Monday, December 31, 2012

Blessed birthday, I'm 26 now!

officially turn 26 years old harini...hohohoho sudah tua..4 years more, masuk three series sudah..adui cepatnya masa berlalu..i'm blessed to be me. eventhough my life not perfect, tapi ayu bersyukur dikelilingi ramai yang masih sayangkan ayu..mungkin hati pernah berbisik jeles dengan life orang lain, khabarnya lebih gembira, lebih bahagia. Tapi ada ke hidup yang perfect takde masalah langsung? rasanya semua orang strive hard for better life. bezanya, cara kita expose how hard our life is, antara we share dengan orang lain, di facebook or just keep it for ourselve... ok, i'm the one who always keep everything all to myself. people will see every beautiful thing about my life. I just show the happy side of me. i dont like to share my sadness, i dont like univited judges.So I'm a big girl now..hehe big la sangat..thanks for listening i'm bubbling here sometimes..love u all, I'm 26 and i'm blessed to be me. harini last day untuk 2012, what is your new resolution? say hello to 2013..be nice and keep my wish come true.. :)




Sunday, December 30, 2012

Barakallah, cousinku dah kahwin!

baju akad nikah putih cantik
I'm too tired. kepala ting tong, berat semacam...padahal bukannya buat apa pun jadi camera woman sampingan untuk suka-suka je..seharian berkumpul dengan sedara mara very the penat u'olls..tapi seronok! cousin terdekat dah kahwin..memang kena tahan telinga la harini..pedass dengan soalan bila lagi nak turn ayu? hohooho...tak dapat ayu nak menjawabnya ..ok ok i know, very cliche hehe. ayu tak sempat lah nak upload gambar kahwin lain sebab penattt sangat, so bagi dua gambar teaser je dulu k...hihi nanti ayu upload banyak-banyak,, suka betol tengok gambar kahwin..esok nak bangun awal pagi lagi untuk majlis resepsi pulak..

gambar baju akad nikah putih
cousin ayu dengan baju akad nikah putih.. :)

eh dah 12.00 pagi lah korang,,tak wish birthday kat ayu eh? today 30 Disember genap 26 tahun..tinggal lagi empat tahun nak masuk dunia three series...uwaaaa...ok bai harus tidur dulu, lau tak migrain and tak terbangun la esoknya nak ke majlis haha....bye semua..





Friday, December 28, 2012

Gambar akad nikah Apek Khairul Fahmi dan leuniey Natasha

Tahniah diucapkan pada pasangan mempelai..  Khairul Fahmi Che Mat (Apek), 23 tahun dan Leuniey Natasha (Leuniey), 21 tahun..Akhirnya, they tie the knot. cantik sangat, sama padan..sorang cantik sorang lagi hensem, bagai pinang dibelah dua. busana akad nikah dorang pun cantik..semoga ikatan yang dibina kekal sampai ke syurga..semoga dengan perkahwinan ini dapat menghindarkan mereka daripada gosip dan kontroversi yang mereka alami selama ini..In shaa Allah..

Majlis Akad nikah Khairul Fahmi Che Mat dan leuniey Natasha telah dilangsungkan di kediaman Nur Eilunie di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan pada jam 10 pagi pada 28 Disember 2012..Dengan sekali lafaz mereka sah digelar suami isteri. Kurangkan bercakap jom terjah gambar majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Leuniey..Layan..
Apek menyarungkan cincin buat isteri tersayang

gambar kahwin Apek dan Leuniey bersama keluarga


Apek khairul Fahmi kusyuk..cuak kot..

cantiknya pelamin bunga putih Leuniey Natasha ni..jeles!

Gambar busana akad nikah Leuniey Natasha, sweet sangat kan!
rekaan Ezuan Ismail

aww comel and gorjes tol Leuniey Natasha ni..
terserlah kejelitaan dia

hihi,, Leuniey bagi pose gedik tercomel untuk korang

Barakallah, mudah-mudahan jodoh Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha Nazri kekal selamanya dan bahagia hingga ke akhir hayat.
pic credit to: BeautifulNara

lagi menarik: Gambar Pre-wedding Apek dan Leuniey 
                    Gambar majlis resepsi Apek dan leuniey
                    Gambar Leuniey Natasha dan Apek terkini di alam rumah tangga


Hidup dengan gembira, itu pilihan Anda!


