i

Thursday, November 8, 2012

Dorang exam aku pulak yang nervous!

Butterflies in the stomach..seriously, ayu nervous, tak sedap badan, gusar, takut macam ayu pulak nak ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik Moden 2012...ya, hari ini. Tinggal 15 minit je lagi nak mula..hohoho...memang takut yang amat bila mempertaruhkan tiga kelas untuk tahun ni..this is my first time bawak budak form 5 untuk subjek Matematik Moden. last year dua kelas Matematik Tambahan je...tahun ni pulak satu kelas Matematik Tambahan...so..ada empat kelas peperiksaan di bawah tanggungjawab dan amanah ayu. memang nervous tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata, maybe risau tengok performance budak-budak dalam kertas Peperiksaan Percubaan Matematik tempohari..Namun ada jugak yang menggembirakan hati la..puas dan rasa berbaloi usaha :)

Bukan apa, ayu risau dengan budak kelas belakang. Bukan bermaksud untuk memperlekehkan keupayaan mereka. Tidak sama sekali. Namun, risau dengan sikap kurang komitmen dan main-main mereka ni. pernah sekali dapat kertas peperiksaan jer, terus cakap nak tido. belum sempat pun nak buat graf dah nak tido, padahal dalam kelas waktu latihan pandai buat graf.huhu..Satu lagi, ayu teringat kat sorang budak ni, setiap kali peperiksaan tu (walaupun dah beberapa kali ayu tegur), dia selalu tulis dalam kertas ujian tentang lawak hari ini..macam-macam lawak dia boleh hafal, sampai ayu pun tergelak baca waktu stress menyemak kertas peperiksaan..adoi,, kelakar bila ingat balik..ayu redha semua ilmu yang ayu ajar kat budak-budak, mudahan mereka tenang dan mampu ingat balik apa yang dah dipelajari selama nih,..doakan yang terbaik untuk mereka jugak yer..huhu...

Oh by the way, adik ayu pun amik SPM tahun ni. memang tak sangka adik sendiri dah besar. dia yang exam ayu pun terpaksa ulangkaji sama malam tadi, macam study group pulak ahaha..tapi tulah budak sekarang, study memang study, tapi handphone tetap dalam tangan..message. Rasa nak marah gak, tapi ayu kontrol. takut mengganggu emosi budak nak exam..huuhuhu sabau je lah...k GoodLuck untuk adik and my students lah,, nak minum dulu buang nervous...Selamat pagi korang!!






sharing is caring!!

8 comments: