jun taun lepas..waktu tu masih muda kot, still takut...maksudnya dah tua la sekarang? hue..

ni wajah yang sungguh happy scaling gigi atau membuang karang gigi dah dilakukan..mula2 rasa lain kat gigi, but feeling bersih,, takda lagi yang keras-keras, pening gak tengok kat dalam cermin tak hilang-hilang even lepas digosok.hrmm..nak buat polishing and whitening gigi dengar-dengar sakit, and tak digalakkan sebab buat gigi cepat rapuh..is it true? siapa tahu boleh kongsi tak? huhu

muka puas hati...bluekk






Saturday, October 6, 2012

Cantik Cara Melayu Lama: Petua

sekadar gambar hiasan..

semua wanita nak kelihatan cantik, itu lumrah betul? macam-macam cara, tips, petua kita cari, produk yang kita guna semata-mata untuk kelihatan cantik, anggun, berseri, dan manis dipandang,..sebab cantik adalah 'shield' untuk rasa confident untuk bergaul dengan orang sekeliling...and confident and smile is our very best make up! bear in mind, Ladies!

ok, Petua Kecantikan Melayu lama yang ayu nak kongsikan disini adalah...

bila bangun awal pagi,..biasakan diri untuk cuci wajah dengan air embun pagi dan air hujan yang turun pada malam jumaat. Orang tua cakap, air hujan yang turun pada malam jumaat amat berkhasiat untuk melembutkan kulit wajah dan boleh menyegarkan badan, selain boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika dibuat sebagai mandian pagi.

p/s: kalau nak cuci wajah biarlah usapkan air embun tu dari bawah dagu bawa ke atas dahi ok...tips cantik jugak ni..hehe,,nanti bolehla cantik macam Emma Ma'embong..hehehe Selamat mencuba!! ;)




Thursday, September 27, 2012

Contact lens murah: Cantik 'instant' tapi merbahaya!


Gadis mana yang tak nak kelihatan cantik? dan siapa yang tak nak ikut trend terkini supaya tak kelihatan outdated? Malah berkaca mata dikatakan old-fashion, kolot, soo kampung dan nerd membuatkan ramai mengambil keputusan untuk menggunakan contact lens. Fesyen sentiasa berkembang. lambakan Contact lens cantik dan murah amat membantu gadis untuk transform dan 'make-over' kan diri untuk kelihatan menawan di hati arjuna. Dengan adanya contact lens barbie doll yang membuatkan anak mata hitam besar, didatangkan dengan pelbagai warna (nak feeling-feeling omputeh u), buat mata seolah-olah basah berkaca..rupa akan berubah serta merta..daripada rupa gadis biasa, berubah penampilan ok, cantik, gorjes, lawa, menawan..semualah! all in the pakej..so siapa tak nak cantik instant? Dari mata turun ke hati..boleh tambat hati lelaki lagi.. :)


I never use contact lens walaupun hati teruja tengok adik-adik gilakan contact lens..memang berubah, mata boolat gitu..tipulah kalau ayu cakap tak pernah terfikir nak beli contact lens, after seiing them "wah hazel mata ko mak jemah!! cantiknya..nanti nak beli jugaklah" Walau macamana pun godaan dari si hati, kata-kata manis yang keluar dari bibirku yang merah merekah ini saja,  si akal akan mudah terpedaya dengan itu semua..Dia akan cakap STOP! tak payah, contact lens have direct contact dengan mata, dan mata adalah segalanya! Yes, segalanya..You should never risks your eyesight/eyes for cheap contact lenses! Mata rosak tiada galang gantinya..sayangilah mata anda, untuk melihat, untuk menikmati keindahan dunia, Keindahan alam semesta ciptaan tuhan. Syukurlah dengan kecantikan yang ada...


