Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, June 10, 2016

Resepi | Fluffy Cheese Cake yang paling senang!



resepi japanese sponge cheese cake mudah

Who don't love cheesecake? Mesti takde kan...Biasanya ramai suka cheese cake samada Cheese cake yang tak payah bakar mahupun yang bakar atau kukus pastinya menjadi pilihan peminat cake. I do love cheese cake and everything yang melibatkan cheese..and biasanya cake cheese antara cake yang paling cepat habis pada hari raya..kena buat dua kali. Ok now nak share dengan korang Resepi fluffy cheese cake ataupun ade yang gelar japanese sponge cheese cake... bau die walaweiii rase nak makan jer! Jom masuk dapur :)

Bahan-bahan

(A) 
180g cream cheese tatura
25g butter
120g susu full milk

(B) 
40g tepung gandum
30g tepung jagung
(keduanya diayak sekali)

(C)
4 biji kuning telur gred AA (yang telah dikocok)

(D) 
4 biji putih telur gred AA
1/4 sudu kecil cream of tartar
110g gula caster


Cara-cara mebuat fluffy cheese cake ;)

Satukan semua bahan A di dalam satu bekas dan double boilkan sehingga semuanya mencair. whisk untuk mempercepatkan adunan A untuk mencair dengan elok. Ketepikan adunan untuk disejukkan ( boleh je letak depan kipas angin atau atas meja)

Selepas adunan A sejuk, whisk adunan sehingga tiada ketulan. Masukkan bahan B yang telah di ayak. Whisk sebati tanpa berketul-ketul ok. Then masukkan bahan C yang telah dikocok asing. Sebatikan adunan tersebut dan ketepikan sebentar.

ok masa nak buat meringue pulak ( bahan D)
Satukan putih telur dan gula kastor didalam bekas yang bersih. Pastikan tiada secuit pun kuning telur sewaktu mengasingkan telur sebelum ini) . Beat high speed then masukkan cream of tartar. Teruskan beat sehingga adunan soft peak iaitu bertanduk (maksudnya sewaktu kita terbalikkan bekas tersebut, ia tidak meleleh dan kekal kaku. Jangan pulak over beat ya :)

Seterusnya, satukan adunan meringue ke dalam adunan cake yang telah dibuat sebelum ini. Kaup balik sahaja dalam satu arah iaitu arah jam sehingga adunan sebati sepenuhnya. Kaup slow-slow je tau!

Sediakan loyang yang telah digris dengan sedikit butter (gris hanya di bahagian dasar loyang). Then lapik dengan baking paper pada dasar loyang. Tuang adunan cake ke dalam loyang. ok ready to bake dah :)

Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum adunan siap dibancuh. Gunakan api atas bawah pada suhu 160'C. Bakar menggunakan kaedah water bath selama 60 minit atau sehingga cake korang masak (ini bergantung dengan oven masing-masing). 

Once dah masak, renggangkan pintu oven dan biarkan dalam 20 minit ( jangan terus keluarkan dari over serta merta tau!) .. Bolehlah tabur snow powder atau letak cream cheese dan taburan cheddar cheese yang dah diparut..Siap! boleh mula makan dengan rasa tidak bersalah nya ekekke . Selamat Mencuba semua :)




Monday, December 29, 2014

(Resepi)Cheezy Meatball Carbonara yang sedap!

baked cheese meatball resepi

Ok sesungguhnya ayu jenis bangun tidur buka mata, reaching my hp and terjumpa resepi di atas giler sedap and menyelerakan sehingga mimpuku terigau-igau nak lagi! even my dad request suruh buat lagi..hah! tapi ayu ade ubah sikit kandungan mengiukt kehendak dan kesukaan mulut ku ini...semestinya cheese paling banyak! Jom tengak macam mana nak buat Cheezy Meatball Carbonara ni :)

Bahan-bahan
-10 biji meatball
-1 tin carbonara
-air putih secukupnya (ikut nak kuah pekat mana ya)
-bawang holand
-lada hitam
-oregano
- 5 keping cheddar cheese (x silap cheesedale yg kaler orange, maaf sy jenis x baca cover depan)
- parmesan cheese ( erm letak sesuka hatimu, ayu suka sepenuh penuhnya heee )
- 3 biji kentang 

