Showing posts with label sharing is CARING. Show all posts
Showing posts with label sharing is CARING. Show all posts

Friday, September 9, 2016

Super adorable Scottish Fold kitten [picture that makes you fall in love]



awww.....she's so lovely...
i want to have one!!
don't you think this cat looks like hello kitty? :)


so cute...want to kiss and hugs them
the above Scottish fold kitten are set as my lappy wallpaper
because it melt my heart once i saw it. one word i have to say..
CUte!

oh my ...how cute you are..laying down there..

aww...i heard this cat is named
Scottish fold as their
ears are folded and bend
downward towards their head..look! it is cute isn't it? lick it baby..

ooooh how adorable they are..kiss kiss *



so dream to have one??

oh terbayang dorang landing kat katil ayu...
-bucuk-bucuk miauuwww..-


Tuesday, November 24, 2015

Akaun Maybank2u kena block : nak buat macam mana?

Inilah kisahnya. kesiha sedih saya. hehe ingat lagi tak dalam entry sebelum ini [ blog tak update siapa nak baca?? ] something bad happen to my laptop kan. so, dalam seminggu tu tak ada la laptop. everything i run guna smartphone kesayanganku ini. sampai telapak tangan panas, serius tak tahan. login maybank2u pun pakai henfon je. so mula-mula tak tahu kalau nak login maybank2u pakai smartphone kena tukar setting keyboard kat smartphone..kena jugak tukar. sebab dah kena la ayu bagitau. Better guna Qwerty keyboard instead of 3x4 keyboard. tak tau lah kenapa. hue =.='' . Paswword betul pun dia cakap salah..cesss!

Kisahnya bila nak login, terima message password salah. terdetik kat hati eh betul lah password tu, sebab biasa login pakai laptop je kan. Cuba lebih dari tiga kali...nahhh tiba-tiba dapat pulak message "akaun maybank2u kena block". Huh hati dah cuak..Maybank2u kena block apa perlu saya buat? How to retrieved my maybank2u? Geez. Try telefon maybank2u customer service (customer care) memang hampeh! dah la makan kredit handphone, and ayat last yang bikin panas berapi ala-ala cenggini la..i don't even ingat setiap wording ok.."talian sibuk..sila cuba sebentar lagi"..Dua hari try telefon customer care, macam itu jugak hasilnya. sorry to say, tapi memang panas hati membuak-buak. 

Tak tahan so ayu terus ke kaunter Maybank berdekatan. Abang kaunter pulak cakap kena telefon ke customer care baru boleh activate balik. What the hell kan. makin panas berapi, rasa macam nak suruh je abang tu call customer care and buat report customer service sorang sibuk betullaaa..sakit hati macam disiat-siat haha. Balik rumah try balik call and dapat result yang sama. Entah macam mana dapat idea hantar email kepada Maybank ke mgcc@maybank.com.my and they reply me. Thank God. Eh sebagai customer wajarlah kita nak bank tu tolong kita dalam apa jua masalah selesaikan dengan cepat, tuntas dan pantas kan. Rupanya senang je. 

Apa perlu anda buat jika akaun maybank2u kena block atau disekat?

maybank2u kena block apa nak buat?
1. pergi ke tempat login.
2. self reset password

Now dia akan keluar seperti gambar di bawah

maybank2u blocked what should i do?

3. Isikan details seperti yang dia nak
- username korang                               
-atm card no (16 no kat kad korang tu)
- nombor kad pengenalan                     

4. tekan submit

tak silap dia minta isi pasword yang baru, confirm password dan nombor TAC yang maybank hantar kat handphone korang.. so, part ni pastikan no telefon korang ada didaftarkan untuk online banking korang tu.

so siap. tu je.

tak susah pun. padahal cuak giler. macam blurr apa nak buat.
bagi yang memang pakai online banking, shopping online, jual beli online kena tahu ni semua. kot-kot jadi pada korang suatu hari nanti huhu..sharing is caring :)

Buat yang belum mendaftar maybank2u, sila lah baca entri
Cara daftar maybank2u dengan mudah ini ya ;) happy online banking!







          


Monday, March 17, 2014

MH370 I Fitnah berleluasa.