Personally ayu setuju dengan tindakan kerajaan kerana menguatkuasakan Akta Peranti Perubatan 2012 yang berkuatkuasa pada Disember 2012 ini agar memastikan contact lens yang dijual adalah berdaftar dan berlesen. Penguatkuasaan ini adalah penting untuk membendung lambakan penjualan kanta lekap murah di pasar-pasar malam dan online shop yang kurang diketahui adakah ianya berkualiti dan menepati aspek keselamatan jika digunakan..Remaja-remaja kini pun tidak pasti apakah jaminan keselamatan pada mata jika mereka menggunakan contact lens yang didapati daripada penjual yang tidak bertauliah, yang mereka tahu, mereka akan jadi cantik without being aware of the consequences. Cantik 'instants' tetapi merbahaya ok.

Jangan kerana mengejar kecantikan, mata ada menjadi korban.



p/s: ok, kalau rasa nak pakai jugak contact lens, pergi jumpa tempat yang berdaftar dan menjual contact lens yang terjamin selamat untuk dipakai, tapi kan...pakai spectacles lagi 'cun' what?? stylo hihi....













Monday, September 3, 2012

Ada orang, adala kau jugak!

Ayu and Produk kecantikan memang tak boleh pisah..
patutnya bersyukur dah muka tak la ditumbuhi jerawat tegar, berwajah seperti bulan berlekuk-lekuk (heii tulah pemanis wajah u know..), so biasa ler,, nama pon manusia, lagi-lagi pompuan,...sikap rasa kurang puas tu sentiasa ada..betul tak betul tak?? oh takyah tipu sangtlah kan.. :)


belek-belek cermin tengok condition kulit macam kusam, 
so teruslah Google nak produk kecantikan supaya kulit putih! secerah berseri konon la..
lau time tegah belek-belek muka nampak jerawat pasir lagi aduhh..geramnya tengok trus la gatal tangan nak cari solution maha hebat heeeee....so semestinya maklumat di jejari ku yang halus runcing ini..shopping pun di jari and click aje..dengan tak sudah nya maka ayu pun lekat dengan produk neh..
D Ayu Skincare Supplement..


eh..mentang-mentang nama dia ayu so produk kecantikan pun nama ayu jugak la kan... :D kebetulan..semuanya gara-gara facebook la..orang bagi testi cakap produk ni berkesan,, i tak boleh dengar produk-produk kecantikan,, hati geram nak cuba beb! siyesly this produk sesuai dengan ayu..D Ayu Skincare supplement kalau makan muka nampak basah-basah and jerawat pun tiada...kalau perasan gambar-gambar lama ayu ada jerawat and bekas jerawat di dahi, lepas makan ini hilang sudah...opps sy tak dapat apa2 komisen pun dengan review ini okkay.. huehue :( tapi takpa, sharing is caring kan semua..... sharing beauty products utk kecantikan my blog readers seronokkkk ...:)

then pastu orang sibuk bising dengan produk kryolan, kira macam semua la orang cakap pasal Tv Paint stick kryolan boleh buat wajah jadi glowing kalau mekap, muka macam artisss u'olls..tampil berseri hilang sememeh kat muka..nak pergi dating pun, tak malu sama cik abang.. habis cik abang puji, cik adik pon senyummm sampai kat telinga.. yes, Kryolan  TV Paint Stick is my most essencial beauty product yang wajib ayu bawak ke mana-mana. tanpa Kryolan hidupku tak bermakna..ecewahh :p,..yeap bagi ayu TV Paint stick dari Kryolan ni tak berat, and i love it waktu dah pecah minyak..dia sebati ngan warna kulit muka..cantik and glowing,, sumpah u olls akan suka..tapi perlu tahu kod warna apa yang sesuai dengan kulit u olls dulu k...macam ayu pakai fs38..cer try, baru tau..walaupun mahal tapi ayu dah pakai dekat nak setahun lebeyh jugak la belum habis pakai lagi,, padahal ayu guna hari-hari =.=''...tengok ada orang, adala aku jugak nak try hehe :)

satu lagi beauty product yang selalu kita dengar, so ayu pun lagi sekali lemah dalam GODAAN..haha..ayu try jugak yang neh..sementara ada promosi waktu tu.. yes, muka jadi basah-basah jugak waktu makan tu,,cantik jugak tapi yang tak tahan waktu nak telan softgel VCO tu..rasanya besar sangat lah untuk tekak ni..hee..and ayu tak disiplin, so kesan kurang jelas..jadi saya berhenti..Lol! :)

