Monday, December 22, 2014

Resepi Shepherd Pie daging yang senang

resepi shepherd pie daging senang dan mudah

Musim cuti-cuti ni memang harus gunakan dengan sebaik-baiknya. Ayu suka try resepi yang ayu ingin sangat nak makan. hoho, impian nak jadi ibu yang pandai memasak buat anak-anak ku suatu hari nanti..haha (hopefully they can read this and turut berbangga dengan impian besar dan niat murni ibunya iteww) ..ok sudah. so here is the Resepi Shepherd Pie daging untuk korang.

Bahan-bahan Pie
1kg kentang
1/2 cawan susu segar (kira-kira 100 ml)
2 sudu besar butter---pastikan suhu bilik ye
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kentang dipotong dadi, rebuskan sampai empuk.
2. toskan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
3. Lenyekkan kentang tadi (dalam keadaan masih panas) sampai hancur.
4. Bila dah agak lumat, masukkan susu sedikit demi sedikit. (tuang, then gaul, and tuang balik susu)
5. Masukkan butter dan gaulkan sehingga adunan sebati
6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa ok.. :)

Bahan- bahan Inti daging.
1. Bawang holland- dipotong dadu juga
2. 500g daging cincang (mana-mana brand pun boleh)
3. sebotol sos prego (tengok kesesuaian anda ok..pandai-pandai adjust ikut korang ok )
4. serbuk lada hitam
5. keju

Cara-cara buat inti daging
1. Panaskan minyak dan campurkan sedikit butter, biar wangi)
2. tumis bawang holland sampai layu
3. masukkan daging cincang
4. masakkan daging hingga bertukar kaler.
5. masukkan sos prego, serbuk lada hitam.
6. Masak dalam beberapa minit, Siap!


Ok sekarang kita nak sediakan Shepherd Pie Daging yang nyum-nyum.

Sediakan bekas pie ala yang aluminium tu..boleh beli kat kedai je..Masukkan adunan kentang yang telah dilenyek sebentar tadi dahulu. then anda lapiskan dengan inti daging tadi. Tutup dengan kentang lenyek lagi. Taburkan keju untuk topping. Lagi banyak keju lagi sedap..Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu, dengan suhu 180 darjah celsius. Gunakan api oven atas bawah ok. Dan sila bakar sampai keju diatasnya cair dan mula bertukar warna keperangan..so dah siap!! Shepherd Pie daging siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba..


lagi resepi kat sini:
 - Durian Crepe mudah dan senang
 - Resepi Pavlova untuk yang tersayang
- Resepi muffin telur yang mudah dan sedap






22 comments:

  1. telan air liur tengah malam ni -.- hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tengah-tengah malam la perut selalu lapar kan..

      Delete
  2. waaaa utg a pndai msak. grrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  3. terima kasih ayu.... pos ke umah kid satu!!! hehehee

    ReplyDelete
  4. yunk...nak share resepi ek...TQ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. share je sis..sharing is caring just jangan lupa cedit blog ni je hehe tq:)

      Delete
  5. Thanks darling for the recipe . Looked nice !

    ReplyDelete
  6. adehh.. craving.. tp malas nak buat.. nak makann jerk..hikss

    ReplyDelete