Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Tips Kecantikan. Show all posts

Friday, February 13, 2015

(Beauty Tips)Khasiat Madu dan lemon.

Hai, assalamualaiku w.r.t lamanya tak menulis di blog. sibuk dengan kerja harian, so i'm harly update my blog.. kesian.. :') ok cuti sekolah tak lama lagi, maka bermulanya musim mengawan eh? hehe musim perkahwinan. Bagi bakal pengantin perempuan kesihatan dan condition wajah adalah amat penting, sebab kalau boleh nak jadi yang tercantik on your big day..betul? Jadi kalau muka naik jerawat tu kena awal tahu apa faktor-faktor muka berjerawat..maybe sebab habit kita, pemakanan, stress level..yelah semakin dekat nak kahwin semakin stress..i've heard tat form my friends before..agak tension so kenalah selalu belanja diri di spa.. :) itu untuk yang ade duit banyak, tapi kalau yang nak berjimat tidak semestinya korang tidak boleh memastikan your skin condition dalan keadaan tip top menjelang hari bahagia kan? well kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih..ada caranya..guna bahan-bahan dapur je.. iaitu madu dan lemon :)


Bahan-bahan yang diperlukan cuba lemon dan madu. Then gosokkan gandinagn lemon dan madu tersebut di wajah dengan lembut. lepas 10-15 minutes boleh cuci wajah anda dengan air. Anda boleh rasa permukaan kulit anda supple, licin, lembut, and segar.. Kalau tak faham penerangan boleh lihat foto di bawah ini ya :') [sebenarnya lama tak upload gambar sendiri di blog hahaha..rindu :p ]
tips cantik guna madu dan lemon

tips cantik guna madu dan lemon

khasiat madu dan lemon untuk kecantikan

khasiat madu dan lemon untuk kecantikan
dah siap gosok and boleh cuci dengan air

kulit selembut kulit bayi..eh?



Cuba try tips cantik ini pun boleh tau
korang pun boleh baca petua cantik cara melayu lama ini ok? :) and last but not least kalau nak jadi comel macam gadis korea boleh terus baca entri Korean Beauty Tips ini :)

Selamat mencuba princesses ..





Friday, November 14, 2014

Korean beauty Tips.

Rasanya kita dilanda demam korea. Everything korea..Daripada TV Shows Running Man, drama series korea di TVBS di astro, music pulak semua dengar K-pop, gilakan Gangnam style..malah korean make up dan korean hairstyles tutorial pun kita layan dan belajar dari youtube, nak jugak rasa secomel ala-ala korean girls! ahha... rasanya omputih pun gilakan korean makeup, besarnya pengaruh entertainment korea kepada masyarakat dunia.
nak secomel atau kyowo macam yoona Girls Generation?

Girls Generation SNSD cantik di red carpet. oh ok ini hanyalah gambar hiasan.

How to look like a korean?

Rule no1: Mesti mempunyai flawless skin.
perasan tak bila kita tonton rancangan Strong Heart ataupun Star King, bila semua artis berkumpul dan mulut pun melopong...cantiknya artis pompuan korea..kulit cantik, bersih, licin, flawless! almost all of them have a very-very good skin, putih, and transluscent! ahh jeles..Nyatanya rahsia trick makeup flawless mereka adalah water-based skincare..ok p cari di kedai the face shop..hihi

Rule no2: Makeup look like tak mekap pon.
Apa yang best tentang korean makeup adalah makeup dorang natural..tak nampak pon dorang wear makeup. selalunya just a touch of lipgloss (ok sekarang popular pakai tony tint ala-ala korea), blusher, sentuhan eyeliner, dan mascara disamping flawless and glowing skin..seriously muka bercepuk-cepuk tu tak ada yer..hahaha, barulah kyeopta (cute in korean). :)

Rule no3: Mempunyai soft, flowing hair.
Yang menraiknya bila tengok artis -artis korea ni, rambut dorang cantik giler! daripada rambut straight, long perm, long curls mahupun short curls, ada bangs apa-apa gaya pun cantik..and buat me myself terlekat mata pandang muka dorang kat tv. siyesly super gojes..kuncinya adalah rambut yang lembut dan looks natural. walaupun rambut di set/ dibuat di salon pastikan ia looks like belongs to you originally..dan bila perm or curl rambut ataupun straighten, pastikan rambut kena maintain dijaga rapi..jangan sekali buat terus anggap dia akan cantik sampai bila-bila..nak cantik kena maintain beb..

itu saja tips buat masa ni, and korang kena elakkan 10 beauty mistake ini..boleh tua dari usia tau!! Jaga - jaga





Thursday, September 12, 2013

Shiseido Black Mask Review.

Penat sepenat penatnya. So i pay myself a special treatment iaitu home mask treatment day! Panas-panas tunggu budak raptai perarakan, makanya kulitku ini harus diberi ganjaran. Shiseido blackmask : selalu dengar kan? and kalau mask hitam namapak elegan je, so gatal hati nak try. Smells good sweet je. Bila pakai i love pakai tebal sikit supaya nampak hitam betul ha ha ha ..dayang senandung! Shiseido mask ni ada calm effect, bila pakai ayus empat lagi take a nap, sedapnya tidur..sampai waktu bangun ayu realize bedsheet pun pakai mask jugak. tepi pipi ada corak cantik mask tercabut, kepala tersenget time tido hahahaha...bila kering shiseido mask macam getah, then peel off boleh tarik macam tu je. Ni ha masalah gadis berbulu seksi la kononnya. Ayu jenis yang mempunyai banyak anak rambut. bila pasang mask lupa masa nak tanggalkan. bukan main sakit nak tanggalkan sampai merah mata. nak nangis hohoho cengeng! after semua settle peel off pegang kulit, skin feel supple and putih berseri. Betul tak tipu. he

lah takyah cerita banyak tengok gambar Shiseido mask review dari ayu je ok? :)

ni bila mask belum kering, mata pun belum tido lagi..