so, sekarang ada produk hot lagi...Beutskin Essence..ada testimoni dari artis-artis Malaysia lagi...Adira AF, Isma AF..semua jadi putih melepak..aiyoo jeles..ayu tengah pakai produk dari seberang (Indonesia) tu tak nak campur dulu produk-produk ne..nanti tak tau mana satu yang berkesan or tak..dengar kalau makan Beutskin essence putih satu badan ohh..aduii cantiknya, kulit gebu putih pinkish lagi..macamana hasilnya?? cubalah Beutskin Essence untuk tampil cantik macam Adira AF..tapi kenapa korang selalu search betul ke Beutskin Essence ni menipu? huhu hairan adakah betul or tak rumours tentang beutskin essence huhu
artis yang memakai Beutshin Essense,
 adira, Isma af, heliza, nad zainal, lisa surihani ,..
terbaru Scha Alyahya dikatakan duta baru untuk Beutskin essence..betul eh?


p/s: tengah cuba produk kecantikan dari Indon yang lariss...
hasil godaan dari my-own beauty consultant hehe..
berjaya jugak dia pujuk hati ku ini haha
produk apa?? biarlah rahsia dulu.. hehe nanti muka mak macam artis sinetron..
hahhaha artis sinetron lah sangat..terus ingat cerita Bawang Putih Bawang Merah...
nanti ayu blog wajah sebelum dan selepas k..

tungguuuuuuuu....

artis sinetron bakal Meletops!
ahh plisss lah ayu.jangan over perasan. he he

k bai..


Friday, June 22, 2012

Overweight, obese, underweight : which colour are you?



jeng jeng jeng..nah..silakan check semua!!
nak cantik kurus dan sihat...pastikan berat anda....hijau..
so which color are you??


p/s: i underweight..sejak azali lagi..huhu =.='' 
tak kisah lah, olls tetap jugak rasa cantik kurus dan sihat kuikuikui


Thursday, June 14, 2012

si Gila bola EURO 2012, ini sesuai untuk anda!


Sekarang Musim Bola EURO 2012. kalau gila bola mesti sanggup tido lewat atau bangun awal pagi semata-mata nak tengok bola la kan..so ini untuk kamu wahai si Gila bola, makan bola, tidur bola..bini pun kau lupa..muka tak kuasa nak tengok sememah je rupa, mata sembap gila, nah...Doa pemanis wajah untuk korang!! amalkan doa pemanis wajah yer..at least berseri jugak la wajah time pergi kerja..selamat beramal dan mencuba!! hehe =)




Tuesday, June 12, 2012

aww inilah kuasa false eyelashes: Cantik banget!!

magis bila pakai fake eyelashes boleh membuat wajah kita nampak berlainan..
put us in 'doll like' and macam ullzang, gadis kawaii ala-ala anime Jepun
tapi, itu hanya fake eyelashes yang bia kita guna kan?
tapi bernai kah cuba false lashes ini?

jum layan...
panjang betul...but nice.

sanggup keluar ngan makwe pakai bulu mata palsu cenggini wahai lelaki?? hehe

cantiknya feather eyelashes ni..

yang ni ada rama2 lagi..sweet

lngam dengan makeup ala ocean gitu..suka!

ade diamond lagi...

yang ni biasa kita guna and pakai kan..glamor terus wajah =)

macam owl lah false lashes ni..

owh i like this yellow makeup and fake feather eyelashes


colourful makeup with fake eyelashes, memang awesome!

yang ni adalah lace eyelash! nice!


gerunn pulak tengok ni hehe..what do you think?

love it..tapi nak pi jalan shopping tengok wayang memang takk arr kan

macam ada red dragonfly kat mata hehe

owh mesti berat false lashes ni kan..tu yang model ni kate la.. haha

one word! Stunning!

i love the look..


cantik kan?? bila nak pakai? tak kan time kawin kot?? eh ader eh orang pakai ni time kahwin?