Dah 9 hari pesawat MH370 hilang tanpa jejak. Setiap hari kita dihidangkan dengan pelbagai spekulasi. Facebook's new feeds rasanya tidak pernah kering dengan spekulasi kehilangan pesawat MH370. Sedarkah kita diambang dunia dengan fitnah berleluasa . Facebook merupakan medium fitnah yang paling berkesan . Boleh baca spekulasi yang dikeluarkan, jangan percaya seratus peratus dan kena kaji. Jangan disebabkan nak popular di facebook, atau ingin menjadi penyampai berita yang paling awal baru je baca header dah post atau share. Have u ever imagine the news dibaca oleh ahli keluarga mangsa? Can you imagine how is their feeling? jagalah hati dan perasaan mereka. Berat mata memandang berat lagi bahu dorang memikul. Kita sebagai manusia biasa, tenaga amat terhad. Kalau kita tak dapat bantu, please jangan kusutkan lagi keadaan. Bak kata Tun Dr Mahathir "Tak Tweet tak bermakna tak peduli"
Kalau tak boleh cakap perkara yang lebih baik, elok diam dari kondem sana sini. Apa-apapun, berbaliklah kepada fitrah alam. Berdoalah. Doa adalah senjata mukmin. InshaAllah kebenaran akan terungkai jua. Pray for MH370. Amiin




p/s: yes, undeniable otak ligat berfikir ke mana lah perginya pesawat MH370 ini
tapi peliharah diri anda dari fitnah dajjal 

Saturday, August 31, 2013

Ait Cantik Ker? Smile Lipt Korean trends



Trend gadis korea ni macam -macam. kalau melibatkan kecantikan Korea memang nombor satu dengan plastic surgery. Terbaru plastic surgery yang popular dikalangan gadis Korea selatan adalah "Smile Lipt" atau juga dikenali sebagai perma-smile. Apa itu Smile Lipt? Lipt adalah perkataan gabungan diantara lip dan lift bermaksud dihujung corner bibir gadis yang inginkan perma smile ini akan dinaikkan sedikit supaya sentiasa kelihatan senyum senantiasa. Smile lipt dah jadi trend sebab gadis akan kelihatan senantiasa comel dan cantik kerana have a smile look kan. dalam keadaan buat kerja biasa pun senyum, biasanya time serius, time stress muka kita menakutkan horror sikit. tetapi tidak dengan perma smile anda akan kelihatan sentiasa cantik lagi-lagi time senyum makin bertambah menawan. 

So here's the picture macam mana rupa hasil before and after buat smile lipt plastic surgery ni. Cantik ker?


memang cantik ah..nampak ceria sentiasa. satu je ayu risau, kalau time marah muka still lagi nampak cute. So just imagine dalam kelas tengah marah budak-budak yang malas belajar, cikgu bukan main marah kaw-kaw hati panas gila, tapi budak tengok takde efek der. sebab muka cikgu comel sangat ,marah pun nampak still lagi senyum. budak tak takut derr...hahah! Seolah-olah menggalakkan kita fake emosi kita, walau sedih, stress, down di dalam tetapi luaran tetap senyum sentiasa. macam-macam lah trend beauty kat Korea ni dulu popular dengan "eye smiling" atau "aegyo sal"

[pic courtesy miyake]

Orang kita ni tak suka eyebag, bising mengomel ada eyebag besar padahal kat Korea tu ha sampai buat surgery bagai nak ada eyebag supaya mata kelihatan besar and cute. Kita dapat free lagi Tuhan bagi. Takyah nak bedah bedah. so siapa yang ada eyebag tu kiranya korang ni  in trend lah ye hehe..adios! love.



Tuesday, August 13, 2013

[Resepi] Lasagna mudah and yummylicious!

resepi lasagna yang senang dan sedap

Ohoho yummylicious sehingga menjilat jari kelingking..oh yeay. Cuti-cuti ni lah masa nak merelease tension and upgrade potential belajar masak sikit-sikit..ingat misi ayu? nak jadi super mom, pandai masak anything for my beloved kids in future. oh murninya visi dan misi ku itew. berharap my kids will read this later and nangis terharu ahaha overr..ok back to the real subject. Resepi Lasagna mudah and yummylicious. Jom terjah!

