Wednesday, October 3, 2012

"Loser" kah anda buat orang tua macam ni?



Mungkin kita bernasib baik sedikit kerana tak perlu pernah sesusah ini untuk hidup..umur tua, badan dah tak sekuat waktu muda, perlu bekerja keras untuk sesuap nasi. Bezanya negara kita, mungkin oarng tua diperlakukan begini..

orang tua disuruh duduk seharian untuk meminta sedekah sebagai usaha untuk mencari rezeki. Di manakah tanggungjawab anak untuk menjaga ibu bapa? sanggupkah lihat orang yang sudah berhempas pulas memelihara kita dari kecil tapak kaki hingga dewasa, menatang kita bagai minyak yang penuh, terpaksa kerja keras walaupun di usia tua mereka? adakah ini balasan kita pada mereka? adakah mereka layak untuk digelar sebagai seorang "anak"?

Bukankah sepatutnya bila dah lanjut usia, orang tua sepatutnya duduk-duduk gembira, hati senang lenang tanpa sibuk mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi untuk sebuah keluarga, disebabkan tanggungjawab itu sepatutnya diambil alih oleh anak-anak. Usia tua patutnya digunakan untuk mengenang kembali kenangan manis sepanjang kehidupan, bersantai dengan anak cucu, dan berstatus bebas dari segala hutang piutang. if pencen awal, lagi baik! (oh ini untuk ayu,, tak boleh bayangkan nak pencen waktu umur 60 tahun....rasa nak nangis..sobsobsob..)


So, lakukanlah yang terbaik untuk ibu bapa kita. gembirakan mereka, dan jangan pernah digelar a LOSER sebab membiarkan ibu bapa kerja kuat sedangkan kita mampu untuk memelihara mereka..berapalah saja nilai perbelanjaan yang mereka gunakan, berbanding nilai perbelanjaan yang mereka telah belanjakan sepanjang memlihara dan membesarkan kita selama ini?

Wang boleh dicari, Ibu Bapa tiada ganti..
Berbaktilah kepada orang tuamu,
InsyaAllah rezeki lebih berkat,
sedikitnya cukup..lebihnya dapat dibahagi-bahagikan...

renung-renungkan... :)






2 comments:

  1. Memang tak sanggup tengok gambar macam ni... Cuba bayangkan bila kita berada kat tempat tu? Na'uzubillah kan?? Sayangilah ibu bapa...

    ReplyDelete