Showing posts with label Resepi Shepherd Pie daging. Show all posts
Showing posts with label Resepi Shepherd Pie daging. Show all posts

Monday, December 29, 2014

(Resepi)Cheezy Meatball Carbonara yang sedap!

baked cheese meatball resepi

Ok sesungguhnya ayu jenis bangun tidur buka mata, reaching my hp and terjumpa resepi di atas giler sedap and menyelerakan sehingga mimpuku terigau-igau nak lagi! even my dad request suruh buat lagi..hah! tapi ayu ade ubah sikit kandungan mengiukt kehendak dan kesukaan mulut ku ini...semestinya cheese paling banyak! Jom tengak macam mana nak buat Cheezy Meatball Carbonara ni :)

Bahan-bahan
-10 biji meatball
-1 tin carbonara
-air putih secukupnya (ikut nak kuah pekat mana ya)
-bawang holand
-lada hitam
-oregano
- 5 keping cheddar cheese (x silap cheesedale yg kaler orange, maaf sy jenis x baca cover depan)
- parmesan cheese ( erm letak sesuka hatimu, ayu suka sepenuh penuhnya heee )
- 3 biji kentang 

Cara membuat:
1. Kentang direbus, dilenyek bersama fresh milk+2 sudu besar butter+ lada hitam secukupnya. 
2. Panaskan pan dan tumis bawang holand dan meatball sehingga naik bau - sy guna butter utk buat wangi)
3. Masukkan bahan yang telah ditumis ke dalam bekas loyang yang hendak digunakan.. ataupun alu minium foil.
3. Dalam pan lain masak sos carbonara, masukkan lada hitam.
4. Tuangkan sos carbonara di atas meatball yang telah disusun di dalam loyang.
5. Masukkan kentang yang telah dilenyekkan tadi dan sapu rata.
6. Susun kepingan cheddar cheese dan taburkan parmesan cheese sepenuh kawasan biar nampak macam turunnya salji hihi)
7. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius. gunakan api atas. Bakar sehingga permukaan cheese kuning keemas dan bau wangi.
8. Siap.. dan boleh dijamukan bersama orang yang tersayang!

Selamat menjamu selera dengan Cheezey meatball Carbonara :)

Yang ni konon-kononnya langkah bergambar. tapi blurr..
ok mak jemah sibuk, tangan kiri snap..tu la blur jadi nya

baked cheese meatball resepi

cheese carbonara
mak jemah malas nak potong sorry..sumpah tangan x kotor ok? :')

baked cheese meatball resepi

cheese carbonara

x sempat nak gambar dalam pinggan.. lapar :)




Monday, December 22, 2014

Resepi Shepherd Pie daging yang senang

resepi shepherd pie daging senang dan mudah

Musim cuti-cuti ni memang harus gunakan dengan sebaik-baiknya. Ayu suka try resepi yang ayu ingin sangat nak makan. hoho, impian nak jadi ibu yang pandai memasak buat anak-anak ku suatu hari nanti..haha (hopefully they can read this and turut berbangga dengan impian besar dan niat murni ibunya iteww) ..ok sudah. so here is the Resepi Shepherd Pie daging untuk korang.

Bahan-bahan Pie
1kg kentang
1/2 cawan susu segar (kira-kira 100 ml)
2 sudu besar butter---pastikan suhu bilik ye
1 sudu teh lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kentang dipotong dadi, rebuskan sampai empuk.
2. toskan dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
3. Lenyekkan kentang tadi (dalam keadaan masih panas) sampai hancur.
4. Bila dah agak lumat, masukkan susu sedikit demi sedikit. (tuang, then gaul, and tuang balik susu)
5. Masukkan butter dan gaulkan sehingga adunan sebati
6. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa ok.. :)

Bahan- bahan Inti daging.
1. Bawang holland- dipotong dadu juga
2. 500g daging cincang (mana-mana brand pun boleh)
3. sebotol sos prego (tengok kesesuaian anda ok..pandai-pandai adjust ikut korang ok )
4. serbuk lada hitam
5. keju

Cara-cara buat inti daging
1. Panaskan minyak dan campurkan sedikit butter, biar wangi)
2. tumis bawang holland sampai layu
3. masukkan daging cincang
4. masakkan daging hingga bertukar kaler.
5. masukkan sos prego, serbuk lada hitam.
6. Masak dalam beberapa minit, Siap!


Ok sekarang kita nak sediakan Shepherd Pie Daging yang nyum-nyum.

Sediakan bekas pie ala yang aluminium tu..boleh beli kat kedai je..Masukkan adunan kentang yang telah dilenyek sebentar tadi dahulu. then anda lapiskan dengan inti daging tadi. Tutup dengan kentang lenyek lagi. Taburkan keju untuk topping. Lagi banyak keju lagi sedap..Bakar dalam oven yang dipanaskan terdahulu, dengan suhu 180 darjah celsius. Gunakan api oven atas bawah ok. Dan sila bakar sampai keju diatasnya cair dan mula bertukar warna keperangan..so dah siap!! Shepherd Pie daging siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba..


lagi resepi kat sini:
 - Durian Crepe mudah dan senang
 - Resepi Pavlova untuk yang tersayang
- Resepi muffin telur yang mudah dan sedap