Bahan-bahan untuk inti daging lasagna

  • 1 labu bawang besar, 6-7 ulas bawang putih yang ditumbuk halus.
  • 1 botol sos prego perisa tomato
  • 1 tin cendawan butang, yang ni kena cincang tapi jangan halus sangat ok.
  • 400 gram daging cincang
  • serbuk black pepper dan oregano
  • dua sudu besar sos cili
  • sedikit garam untuk perasa
Cara-cara untuk membuat inti daging lasagna
Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, sos prego tomato, garam secukup rasa, serbuk oregano, black pepper, cendawan butang, dan 2 sudu besar sos cili. Gaul sehingga sebati, and inti daging siap!


Bahan-bahan untuk sos putih lasagna
  • 3-4 sudu tepung gandum
  • 125 gram buttercup
  • 125 gram keju cheddar..
  • 600 ml fresh milk
  • garam secukup rasa
Cara-cara untuk membuat sos putih lasagna
Sediakan pan, cairkan butter, masukkan fresh milk tadi, masukkan 3-4 sudu tepung gandum. Seterusnya masukkan keju cheddar tadi, sedikit garam dan gaul sehingga sebati dan tidak berketu-ketul ye...oh ya, guna api kecik je.. :) siap!

p/s: Instant Lasagna perlu dicelur guna air (masukkan minyak dan garam sedikit) sampai lembut terlebih dahulu. 


Cara-cara untuk melapis lasagna.
  • Sediakan aluminium foil khas untuk baking lasagna.
  • letak lapisan inti daging sebagai lapisan paling bawah, letak lapisan lasagna, daging, dan letak lapisan sos putih. Sila ulang lapisan ini tiga kali.
  • Untuk topping, taburkan keju mozarella dan keju parmesan.
  • ayu hias permukaan keju dengan tabur serbuk oregano untuk hiasan hehe..sikit-sikit je ok
  • Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dahulu dengan suhu 180 darjah celcius dalam 30-40 minit, guna api atas dan bawah.
  • Bila cheese topping agak-agak cair dan kuning keemasan, lasagna siap! Boleh mula dihidangkanand getting ready to make smile for your loved ones!
resepi lasagna cepat dan senang
memang Lasagna ini yummilicious bebeh! pic form my sister's facebook acc :)



boleh jugak cuba resepi lain di sini..











Thursday, August 8, 2013

Why ramai adik perempuan best bila menjelang raya? | #HappyEid everyone!

Hohohooho anak-anak gadis pasti letih menjelang raya kan?? dengan nak buat biskutnya dengan nak try kek lapis nya, kemas rumah, hias ruang tamu, pasang karpet, tukarkan langsir, pergi beli bahan-bahan mak suruh untuk buat juadah makanan padi hari raya pertama..hurm perempuan tak pandai letih kan? memang super woman..kadang-kadang terfikir jugak kenapa hari biasa tak segagah ini..padahal puasa tenaga kurang, tapi menjelang raya..hurm macam energy naik excited state! :)

oh back to title entry yer semua,, kenapa adanya ramai adik perempuan sangat-sangat best bila menjelang raya?? hehe..situasinya begini. sila rujuk situasi ini:

Mak: along, sapu sampah kejap!
along: ok, mak!

along: angah, mak suruh kau sapu sampah!
angah: okay.

angah: adik, mak suruh kau sapu..

hehe siapa pernah kena?? pasti selalu kan..but ayu selalu kenakan adik hewhewhew rasakan lho.. :p

eh no la...banyak adik perempuan best! sebab..kerja-kerja rumah semakin efektif. banyak tenaga kerja boleh digunakan. hehe. bila time ayu buat biskut, adik kedua boleh buat juadah berbuka..

ah adik kedua memang ala western sket,, suka buat kentang putar ayam grill with chicken gravy..yummeh!!

oh adik ketiga pulak lebih ke arah mengemas rumah..pasang karpet, pasang langsir, tukar sarung kusyen, sapu-sapu, hiasan dalaman memang superb! terbaik ini budak..

and my little sis pulak,, since student matriks ada peperiksaan final sem after raya so kami bagi chance dia belajar..owh its my family tradition xpela..bagi peluang beliau rehat-rehat but bantu mana yang patu..tapi kerahan tenaga telah digunakan untuk mencuci kereta..well kakak nya ini tak sempat pun nak bawa my lil princess mandi raya..hehe so mandi bersama maksu aje cukuplah yang penting kereta bersih khann..

oh ya,, tahun ni banyak buat biskut raya..hehe ada peningkatan. tahun lepas almond london, tahun ni belajar buat biskut baru pulak..biskut ice-cream, biskut nestum ice, biskut susu..hurm gambar boleh tengok kat instagram..oh ya will upload recipe nanti..why? sebab sengaja nak simpan resepi dalam blog. motif? buku resepi ayu asyik hilang and berteraburan..so kalau dah upload blog senang nanti nak refer balik..kihkihkih bijak tak bijak? 

