Thursday, November 22, 2012

Scaling gigi tak sakit rupanya

lamanya tak update pasal diri..heheh feeling-feeling low profile la pulak..cuti-cuti pun ayu busy ok..buat-buat busy actually..memasak pun ikut mood, ahh giler mem'baking' cake adalah..ahh tu next entry ayu crita okkay...ni, ingat tak lagi dengan entry klinik gigi menakutkan ayu post dulu? pagi Jumaat lepas ayu pergi klinik sebab appointment scaling gigi pagi tu. berkobar-kobar dari rumah bukan main, baru je melangkah nak keluar pintu perut meragam tetiba sakit, memang sengaja nak kasi spoil mood, or adakah ayu nervous? huhu, jawapannya MEMANG!..sampai je kat klinik, ade seorang patient, so tak lama la nak menunggu...waktu giliran ayu, rasa nervous jugak bila dah tengok muka doktor, tinggi, boleh tahan,, tapii..muda. alah melepas...gatal, he.seriously, ayu cuak cium bau klinik gigi, alat-alatan, hrmm rasanya dorang ni perlu tukar bau klinik gigi supaya orang ramai tak takut and ingat kenangan lama (trauma klinik gigi di sekolah) di klinik gigi kot..huhu,, lagi-lagi jumpa kerusi nak baring tu,,and dengar lagi bunyi zzzzz...mesin tu, alaaahai..lemah jantung makkk nyah...so doktor and his pembantu (dua-dua lelaki) mula men-scaling gigiku ini...

hati berbisik: "ait..tak sakit la pulak scaling gigi ni seperti yang diimaginasikan"..wei mana tak nya jarang buat..last buat rasanya Jun taun lepas..waktu tu masih muda kot, still takut...maksudnya dah tua la sekarang? hue..

ni wajah yang sungguh happy scaling gigi atau membuang karang gigi dah dilakukan..mula2 rasa lain kat gigi, but feeling bersih,, takda lagi yang keras-keras, pening gak tengok kat dalam cermin tak hilang-hilang even lepas digosok.hrmm..nak buat polishing and whitening gigi dengar-dengar sakit, and tak digalakkan sebab buat gigi cepat rapuh..is it true? siapa tahu boleh kongsi tak? huhu

muka puas hati...bluekk






1 comment:

  1. Salam perkenalan jom join Give Away dot my 10 domain bakal diberikan free.. Simple and easy give away :)

    http://www.khairul-zamri.com/2012/11/give-away-dot-my.html

    ReplyDelete