Cara membuat:
1. Kentang direbus, dilenyek bersama fresh milk+2 sudu besar butter+ lada hitam secukupnya. 
2. Panaskan pan dan tumis bawang holand dan meatball sehingga naik bau - sy guna butter utk buat wangi)
3. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam bekas loyang yang hendak digunakan.. ataupun alu minium foil.
3. Dalam pan lain masak sos carbonara, masukkan lada hitam.
4. Tuangkan sos carbonara di atas meatball yang telah disusun di dalam loyang.
5. Masukkan kentang yang telah dilenyekkan tadi dan sapu rata.
6. Susun kepingan cheddar cheese dan taburkan parmesan cheese sepenuh kawasan biar nampak macam turunnya salji hihi)
7. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius. gunakan api atas. Bakar sehingga permukaan cheese kuning keemas dan bau wangi.
8. Siap.. dan boleh dijamukan bersama orang yang tersayang!

Selamat menjamu selera dengan Cheezey meatball Carbonara :)

Yang ni konon-kononnya langkah bergambar. tapi blurr..
ok mak jemah sibuk, tangan kiri snap..tu la blur jadi nya

baked cheese meatball resepi

cheese carbonara
mak jemah malas nak potong sorry..sumpah tangan x kotor ok? :')

baked cheese meatball resepi

cheese carbonara

x sempat nak gambar dalam pinggan.. lapar :)




Monday, December 22, 2014

Resepi Shepherd Pie daging yang senang

resepi shepherd pie daging senang dan mudah

Musim cuti-cuti ni memang harus gunakan dengan sebaik-baiknya. Ayu suka try resepi yang ayu ingin sangat nak makan. hoho, impian nak jadi ibu yang pandai memasak buat anak-anak ku suatu hari nanti..haha (hopefully they can read this and turut berbangga dengan impian besar dan niat murni ibunya iteww) ..ok sudah. so here is the Resepi Shepherd Pie daging untuk korang.

Bahan-bahan Pie
1kg kentang
1/2 cawan susu segar (kira-kira 100 ml)
2 sudu besar butter---pastikan suhu bilik ye
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kentang dipotong dadi, rebuskan sampai empuk.
2. toskan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
3. Lenyekkan kentang tadi (dalam keadaan masih panas) sampai hancur.
4. Bila dah agak lumat, masukkan susu sedikit demi sedikit. (tuang, then gaul, and tuang balik susu)
5. Masukkan butter dan gaulkan sehingga adunan sebati
6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa ok.. :)

Bahan- bahan Inti daging.
1. Bawang holland- dipotong dadu juga
2. 500g daging cincang (mana-mana brand pun boleh)
3. sebotol sos prego (tengok kesesuaian anda ok..pandai-pandai adjust ikut korang ok )
4. serbuk lada hitam
5. keju

Cara-cara buat inti daging
1. Panaskan minyak dan campurkan sedikit butter, biar wangi)
2. tumis bawang holland sampai layu
3. masukkan daging cincang
4. masakkan daging hingga bertukar kaler.
5. masukkan sos prego, serbuk lada hitam.
6. Masak dalam beberapa minit, Siap!


Ok sekarang kita nak sediakan Shepherd Pie Daging yang nyum-nyum.

Sediakan bekas pie ala yang aluminium tu..boleh beli kat kedai je..Masukkan adunan kentang yang telah dilenyek sebentar tadi dahulu. then anda lapiskan dengan inti daging tadi. Tutup dengan kentang lenyek lagi. Taburkan keju untuk topping. Lagi banyak keju lagi sedap..Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu, dengan suhu 180 darjah celsius. Gunakan api oven atas bawah ok. Dan sila bakar sampai keju diatasnya cair dan mula bertukar warna keperangan..so dah siap!! Shepherd Pie daging siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba..


lagi resepi kat sini:
 - Durian Crepe mudah dan senang
 - Resepi Pavlova untuk yang tersayang
- Resepi muffin telur yang mudah dan sedap






Tuesday, December 9, 2014

(BERGAMBAR) Resipi Muffin telur yang mudah dan sedap!

ok, kita tau sekarang ibu-ibu ramai yang bekerja..namun tugas ibu untuk menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak dan suami adalah suatu kewajipan..so, i do think tat kita mencari resolusi dengan memilih saraoan pagi yang memberi diet seimbang dan berkhasiat namun cepat, mudah dan ringkas untuk disediakan.. yang pastinya boleh disediakan dalam masa yang cepat..