Akhir kata..(oh macam ayat surat kiriman tak rasmi la pulak kan..),, Salam Aidilfitri 2013 buat sahabat handai, rakan taulan, sanak saudara, rakan-rakan yang mengenali ayu di blog, my silent readers,, minta maaf seandainya tertaip kata-kata yang bisa mengguris perasaan..maaf zahir dan batin ok? :') Happy Eid everyone! tengah perang mercun sekarang ni..meriahhnya raya.....

till then, xoxo, publish!









Thursday, July 25, 2013

Welcoming #RoyalBaby | Satu je nak komen.

Congrats to Duke and Dutches of Cambridge
Kate Middleton and Pince William atas kelahiran baby boy nya..

hurm..satu je nak komen, kenapa Kate Middleton boleh je keluar hospital free hair? Pakai baju singkat je, pakai heels lagi..padahal negara orang putih lagi sejuk dari Malaysia..tehee kalau lah orang kita i mean malaysian bumiputera kot..mesti keluar hospital pakai skraf and wajib tutup kepala (kalau tak mak and nenek marah), pakai stoking bagai, pakai kain batik, pakai selipar jepun kan..takut masuk angin kata orang-orang tua..hihi,, inilah perbezaan budaya..

Ahahah apa-apalah...jum kita kasi banding kelahiran Royal baby Princess Diana dan Kate Middleton..


Sama pakai baju polkadot lahhhh :) so sweet



Tuesday, July 23, 2013

Persiapan raya 2013.

Huh,,, raya sakan nampak....? prepare sana prepare sini. Tiap minggu jalan,, hehe teman familie buat persiapan hari raya...puasa puasa pun tahan jugak jalan yer..ahahhaa,, biar gambar membicarakan semua boleh?? bagi yang follow Instagram ayu,, anda dah tengok sebahagian dah...tak supprise lagi kan..ehhe...gambar akan first masuk instagram,, basi dah baru sempat nak masuk blog..busy kemain sekarang huhu..Maksudnya nak tahu perkembangan kena follow Instagram,, ayu bau je buat account tehee,, sila-sila la follow i will follow you all back ;).. @ayulilprincess .Jom layan gambar persiapan raya ku.. hehe

ohoho anak gadis baru nak berjinak-jinak bermain pondok-pondok berangan nak buat biskut raya ini tahun..haha makanya segala bahan dan preparation untuk buat biskut sudah disediakan..rasanya? Wallahualam..minggu depan kita start buat ok..jangan jadi biskut hangit sudah.. :p

persiapan barang mekap? hurm..belum complete lagi..eh eh..pakai je la mana yang ada..ni dapat sample free Estee Lauder Mascara daripada BestBuy-World haritu dah pakai untuk turun kerja la pulak..tehee...nak shopping?? oh tunggu gaji..minggu ni lerr..

WARNING!!: gadis ini sangat perasan!

beli baju rayaaaaaa...my dad sempat grab baju raya..bukan main kami yang perempuan ke hulu ke hilir masuk keluar kedai butik baju tak dapat apa-apa,, bapak ayu cepat je berkenan baju melayu, terus cuba and beli. hah,, perangai lelaki kan, tak choosy and tak suka tunggu-tunggu,, asal cantik di mata terus beli je banding si perempuan yang "hurmm..tunggu dulu lah, maybe ada lagi yang cantik dari ni kut"...(padahal dah berkenan dah),,but then cari kat kedai lain masih lagi apply kata-kata pujangga yang sama..and at last got nothing! ah amek kau,, memilih la sangat kan...





pergi kedai lampuuuuu...hehe beli untuk rumah,, raya semua nak baru,,semua nak tukar..cantiknya pelbagai pilihan lampu yang cantik-cantik..i love modern design..tapi my dad mesti suka ada tiga lampu and bulat-bulat eihh pelik sungguh..and kami berjaya membuat propaganda supaya dia setuju ikut pilihan ayu and adik tehee..kebolehan mempengaruhi keputusan itu penting! ha ha



langsir baru untuk runag tamu harus ada..hehe,, pergi kedai buat langsir and customize lagi senang dari beli dah siap..at least boleh pilih material sendiri and design sendiri, puas hati and cantik..eh eh,, bukan yang ni pilihan kami tau,, it's supriseee... nanti raya pegi rumah tengok ok? hehe oh by the way,, langsir ni sangat comel untuk bilik gadis kan..comelnya warna dia pastel and sejuk mata memandanag..i want!!

