Sunday, October 7, 2012

Pavlova untuk yang tersayang : Resepi

resepi pavlova mudah dan senang blog

Pavlova lagi untuk hari ni.....cantik tak ayu nye Pavlova Decorations? haha main deco-deco untuk Pavlova..boleh kira tiap minggu jugak lah buat Pavlova,,setiap kali balik kampung ,my dad akan tanya, ada beli whipping cream tak? (My dad jadi gila Pavlova sejak my first trial buat Pavlova, and bila rasa malas nak buat,, so ayu buat alasan whipping cream habis takde jual,,..kih3...anak sapela ni..ampunkan anaknda ayahnda..:p)

Tak rugi cuba Pavlova tau, bahan senang nak cari, process, mudah dan senang (bayangkan ayu yang tak mahir buat kek ni pun boleh) and paling penting, is SEDAP to the max! ;) kalau susah takde kuasanya ayu nak buat hihihi..biasanya resepi sama jer,,tapi ayu akan kongsikan Resepi Pavlova yang paling mudah bagi ayu la...



Bahan-bahannya: 4 biji telur, 1 cawan gula castor (3/4 cawan kalau nak kurang manis), 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu teh cuka makan, 1 sudu teh essen vanilla.


Cara-caranya:

1. Panaskan oven lebih dulu pada suhu 140 darjah celcius..nanti masa nak bakar turunkan suhu tau,, ke 110 hingga 120 darjah celcius..kalau tak,,, nanti hangus pahit, nangis tak berlagu ekau dikk..

2. Putar putih telur guna kelajuan yang tinggi hingga soft peak (maksudnya adunan tak tumpah kalau diterbalikkan magkuk tu ok..)
3. masukkan gula kastor sikit demi sikit, sambil putar guna mixer pada kelajuan tinggi..putar hingga adunan tadi kental dan berkilat okeh..

4. masukkan satu sudu besar tepung jagung, dan terus putar lagi dalam 3 minit.

5. masukkan campuran cuka dan essen vanilla ke dalam adunan dan putar lagi guna mixer dalam seminit.

6. sediakan loyang, letak kertas minyak macam biasa buat kuih tu.. (ada jugak org pakai aluminium foil, ayu pernah guna tapi dia lekatlah and susah nak bukak nanti...ikut pengalaman ayu yg tak pandai buat kuih ni la..hehe, so better pakai kertas minyak ok..)

7. letak 'meringue' (adunan tadi) ke dalam acuan..letak je letak adunan di sekeliling tinggi sikit dari sebelah tengah k..sedia untuk dibakar..

8. bakar dalam oven 1 jam 15 minit,,sampai meringue kering tau...(p/s: suhu tu depend dengan oven masing-masing..u better check ok..

9. Bila dah masak, jangan keluarkan meringue dari oven terus,...biarkan sejuk dalam oven dengan bukak pintu oven sedikit renggang..

10. meringue yang dah di bakar, and u all kena keluarkan secara berhati-hati waktu nak letak dalam pinggan,, takut pecah lak..hehe (part ni ayu lupa nak amik gmbar,, sorry ye..)

11. You all dah boleh hias Pavlova korang dengan whipping cream dan buah-buah pilihan korang... 

Potong buah-buahan yang korang pilih untuk hiasan Pavlova,, macam ayu pakai buah kiwi, oren manis, buah anggur hitam..strawberry susah nak cari lah hehe...(pilihan buah penting untuk colour dan rasa..)

resepi desert senang

12. sejukkan dalam refrigerator, and siaplah pavlova untuk yang tersayang.. :)



Cara buat krim.
1. Putar 250ml whipping cream sampai kental dan gebu, putar dalam masa 10-15 minit k....Harus pilih, whipping cream non-dairy...ayu pilih yang jenama Rich.

then hias.... senang kan? Selamat Mencuba... :)










16 comments:

  1. I love pavlova!!! Tp nak buat sendiri mcm malas lah pulak :D

    Nak minta tolong kawan2 bogger untuk “Like” page “Faz&Fyda Collection” sebagai support kpd biz yg baru saya mulakan ni dan dapatkan voucher RM30 bagi mereka yang introduce 10 orang kawan dan “Like” page “Faz&Fyda Collection”. Voucher terhad untuk 10 orang terawal sahaja.

    Untuk claim voucher, anda perlu meletakkan nama anda dan juga nama kawan-kawan anda di ruangan “komen” post “tudung hanger”, dan boleh terus menggunakan voucher selepas mendapat pengesahan daripada pihak Admin.

    http://www.facebook.com/pages/FazFyda-Collection-Abaya-Baju-Kurung-Tudung-etc/235994003193434

    ReplyDelete
  2. yummy yummy! tetibe teringin nak makan pavlova, tapi xde oven nak buatt! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe,, buat jangan tak buat,, memang yummy sesangat!!

      Delete
  3. x pnh mkn pun..tp nmpak mcm best je..blh order x? haha

    Nota kaki:AsiaCube menawarkan perkhidmatan untuk bertukar like,pengikut serta trafik :)Lawati AsiaCube - The Best Free Social Exchange Site! untuk pendaftaran percuma :)Muat turun panduan ringkas AsiaCube : Tutorial AsiaCube

    ReplyDelete
  4. Pavlova, come to mama~! hehe sy boleh try la gini...

    ReplyDelete
  5. hoiiiiiiiiiiiiiiiii~~~!!!! sampai hati ko meningkatkan skill memasak mu.. hahaha.. tinggal la sa ni yg nda pandai masak... =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa...tidak juga pandai oo,, tu pun dah kena paksa bru mok buat..bapak ku gila pavlova

      Delete
  6. Kmk pernah sekali polah pavlova tok. nak madah jadi xjuak tentu jadi. nak madah xjadi pun xjuak. tp masuk perut tetap nyaman. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah kmk penah juak sik jadi dolok,,,,hehe,nyaman sampe malas olehnya,(kotan kenyang gilak hehe)

      Delete
  7. yummmy yummy...mesti sedap nih...saya memang suka makan kek jenis nih

    ReplyDelete