Ok, i love this egg muffin. actually ayu bangun pagi scroll newsfeed and terjumpa resipi muffin telur..masuk dapur nah! ada yang boleh dibuat ni..maka projek membuat muffin telur untuk perut yang berkeroncong dimulakan..

bahan-bahan yang diperlukan..
4 biji telur
1 biji cili merah dihiris nipis,, nak cincang pun boleh
1 labu bawang besar.. ( ayu letak jugak bawang merah,, because i love it's scents)
1 biji tomato yang dipotong dadu
apa2 yang korang suka nak masukkan..masuklah
i mean like ayam, sosej, daging cincang, kentang, carot (well i love makanan yang colourful)
1/2 cawan keju cheddar.. 
acuan muffin
sedikit garam dan lada sulah

cara-cara
1. oleskan acuan muffin dengan butter
2. masukkan bahan-bahan tadi ke dalam loyang seperti di dalam gambar.. nak letak ayam, sosej, daging cincang, daun bawang, carot, sesuka hatimu.. hehe
resepi muffin telur

3. pukul 4 biji telur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah.
4. sementara itu panaskan oven 200 darjah celsius dan tuangkan adunan telur tadi ke dalam acuan muffin, taburkan cheese sebagai topping.

resepi muffin telur

5. Bakar di dalam oven sehingga keperangan.

resepi muffin telur yang senang

6. Siap... mudah dan ringkas!

resepi muffin telur yang senang

jangan kau pandang sebelah mata bha..sedab ni.. :') adik sy suka haha
macam ala2 telur dadar..tapi telur ini di bakar. satunya lebih sihat..sebab tidak digoreng mcm biasa..sesekali ubahlah selera kan..

buat untuk sarapan esok ok? selamat mencuba resepi muffin telur guys
p/s: jangan tanya saya berapa kalori k? hihihi..fail ni

tiada istilah diet dalam hidupku huhuhuhu.. 

Monday, December 30, 2013

(RESEPI)Chocolate Moist cupcake mudah dan senang


resepi chocolate moist cupcake mudah

ohohoi.. bila dah si adik ketiga balik rumah sempena cuti krismas baru-baru ni, macam-macam dia tempah..nak cupcake la nak cheesy layer meleleh la..ok yang resepei cheesy cake layer meleleh tu ayu update next entry.. ni ha cupcake loverss sila take note. aww comel tak cawan tu pink polkadot lagi ade sentuhan baby blue..so cute! Tak best jugak kalau cawan je comel tapi rasanya tidak kan.. so now let's start bebeh!

bahan-bahan: 
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur
cara-cara membuat chocolate mois cupcake

1. ayakkan tepung, soda bikarbonat, dan baking powder then ketepikan..
2. Sila masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat manis, dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua bahan itu tadi larut. matikan api.
3. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan yang dipanaskan sebentar tadi.
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati
5. siapkan cawan cupcake di dalam bekas loyang
6.tuangkan bancuhan ke dalam cawan cupcake 3/4 daripada cawan tu k..
7. tutupkan bekas loyang itu tadi dengan aluminium fil..(supaya xmasuk air kukusan,, kalau tak buruk rupa cupcake nanti ha ha ha)
8.kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang dah dipanaskan awal..
9. angkat dan sejukkan..
10. boleh cuba utk hiaskan dengan topping choclate ganache atau senang cerita pakai je hershey's shell topping...siap dimakan!


p/s: boleh je kalau nak tukar gula perang tu dengan gula biasa dan susu segar coklat kepada susu segar je..no hal :) sebab aku pun macam tu, main amik kje mana yang ada kat dapur hihik ^^
selamat mencuba kalian :)

nak lagi resepi?






Wednesday, October 23, 2013

(Resepi) Puding Karamel mudah dan senang - tanpa telur tau!