nahhh my dad dapat tangkap baju Levis lagi..kami dok tunggu kat luar amik gambar snap-snap picture ler..

inilah gayanya orang yang letih menunggu..duduk dulu,, rehat and tak larat..puasa la katakan..ha ha

shopping for baju raya...how many baju raya do you have?? nanti kita update baju raya ayu k..suprise tak leh kasi tunjuk awal,, nanti tak berseri hehe itulah sedikit gambaran persiapan raya 2013..korang pulak macam mana? :)




Thursday, July 18, 2013

Aww Banana Language | How to speak Minions.

Banana Language is here!! Do you love Minions??
Hahaha haruss ada..over jugak Mininons ni

hafal yer jangan tak hafal..parok parok hehe
Bahasa Minions pun ada jugak yer?

nak tengok gambar Minions yang lawa-lawa and comel kiut? Jum singgah entry

baru rajin nak buat keje kan.. :)

selamat pagi.. 



Wednesday, July 10, 2013

Jangan lupa baca niat puasa tau: Salam Ramadhan eh korang!

Keep calm its ramadhan. Syukur alhamdulillah, umur panjang hingga ditemukan dengan Ramadhan kali ini. Semoga ibadah kita mendapat berkah dari-Nya. Seronoknya Ramadhan, teringat waktu berbuka di rumah, mesti meriahnya meja makan sampai 4-5 lauk kan...waktu inilah anak-anak perantauan ingatkan rumah, ingat masakan mak, makan ramai-ramai dengan adik-beradik sampai nak berdiri lurus pun susah (kantoii pelahap hihii). Oh ya, jangan lupa pulak baca niat puasa malam ni, better baca niat puasa sebulan terus hehe...

p/s: rumah bujang nak prepare masak apa untuk berbuka esok? kerrr nak memasak di Bazaar Ramadhan jer? or senang lagi pergi cari Buffet Ramadhan kat hotel-hotel..lagi meriahhhh makanan khaannn..

Tuesday, July 9, 2013

Samsung Galaxy S4 | my new boyfriend.


Hari Ahad lepas memang family day out lah. lama tak jalan-jalan, gara-gara my bapak sangat-sangat busy main band, dengan undangan kenduri yang mengalahkan ketua kampung!..so memang hujung minggu kalau dapat keluar tu memang nasib baik sangat lah! I don't i'm still a girl yang suka hanging out with my parents, eventhough i'm 26! hewhewhew,, i love spending time with them rather than with friends, I don't know why, that is why I used to be. hue. 

my mum and dad

meet my sister, ella

So tengah jalan-jalan in Plaza Merdeka, i tertarik kat roadshow yang samsung buat. Memang sebelum ni ayu beriya-riya nak beli Samsung S4, lepas baca good review dari blogger and dapat review dari adik (she have bought it last month bukan main lagi dok puji handphone barunya). very tempting for me! Lagipun dapat harga yang pada ayu sangat reasonable, ada free things lagi, so why not? memanjakan diri..like last year i got my coach bag. so this year, got Samsung S4..cun la tu kan..alahh kerja kuat-kuat cari duit, belanja diri is a must!

So I just fell in love with my new handphone..teheee..


memang sangat mengujakan features Samsung S4 bila tengok youtube. Still take time to explore the features and all the applications. Memang menepati ciri-ciri yang diidamkan. hopefully ayu tak lupa pada Nikon D5100 yang tengah terperuk berhabuk kat rumah dah ler disebabkan camera samsung S4 ni sangat wallah, love love!... 

 kasi gambar dulu!! 
(opss ni dari Samsung S III) my dad la..mihmihmih kena tipu


till then, goodnight, xoxo!






Sunday, July 7, 2013

Candy Crush addiction: Barah Tahap Bahaya dah ni!!



