Ohoho yummylicious sehingga menjilat jari kelingking..oh yeay. Cuti-cuti ni lah masa nak merelease tension and upgrade potential belajar masak sikit-sikit..ingat misi ayu? nak jadi super mom, pandai masak anything for my beloved kids in future. oh murninya visi dan misi ku itew. berharap my kids will read this later and nangis terharu ahaha overr..ok back to the real subject. Resepi Lasagna mudah and yummylicious. Jom terjah!
Bahan-bahan untuk inti daging lasagna
- 1 labu bawang besar, 6-7 ulas bawang putih yang ditumbuk halus.
- 1 botol sos prego perisa tomato
- 1 tin cendawan butang, yang ni kena cincang tapi jangan halus sangat ok.
- 400 gram daging cincang
- serbuk black pepper dan oregano
- dua sudu besar sos cili
- sedikit garam untuk perasa
Cara-cara untuk membuat inti daging lasagna
Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, sos prego tomato, garam secukup rasa, serbuk oregano, black pepper, cendawan butang, dan 2 sudu besar sos cili. Gaul sehingga sebati, and inti daging siap!
Bahan-bahan untuk sos putih lasagna
- 3-4 sudu tepung gandum
- 125 gram buttercup
- 125 gram keju cheddar..
- 600 ml fresh milk
- garam secukup rasa
Cara-cara untuk membuat sos putih lasagna
Sediakan pan, cairkan butter, masukkan fresh milk tadi, masukkan 3-4 sudu tepung gandum. Seterusnya masukkan keju cheddar tadi, sedikit garam dan gaul sehingga sebati dan tidak berketu-ketul ye...oh ya, guna api kecik je.. :) siap!
p/s: Instant Lasagna perlu dicelur guna air (masukkan minyak dan garam sedikit) sampai lembut terlebih dahulu.
Cara-cara untuk melapis lasagna.
- Sediakan aluminium foil khas untuk baking lasagna.
- letak lapisan inti daging sebagai lapisan paling bawah, letak lapisan lasagna, daging, dan letak lapisan sos putih. Sila ulang lapisan ini tiga kali.
- Untuk topping, taburkan keju mozarella dan keju parmesan.
- ayu hias permukaan keju dengan tabur serbuk oregano untuk hiasan hehe..sikit-sikit je ok
- Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dahulu dengan suhu 180 darjah celcius dalam 30-40 minit, guna api atas dan bawah.
- Bila cheese topping agak-agak cair dan kuning keemasan, lasagna siap! Boleh mula dihidangkanand getting ready to make smile for your loved ones!
memang Lasagna ini yummilicious bebeh! pic form my sister's facebook acc :)
boleh jugak cuba resepi lain di sini..
tak pernah buat sendiri. selalu lahap beli punya dan org buat. takut sik menjadi, sik berani polah. haha :D
ReplyDeletetry la..miss yang tak pandai masak pun boleh jadi hehehe
Deletemiss yang sy selalu makan ada lapisan potato lenyek . miss punya takda ka?
ReplyDeleteada tu ha Resepi Shepherd Pie Daging,, lapis pakai mashed potato..sedapp hehe :)
Deletemak aih...leceh jugak nak buat. aduhh. tak de kekuatan nak melapis2 tu. haha. dasar pemalas memang tak boleh makan western cenggini kan? :P
ReplyDeleteleceh jugak la sis,, tapi berbaloi-baloi.. :)
DeleteRaya sakan eh
ReplyDeletehehehhee sik la juak koh deng :)
Deleteselamat hari raya.. maaf zahir dan batin :)
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir dan batin jugak wak..
DeletePande sis masak
ReplyDeletebelajar sikit sikit..harap lama lama jadi bukit hehe
Delete