i

Wednesday, October 23, 2013

(Resepi) Puding Karamel mudah dan senang - tanpa telur tau!

Assalamualaikum w.r.t eceheceh baik je malam ni. Back to track. . welcome again :) Ok my mum suka sangat puding karamel. Dulu time raya my little sister buat puding karamel yang kurang menjadi. well eksyen sangat kan..buat tak reti nak tengok or study resepi dulu. Main bantai je, ngehngehngeh sampai lupa letak vanilla essence. Nah, puding karamel berbau telur, amik ko! hehe ampun adikku! kihkihkih, So bagi sesiapa yang sukakan puding karamel tapi tak suka berbau telur, ini alternatif anda. (Resepi) Puding Karamel tanpa telur, ianya senang, ianya mudah...berbaloi-baloi. Thanks to blogger cantik Fatin Liyana atas share resepi ini. Love it to the max.


Bahan-bahan untuk sos karamel bagi puding
  • 2 senduk gula
  • 1/4 cawan air


Bahan-bahan yang diperlukan untuk Puding
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • 1 bungkus agar-agar instant (yang 10 g tu)
  • 3 1/2 cawan air

Cara-caranya:
Mula-mula kita buat sos karamel dulu k.
1. Masak gula pasir sehingga cair dan berwarna keperang-perangan. Pastikan anda menggunakan pan dan api perlahan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau sehingga rata.
3. tutupkan api
4. Tuangkan sos karamel dalam bekas puding


Seterusnya cara untuk menyediakan puding pulak.
1. Tepung jagung, tepung kastard dicampur dalam satu mangkuk. Tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis supaya tidak berketul-ketul.
2. Masukkan bancuhan tadi ke dalam periuk. Masukkan tepung agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih.
3. Bila dah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan vanilla essence. Kacau sehingga rata.
4. Tuangkan puding ke dalam bekas puding yang berisi sos karamel yang tadi.
5. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Siap!

OK makan dalam puding karamel sejuk-sejuk memang heaven! Sedi dinikmati bersam yang tersayang :)

(resepi) puding karamel mudah dan senang

p/s: jangan pernah kau "judge the book by its cover". ha ha ha ....



sharing is caring!!

9 comments:

  1. Lapor Plk Tengok..

    shafiqhashim.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. eh boleh eh tanpa telur ?? :D wah kena try ni sebab hubby kita tak suka dengan telur. hanyir dia kata. T_T resipi ni maybe dia nak makan ! terima kasih tau !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh puding karamel tanpa telur...my pleasure sis..

      Delete
  3. boleh cuba resepi ni nanti. nampak sedaplah..

    ReplyDelete