Assalamualaikum w.r.t eceheceh baik je malam ni. Back to track. . welcome again :) Ok my mum suka sangat puding karamel. Dulu time raya my little sister buat puding karamel yang kurang menjadi. well eksyen sangat kan..buat tak reti nak tengok or study resepi dulu. Main bantai je, ngehngehngeh sampai lupa letak vanilla essence. Nah, puding karamel berbau telur, amik ko! hehe ampun adikku! kihkihkih, So bagi sesiapa yang sukakan puding karamel tapi tak suka berbau telur, ini alternatif anda. (Resepi) Puding Karamel tanpa telur, ianya senang, ianya mudah...berbaloi-baloi. Thanks to blogger cantik Fatin Liyana atas share resepi ini. Love it to the max.


Bahan-bahan untuk sos karamel bagi puding
  • 2 senduk gula
  • 1/4 cawan air


Bahan-bahan yang diperlukan untuk Puding
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 bungkus agar-agar instant (yang 10 g tu)
  • 3 1/2 cawan air

Cara-caranya:
Mula-mula kita buat sos karamel dulu k.
1. Masak gula pasir sehingga cair dan berwarna keperang-perangan. Pastikan anda menggunakan pan dan api perlahan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau sehingga rata.
3. tutupkan api
4. Tuangkan sos karamel dalam bekas puding


Seterusnya cara untuk menyediakan puding pulak.
1. Tepung jagung, tepung kastard dicampur dalam satu mangkuk. Tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis supaya tidak berketul-ketul.
2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam periuk. Masukkan tepung agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan vanilla essence. Kacau sehingga rata.
4. Tuangkan puding ke dalam bekas puding yang berisi sos karamel yang tadi.
5. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Siap!

OK makan dalam puding karamel sejuk-sejuk memang heaven! Sedi dinikmati bersam yang tersayang :)

(resepi) puding karamel mudah dan senang

p/s: jangan pernah kau "judge the book by its cover". ha ha ha ....


Thursday, October 10, 2013

Resepi ayam panggang yang mudah dan pasti Sedap!

resepi ayam madu senang dan sedap

Siapa tak suka resepi simple dan bahan senang dapat di dapur? kan kan kan? Mudah senang dan pasti sedap. Cuti-cuti ni harus rajin cuba resepi dan makan sedap-sedap. Bagi perut rasai nikmat makan yang indah. Ok enough. Jum teru kepada resepi ayam panggang yang mudah dan pasti sedap ni k.

Cara-caranya:
1. Rebuskan ayam dengan halia dan bawang putih. (pandai-pandailah korang letak banyak mana k, yang sesuai dengan hidangan yang korang nak sediakan. alaaa orang pandai masak pasti ok bab ni)
2. Agak-agak bila dah empuk, angkat.
3.Lumurkan ayam dengan madu, sos tiram, bawang putih, lada hitam, dan buttercup.
4. Bakar dalam oven dalam 50 minit macam tu.
5. Siap untuk dihidangkan.

tengok as simple as that kan? Sekian sahaja Resepi Ayam panggang madu yang mudah dan sedap.
cuba jangan tak cuba..sedapppppp..owh ayu sediakan mashed potato with chicken gravy sekali. Untuk sedap makan..Perut saya seronok. :)

p/s: resepi ayu dapat daripada instagram Hanis Zalikha. Suka suka suka :)



Tuesday, August 13, 2013

[Resepi] Lasagna mudah and yummylicious!

resepi lasagna yang senang dan sedap

Ohoho yummylicious sehingga menjilat jari kelingking..oh yeay. Cuti-cuti ni lah masa nak merelease tension and upgrade potential belajar masak sikit-sikit..ingat misi ayu? nak jadi super mom, pandai masak anything for my beloved kids in future. oh murninya visi dan misi ku itew. berharap my kids will read this later and nangis terharu ahaha overr..ok back to the real subject. Resepi Lasagna mudah and yummylicious. Jom terjah!