Owh bukan main lagi kan quotes dari gambar di atas "Candy Crush is an evil". I do think so! I'm one of the willing victim..dahsyat sungguh penangan Candy Crush Game. kalau kira barah memang kena stage 4 terus lah!! adoyai..sampaikan everyday mesti main. Struck by candy crush, adush! Adakah korang pun ketagih Candy Crush? jum rate your candy crush Saga addiction level mana korang sekarang hahaha..haruss chcek now!

Personally ayu rasa i'm in 151-200 and over 200 level..ooeemmgeee..teruk sangat dah. sampaikan nak buat kerja pun terpkasa ada-tawar menawar bagai..lagi-lagi time mula-mula main game ni dulu,, sampaikan buat kerja sekejap in 30 minutes, but main Candy Crush tahan lebih 1 jam...hei gila betul..pernah jugak sampai sanggup cari cheats and tips level in candy crush yang stuck tu..hohoho rajin buat research berbanding time study dulu-dulu hahah.

ah,, kalau part merengek-rengek minta life kat adik-adik, sanggup inbox facebook dorang, tak dapat reply whatsapp pulak. and bila tak puas hati sebab life tak jugak muncul-muncul dalam 1-2 minit, 'ayu sms handphone' dorang..paksa bagi life cepat-cepat..hah amik kau!! kejam tak kejam hewhewhew. ini adalah serangan peribadi buat sesiapa yang tidak membantu memberikan life kepadaku..haha ohh ya, nasibb la my bapak tak main candy crush macam kat gambar kat atas tu mihmihmih. 


Hahaha ini memang penipuan paling hebat sekali buat Candy Crush Gamer. Bila malam selalu bagi harapan kat mata yang dah ngantok giler "sabar k my dear mata, sekejap lagi kita tidur, just one more game..after i beat this level, kite boleh bermimpi dengan indahnya".. dah bila level tak lepas-lepas, mata pun kena tipu sebab kena tunggu sampai ke pagi. haha. And bila level lepas pulak, hati geram nak beat level tu pulak,, sampai bila nak habis? sampai bila nak tido? Sleep pattern pun lari khannnn..and i'olls selalu salahkan internet connection. hihi

rileks je..tak apa bukan i'olls sorang je yang addicted to Candy Crush game ni.., korang, korang, and korang pun kan? siapa tak tu not cool la..ieehhhh hahaha

Rehabilitation centre ni kalau la betul-betul bukak, memang ramai pesakit yang addict to Candy crush stage 4..haha,, parah semuanya. Sampaikan jadi tak produktif sehari-hari layan Candy crush game. berhenti main di lappy, sambung di ipad, dahtu sambung pulak di handphone. parok parok mu ni.

Apa-apa pun jum layan...."8 Life lesson thaught by Candy Crush". 


 p/s: main-main jugak, tapi mesti jaga kesihatan...nanti dapat mata macam panda tau!

Saturday, July 6, 2013

5 Gambar Diana Amir terkini | koleksi cantik tudung "Diana Amir x emel'.


Wahh cantiknya Diana amir dalam koleksi rekaan tudung hasil kolaborasi bersama Fashion designer, Melinda Looi.. Koleksi tudung "Diana Amir x emel" tesangatlah lawa, elegant and menampakkan si pemakainya look so in style walaupun berhijab. Personally i think, penggunaan warna pada koleksi tudung ini sangat feminine, dan stylista dan trendy. sedap mata memandang kan kan kan..setuju? Jum layan 5 gambar diana Amir dengan koleksi tudung Diana Amir x emel nya...harus jangan rambang mata okeyh!! bertahan hewhewhew..


Ayu pasti koleksi ini dapat menambat hati ramai, dan pastinya korang akan namapak stunning di hari lebaran nanti..owh i love this purple colour sooo much!




cantikkan koleksi tudung "Diana Amir x emel" ni? memang memenuhi citarasa la..

Cun betul diana Amir ni..sooo beautiful in her hijab style..nak grab? nah dapatkan keterangan lebih lanjut di facebook page Melinda Loi ini. oh lupa nak kasi tau..Hijabista Model in Search in Malaysia berlangsung sekarang..jika memiliki keyakinan dan perwatakan yang menarik, anda mungkin terpilih sebagai salah seorang peragawati yang akan beraksi di Islamic Fashion Festival!! peluang ada di depan mata, do join and goodLuck! Tapi kalau pandai design baju pulak apa kata korang ikut Pencarian Fesyen designer Hijabi..  harus rebut peleuang!!

xoxo, publish!