final result. skin lembut ditangan...muka suci konon haha


itu je Shiseido blackmask review dariku. cuba jangan tak cuba.
Pasti suka..:)



Saturday, August 31, 2013

Ait Cantik Ker? Smile Lipt Korean trends



Trend gadis korea ni macam -macam. kalau melibatkan kecantikan Korea memang nombor satu dengan plastic surgery. Terbaru plastic surgery yang popular dikalangan gadis Korea selatan adalah "Smile Lipt" atau juga dikenali sebagai perma-smile. Apa itu Smile Lipt? Lipt adalah perkataan gabungan diantara lip dan lift bermaksud dihujung corner bibir gadis yang inginkan perma smile ini akan dinaikkan sedikit supaya sentiasa kelihatan senyum senantiasa. Smile lipt dah jadi trend sebab gadis akan kelihatan senantiasa comel dan cantik kerana have a smile look kan. dalam keadaan buat kerja biasa pun senyum, biasanya time serius, time stress muka kita menakutkan horror sikit. tetapi tidak dengan perma smile anda akan kelihatan sentiasa cantik lagi-lagi time senyum makin bertambah menawan. 

So here's the picture macam mana rupa hasil before and after buat smile lipt plastic surgery ni. Cantik ker?


memang cantik ah..nampak ceria sentiasa. satu je ayu risau, kalau time marah muka still lagi nampak cute. So just imagine dalam kelas tengah marah budak-budak yang malas belajar, cikgu bukan main marah kaw-kaw hati panas gila, tapi budak tengok takde efek der. sebab muka cikgu comel sangat ,marah pun nampak still lagi senyum. budak tak takut derr...hahah! Seolah-olah menggalakkan kita fake emosi kita, walau sedih, stress, down di dalam tetapi luaran tetap senyum sentiasa. macam-macam lah trend beauty kat Korea ni dulu popular dengan "eye smiling" atau "aegyo sal"

[pic courtesy miyake]

Orang kita ni tak suka eyebag, bising mengomel ada eyebag besar padahal kat Korea tu ha sampai buat surgery bagai nak ada eyebag supaya mata kelihatan besar and cute. Kita dapat free lagi Tuhan bagi. Takyah nak bedah bedah. so siapa yang ada eyebag tu kiranya korang ni  in trend lah ye hehe..adios! love.



Thursday, August 22, 2013

Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss [ Review ].

Hi.. lama tak jumpa..Hehe. Tak sempat pun nak update blog, adakah mungkin letih bekerja? minggu pertama selepas cuti kot..mood swing lagi..enjin tak panas. hehe, oh ya lama dah ayu tak review beauty products. So now I just fell in love with my new Lip gloss. Ok nak dijadikan cerita i am the one yang tak sukakan lip gloss ever before. why? sebab tak suka rasa sticky kat bibir or ada rasa something kat bibir,,sukalah nak tenyeh lap pakai kain o tisu untuk buang sebab geli. I just love bare lips dengan lipstick matte. So raya lepas I tried Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss Sheree's Sweet Sugar Berry my sister punya. Owh time raya memang indah. adik-adik semua perempuan, masing-masing keluarkan alat mekap masing-masing and boleh la cuba. mehmehmeh. oh iklan sekejap. So here is my picture with Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss Sheree's Sweet Sugar Berry.

paul frank lip smacker li gloss malaysia

apa yang best tentang Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss ni?

i love the packaging. owh comel gila, kecik je..comes in small size, senang nak masuk dalam beg kecil dan bawa ke  mana-mana je you suka. Second, oh sepatutnya the most essential part la yang ni. Lip gloss ni not sticky at all. i promise you. rasa air je kat bibir. bila apply your lips looks moist and yummylicious, suka giler. ngeee. i love to use it all alone or apply my revlon lipstick first and coat with Lip Gloss ni. It scents? Fruity..macam candy..so cute bau dia.

so i rate 5/5. love love it.

p/s: oh ok, mula-mula i tried my sister's lip gloss but then pujuk dia supaya kasi free..so dapat la si kakak lip gloss free. bijak tak bijak. mihmihmih :p




Saturday, October 6, 2012

Cantik Cara Melayu Lama: Petua

sekadar gambar hiasan..

semua wanita nak kelihatan cantik, itu lumrah betul? macam-macam cara, tips, petua kita cari, produk yang kita guna semata-mata untuk kelihatan cantik, anggun, berseri, dan manis dipandang,..sebab cantik adalah 'shield' untuk rasa confident untuk bergaul dengan orang sekeliling...and confident and smile is our very best make up! bear in mind, Ladies!

ok, Petua Kecantikan Melayu lama yang ayu nak kongsikan disini adalah...

bila bangun awal pagi,..biasakan diri untuk cuci wajah dengan air embun pagi dan air hujan yang turun pada malam jumaat. Orang tua cakap, air hujan yang turun pada malam jumaat amat berkhasiat untuk melembutkan kulit wajah dan boleh menyegarkan badan, selain boleh menyembuhkan pelbagai penyakit jika dibuat sebagai mandian pagi.

p/s: kalau nak cuci wajah biarlah usapkan air embun tu dari bawah dagu bawa ke atas dahi ok...tips cantik jugak ni..hehe,,nanti bolehla cantik macam Emma Ma'embong..hehehe Selamat mencuba!! ;)