Bahan-bahan untuk inti daging lasagna

  • 1 labu bawang besar, 6-7 ulas bawang putih yang ditumbuk halus.
  • 1 botol sos prego perisa tomato
  • 1 tin cendawan butang, yang ni kena cincang tapi jangan halus sangat ok.
  • 400 gram daging cincang
  • serbuk black pepper dan oregano
  • dua sudu besar sos cili
  • sedikit garam untuk perasa
Cara-cara untuk membuat inti daging lasagna
Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, sos prego tomato, garam secukup rasa, serbuk oregano, black pepper, cendawan butang, dan 2 sudu besar sos cili. Gaul sehingga sebati, and inti daging siap!


Bahan-bahan untuk sos putih lasagna
  • 3-4 sudu tepung gandum
  • 125 gram buttercup
  • 125 gram keju cheddar..
  • 600 ml fresh milk
  • garam secukup rasa
Cara-cara untuk membuat sos putih lasagna
Sediakan pan, cairkan butter, masukkan fresh milk tadi, masukkan 3-4 sudu tepung gandum. Seterusnya masukkan keju cheddar tadi, sedikit garam dan gaul sehingga sebati dan tidak berketu-ketul ye...oh ya, guna api kecik je.. :) siap!

p/s: Instant Lasagna perlu dicelur guna air (masukkan minyak dan garam sedikit) sampai lembut terlebih dahulu. 


Cara-cara untuk melapis lasagna.
  • Sediakan aluminium foil khas untuk baking lasagna.
  • letak lapisan inti daging sebagai lapisan paling bawah, letak lapisan lasagna, daging, dan letak lapisan sos putih. Sila ulang lapisan ini tiga kali.
  • Untuk topping, taburkan keju mozarella dan keju parmesan.
  • ayu hias permukaan keju dengan tabur serbuk oregano untuk hiasan hehe..sikit-sikit je ok
  • Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dahulu dengan suhu 180 darjah celcius dalam 30-40 minit, guna api atas dan bawah.
  • Bila cheese topping agak-agak cair dan kuning keemasan, lasagna siap! Boleh mula dihidangkanand getting ready to make smile for your loved ones!
resepi lasagna cepat dan senang
memang Lasagna ini yummilicious bebeh! pic form my sister's facebook acc :)



boleh jugak cuba resepi lain di sini..











Monday, July 1, 2013

Resepi Cheesy Layer | Desert senang, mudah dan yummy!

resepi cheesy layer mudah senang

Hari panas-panas, balik-balik ayu bukak freezer mengharapkan ada keajaiban berlaku..eh eh..mengarut tengok tatura cheese cream ada dalam peti ais,, ting! mengerlip-mengerlip lampu mentol di kepala thinking "I deserve something sweet in the world!!" hewhewhew so ayu dengan mood rajin ke dapur, start dengan project work membuat cheesy layer sorang-sorang. Now ayu nak kongsikan resepi desert yang membuat orang yang makan senyum rasa diri in heaven...

Resepi desert Cheesy layer

bahan-bahannya: 
250g cream cheese
150g susu pekat manis
250g dairy whipping (UHT)
1 peket biskut marie jenama munchies
1 cawan fresh milk
filling - perasa yang korang suka (strawberi , blueberry, or anything u suka k)
cup yang secukupnya

cara-cara membuat desert cheesy layer:
pukul cream cheese sehingga kembang, then masukkan susu pekat and the whipping cream..pukul hingga sebati.

cara melapis cheesy layer:
lapisan pertama adalah adunan cheese-- kalau suka tebal letak tebal lau suka nipis letak asal rata k..
lapisan kedua--filling (ayu pakai strawberi,, letak just nice k..jangan banyak sangat nanti terlebih manis)
lapisan seterusnya adalah biskujt marie yang dicelup sekejap dalm susu fresh milk (jangan sampai lembik ok)
seterusnya ulang balik lapisan dengan meletak adunan cheese, filling, biskut marie, adunan cheese dan akhirnya lorekkan dengan filling. ayu sengaja kje letak parutan coklat kat atas tu untuk kesan cantik ha ha ha..so ikut ceativity koranglah on how nak decorate desert k..

so dah siap..masukkan dalam peti ais,, beberapa jam dah boleh makan!!
makan sejuk-sejuk, yummy!!
selamat mencuba!!

lepas siap,, jangan lupa pulak ambik gambar..hehe

and camwhoring dengan hasil desert yang dah siap tu..
sengaja letak hiasan gambar over..erk. motip??  haha


