i

Friday, June 10, 2016

Resepi | Fluffy Cheese Cake yang paling senang!



resepi japanese sponge cheese cake mudah

Who don't love cheesecake? Mesti takde kan...Biasanya ramai suka cheese cake samada Cheese cake yang tak payah bakar mahupun yang bakar atau kukus pastinya menjadi pilihan peminat cake. I do love cheese cake and everything yang melibatkan cheese..and biasanya cake cheese antara cake yang paling cepat habis pada hari raya..kena buat dua kali. Ok now nak share dengan korang Resepi fluffy cheese cake ataupun ade yang gelar japanese sponge cheese cake... bau die walaweiii rase nak makan jer! Jom masuk dapur :)

Bahan-bahan

(A) 
180g cream cheese tatura
25g butter
120g susu full milk

(B) 
40g tepung gandum
30g tepung jagung
(keduanya diayak sekali)

(C)
4 biji kuning telur gred AA (yang telah dikocok)

(D) 
4 biji putih telur gred AA
1/4 sudu kecil cream of tartar
110g gula caster


Cara-cara mebuat fluffy cheese cake ;)

Satukan semua bahan A di dalam satu bekas dan double boilkan sehingga semuanya mencair. whisk untuk mempercepatkan adunan A untuk mencair dengan elok. Ketepikan adunan untuk disejukkan ( boleh je letak depan kipas angin atau atas meja)

Selepas adunan A sejuk, whisk adunan sehingga tiada ketulan. Masukkan bahan B yang telah di ayak. Whisk sebati tanpa berketul-ketul ok. Then masukkan bahan C yang telah dikocok asing. Sebatikan adunan tersebut dan ketepikan sebentar.

ok masa nak buat meringue pulak ( bahan D)
Satukan putih telur dan gula kastor didalam bekas yang bersih. Pastikan tiada secuit pun kuning telur sewaktu mengasingkan telur sebelum ini) . Beat high speed then masukkan cream of tartar. Teruskan beat sehingga adunan soft peak iaitu bertanduk (maksudnya sewaktu kita terbalikkan bekas tersebut, ia tidak meleleh dan kekal kaku. Jangan pulak over beat ya :)

Seterusnya, satukan adunan meringue ke dalam adunan cake yang telah dibuat sebelum ini. Kaup balik sahaja dalam satu arah iaitu arah jam sehingga adunan sebati sepenuhnya. Kaup slow-slow je tau!

Sediakan loyang yang telah digris dengan sedikit butter (gris hanya di bahagian dasar loyang). Then lapik dengan baking paper pada dasar loyang. Tuang adunan cake ke dalam loyang. ok ready to bake dah :)

Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum adunan siap dibancuh. Gunakan api atas bawah pada suhu 160'C. Bakar menggunakan kaedah water bath selama 60 minit atau sehingga cake korang masak (ini bergantung dengan oven masing-masing). 

Once dah masak, renggangkan pintu oven dan biarkan dalam 20 minit ( jangan terus keluarkan dari over serta merta tau!) .. Bolehlah tabur snow powder atau letak cream cheese dan taburan cheddar cheese yang dah diparut..Siap! boleh mula makan dengan rasa tidak bersalah nya ekekke . Selamat Mencuba semua :)





sharing is caring!!

0 10 orang send love letters:

Post a Comment