Sunday, November 25, 2012

Resepi Durian Crepe mudah dan senang

resepi durian crepe yang mudah dan senang

Ingat lagi tak dalm entry sebelum ni "Scaling gigi tak sakit rupanya" Ayu pernah cakap cuti ni ayu gila baking cake? yeap..suka try macam-macam..every petang mesti rasa nak makan benda manis-manis yang dibuat sendiri...oh by the way, ayu pernah berazam nak jadik super mommy untuk my kids, buat apa pun boleh! ahaha dreaming la sangat...ok now just straight to the point. musim durian sekarang, harga durian pun dah murah..so, nak resepi Durian Crepe yang senang dan mudah nak buat? harus lah kan..sedap sehingga menjilat pipi, makan tak henti-henti ok.

Bahan-bahannya adalah: 
1. Isi durian (biji dibuang yer..)
2. 50 gram tepung gandum
3. satu penutp esen vanilla
4. pewarna kuning (nak kasi hijau, pink pun boleh..ikut la mana korang suka k)
5. satu sudu besar tepung ubi kayu
6. sebiji telur
7. 3 sudu teh butter (yang dicairkan)
8. 160 ml air
9. 40ml susu cair (guna susu fresh milk pun ok)
10. 2 sudu besar gula halus/ caster sugar

Cara-cara membuat Durian Crepe:
1. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi kayu yang telah diayak terlebih dahulu, then masukkan sekali      gula halus.
2. tuangkan susu cair ke atasnya.
3. kacau sebati guna whisker
4.masukkan telur yang telah dikacau menggunakan garfu (jangan sampai kembang)---kacau sebati
5. masukkan esen vanilla--kacau lagi
6. masukkan air---kacau
7. masukkan butter cair----kacau lagi
8. masukkan pewarna---sebatikan adunan
9. tapiskan adunan menggunakan penapis.

ok, terus untuk cara memasak crepe:
1. sediakan nonstick pan. panaskan guna api kecil
2.ambil sesenduk kecil adunan, tuangkan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan bontot senduk. hati-hati jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
3. masak sampai bahagian bawah adunan macam nak kering. JANGAN diterbalikkan semasa proses memasak.
4. Bila dah masak, lekangkan sekeliling crepe dengan sudip dan pindahkan ke atas bekas dengan cara terbalikkannya di bekas.
5.sambung masa lagi sampai habis. 

Bahan inti: 150ml whipping cream yang diputar sampai kental

cara menggulung crepe:
tak tau nak terang so payahkan diri dengan melukis haha...tak cantik tak apa, asal korang paham ok..

selamat mencuba Resepi Durian Crepe yang mudah dan senang ni!!
 sedap and yummy...rugi x try derr..


17 comments:

  1. dkna tak pernah makan lagi... nak kene cuba..cuba beli kat kedai jer nanti heheee

    ReplyDelete
  2. macam sedap sangat je nih... done follow u dear... btw jom join contest ni, klik je kat sini :)

    ReplyDelete
  3. lps nie dh xyah beli dh durian crepe... wat sendiri je... hehehe...

    ReplyDelete
  4. dah lame teringin ni... boleh la nk try buat terus! tq for sharing

    **btw, jom FOLLOW dan LIKE entry Blog diyana k ;)
    www.diyanamarissa.com

    ReplyDelete
  5. mohon tolong hantar sedozen ke rumah saya... hehehehe

    ReplyDelete
  6. tak sabar lah nak balik kampung, boleh lah try resepi ni, macam menarik mesti sedap kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik cepat..musim durian ni,, hehe sedappp terangkat!! :)

      Delete
  7. hmm durian crepe ni memang sangat sangat sangat sedap !!!!! serius.

    ReplyDelete