Wednesday, December 26, 2012

Dorayaki Polkadot menjadi kenyataan!


hahahhaha sila tahan gelak melihat gambar di atas..kenal Doraemon? nah..kalau biasa tengok Dorayaki kaler coklat, ayu telah buat Dorayaki Polkadot..invent resepi baru...oemmmgeee Pastinya Doraemon berbangga dengan ciptaanku ini..tak tahan gelak tengok....malu! sesungguhnya berkali-kali view pun gelak lagi..senget macam bentuk muka sin chan pun ada jugak haha actually ni first time nak buat apam polkadot, ok mak jarang nak buat-buat menda alah ni...tapi disebabkan apam polkadot tu comel, gebu-gebu..nak try la, tengok bahan alah kacang je senang....confident habis buat and kukus, sekali lupa letak acuan bulat kat bawah mangkuk kertas...maka dia tak jadi apam yang gebu-gebu tu, dia meleper, maka terhasillah Dorayaki Polkadot seperti di atas. ok ayu buat nama menarik untuk cover malu!!.hihi,,, burok dan hodoh lagi apam polkadot ku ini....kasihan sungguh!~


ok second attempt, apam polkadot telah menjadi "apam sukahati nak decorate" sebab dah merajuk hati apam tak menjadi..nasib baik, dia jadi gak gebu seperti yang diidamkan serta comel! hhohoo tetapi permukaannya ada bulat-bulat berwah lah, adakah sebab jatuh air kukus?..ke nak kena tutup pakai aluminium foil? hurm..i do think so.. siapa tau share lah dengan ayu ok..maklumlah...umo dah tua nak buat kerja dapur tak pass lagi,, caner ni? ohhoho

p/s: walaupun rupa apam polkadot ku itu hodoh dan si buruk rupa,, habis jugak di makan oleh member of family..ker nak jaga hati? kahkahkah... :p











Sunday, November 25, 2012

Resepi Durian Crepe mudah dan senang

resepi durian crepe yang mudah dan senang

Ingat lagi tak dalm entry sebelum ni "Scaling gigi tak sakit rupanya" Ayu pernah cakap cuti ni ayu gila baking cake? yeap..suka try macam-macam..every petang mesti rasa nak makan benda manis-manis yang dibuat sendiri...oh by the way, ayu pernah berazam nak jadik super mommy untuk my kids, buat apa pun boleh! ahaha dreaming la sangat...ok now just straight to the point. musim durian sekarang, harga durian pun dah murah..so, nak resepi Durian Crepe yang senang dan mudah nak buat? harus lah kan..sedap sehingga menjilat pipi, makan tak henti-henti ok.

Bahan-bahannya adalah: 
1. Isi durian (biji dibuang yer..)
2. 50 gram tepung gandum
3. satu penutp esen vanilla
4. pewarna kuning (nak kasi hijau, pink pun boleh..ikut la mana korang suka k)
5. satu sudu besar tepung ubi kayu
6. sebiji telur
7. 3 sudu teh butter (yang dicairkan)
8. 160 ml air
9. 40ml susu cair (guna susu fresh milk pun ok)
10. 2 sudu besar gula halus/ caster sugar

Cara-cara membuat Durian Crepe:
1. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi kayu yang telah diayak terlebih dahulu, then masukkan sekali      gula halus.
2. tuangkan susu cair ke atasnya.
3. kacau sebati guna whisker
4.masukkan telur yang telah dikacau menggunakan garfu (jangan sampai kembang)---kacau sebati
5. masukkan esen vanilla--kacau lagi
6. masukkan air---kacau
7. masukkan butter cair----kacau lagi
8. masukkan pewarna---sebatikan adunan
9. tapiskan adunan menggunakan penapis.

ok, terus untuk cara memasak crepe:
1. sediakan nonstick pan. panaskan guna api kecil
2.ambil sesenduk kecil adunan, tuangkan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan bontot senduk. hati-hati jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
3. masak sampai bahagian bawah adunan macam nak kering. JANGAN diterbalikkan semasa proses memasak.
4. Bila dah masak, lekangkan sekeliling crepe dengan sudip dan pindahkan ke atas bekas dengan cara terbalikkannya di bekas.
5.sambung masa lagi sampai habis. 

Bahan inti: 150ml whipping cream yang diputar sampai kental

cara menggulung crepe:
tak tau nak terang so payahkan diri dengan melukis haha...tak cantik tak apa, asal korang paham ok..

selamat mencuba Resepi Durian Crepe yang mudah dan senang ni!!
 sedap and yummy...rugi x try derr..


Sunday, October 7, 2012

Pavlova untuk yang tersayang : Resepi

resepi pavlova mudah dan senang blog

Pavlova lagi untuk hari ni.....cantik tak ayu nye Pavlova Decorations? haha main deco-deco untuk Pavlova..boleh kira tiap minggu jugak lah buat Pavlova,,setiap kali balik kampung ,my dad akan tanya, ada beli whipping cream tak? (My dad jadi gila Pavlova sejak my first trial buat Pavlova, and bila rasa malas nak buat,, so ayu buat alasan whipping cream habis takde jual,,..kih3...anak sapela ni..ampunkan anaknda ayahnda..:p)

Tak rugi cuba Pavlova tau, bahan senang nak cari, process, mudah dan senang (bayangkan ayu yang tak mahir buat kek ni pun boleh) and paling penting, is SEDAP to the max! ;) kalau susah takde kuasanya ayu nak buat hihihi..biasanya resepi sama jer,,tapi ayu akan kongsikan Resepi Pavlova yang paling mudah bagi ayu la...



Bahan-bahannya: 4 biji telur, 1 cawan gula castor (3/4 cawan kalau nak kurang manis), 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu teh cuka makan, 1 sudu teh essen vanilla.


Cara-caranya:

1. Panaskan oven lebih dulu pada suhu 140 darjah celcius..nanti masa nak bakar turunkan suhu tau,, ke 110 hingga 120 darjah celcius..kalau tak,,, nanti hangus pahit, nangis tak berlagu ekau dikk..

2. Putar putih telur guna kelajuan yang tinggi hingga soft peak (maksudnya adunan tak tumpah kalau diterbalikkan magkuk tu ok..)
3. masukkan gula kastor sikit demi sikit, sambil putar guna mixer pada kelajuan tinggi..putar hingga adunan tadi kental dan berkilat okeh..

4. masukkan satu sudu besar tepung jagung, dan terus putar lagi dalam 3 minit.

5. masukkan campuran cuka dan essen vanilla ke dalam adunan dan putar lagi guna mixer dalam seminit.

6. sediakan loyang, letak kertas minyak macam biasa buat kuih tu.. (ada jugak org pakai aluminium foil, ayu pernah guna tapi dia lekatlah and susah nak bukak nanti...ikut pengalaman ayu yg tak pandai buat kuih ni la..hehe, so better pakai kertas minyak ok..)

7. letak 'meringue' (adunan tadi) ke dalam acuan..letak je letak adunan di sekeliling tinggi sikit dari sebelah tengah k..sedia untuk dibakar..

8. bakar dalam oven 1 jam 15 minit,,sampai meringue kering tau...(p/s: suhu tu depend dengan oven masing-masing..u better check ok..

9. Bila dah masak, jangan keluarkan meringue dari oven terus,...biarkan sejuk dalam oven dengan bukak pintu oven sedikit renggang..

10. meringue yang dah di bakar, and u all kena keluarkan secara berhati-hati waktu nak letak dalam pinggan,, takut pecah lak..hehe (part ni ayu lupa nak amik gmbar,, sorry ye..)

11. You all dah boleh hias Pavlova korang dengan whipping cream dan buah-buah pilihan korang... 

Potong buah-buahan yang korang pilih untuk hiasan Pavlova,, macam ayu pakai buah kiwi, oren manis, buah anggur hitam..strawberry susah nak cari lah hehe...(pilihan buah penting untuk colour dan rasa..)

resepi desert senang

12. sejukkan dalam refrigerator, and siaplah pavlova untuk yang tersayang.. :)



Cara buat krim.
1. Putar 250ml whipping cream sampai kental dan gebu, putar dalam masa 10-15 minit k....Harus pilih, whipping cream non-dairy...ayu pilih yang jenama Rich.

then hias.... senang kan? Selamat Mencuba... :)