Kadang-kadang kita tak sedar, sepotong kata-kata dan perbuatan mampu menyakitkan hati dan perasaan orang lain. Hati-hati bila berbicara serta jaga tindak tanduk. Kadang-kadang kita tak sedar kita menyakiti orang lain. kadang-kadang kita tak sedar kita merendah-rendahkan keupayaan dan potensi orang lain. Kadang-kadang kita tak sedar kita riak dengan semua hak milik Allah SWT yang Dia pinjamkan untuk sementara kepada kita. Kadang-kadang kita tak sedar, kita gagal mengawal kemarahan melampau dan membiarkan emosi dan ego bercakap untuk kita. Kadang-kadang kita tak sedar kita mengaibkan kesilapan orang lain. Mungkin juga kita diluar kawalan emosi, kita gagal memahami dan menghakimi tanpa mengetahui. Pernahkah kita berfikir berapa tahunkah yang tinggal untuk kita berada di dunia ini untuk tidak saling membenci. 

Adakah kita gembira dengan menyakiti orang lain? adakah dengan kebahagian yang dibina diatas kesengsaraan dan kesedihan orang lain bisa memberikan kepuasan pada diri kita? adakah menyakiti orang lain mampu menggembirakan lagi hidup kita? Tidak bukan. memanglah untuk hidup yang gembira, sayangi diri terlebih dahulu. Tidak susah untuk mencapai hidup yang gembira. Berbuat baik kepada orang sekeliling. Harus sentiasa ingat, hidup ini hanya sementara. adakah kita ingin meninggalkan kenangan buruk pada hidup orang lain? Semestinya kita ingin diingati sebagai orang yang memberi kesenangan hati dan merupakan salah seorang yang mengukir memori indah pada kehidupan orang lain..setuju? [ Actually ayu ingat pesanan seorang makcik yang ingatkan ayu supaya buat baik pada orang supaya orang akan ingat kita disebabkan kebaikan dan kenangan indah kita lakukan untuk mereka ]. 

Maafkan kesilapan orang lain juga boleh buat kita hidup dengan happy. Ingat je satu prinsip.."Biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang". Berdiam diri bukan bermakna kita kalah, tetapi menang kerana berjaya mengawal api kemarahan dan bijak mengawal diri dengan tindakan lojik akal. Untuk gembira, jangan sakiti orang lain, adakah kita akan tidur dengan nyenyak dan lena bila menghadirkan kesedihan dalam kehidupan orang lain? Rasanya kita akan sentiasa terkenang dan pastinya tindakan itu bakal menjadikan hidup kita tidak tenang. Tips terakhir, be positif. Jangan mudah melatah, jangan mudah kecil hati. Semuanya terletak pada hati kedua-dua belah pihak. Ikut hati mati, ikut rasa binasa..peace no war yaw.. :)




Wednesday, December 26, 2012

Dorayaki Polkadot menjadi kenyataan!


hahahhaha sila tahan gelak melihat gambar di atas..kenal Doraemon? nah..kalau biasa tengok Dorayaki kaler coklat, ayu telah buat Dorayaki Polkadot..invent resepi baru...oemmmgeee Pastinya Doraemon berbangga dengan ciptaanku ini..tak tahan gelak tengok....malu! sesungguhnya berkali-kali view pun gelak lagi..senget macam bentuk muka sin chan pun ada jugak haha actually ni first time nak buat apam polkadot, ok mak jarang nak buat-buat menda alah ni...tapi disebabkan apam polkadot tu comel, gebu-gebu..nak try la, tengok bahan alah kacang je senang....confident habis buat and kukus, sekali lupa letak acuan bulat kat bawah mangkuk kertas...maka dia tak jadi apam yang gebu-gebu tu, dia meleper, maka terhasillah Dorayaki Polkadot seperti di atas. ok ayu buat nama menarik untuk cover malu!!.hihi,,, burok dan hodoh lagi apam polkadot ku ini....kasihan sungguh!~


ok second attempt, apam polkadot telah menjadi "apam sukahati nak decorate" sebab dah merajuk hati apam tak menjadi..nasib baik, dia jadi gak gebu seperti yang diidamkan serta comel! hhohoo tetapi permukaannya ada bulat-bulat berwah lah, adakah sebab jatuh air kukus?..ke nak kena tutup pakai aluminium foil? hurm..i do think so.. siapa tau share lah dengan ayu ok..maklumlah...umo dah tua nak buat kerja dapur tak pass lagi,, caner ni? ohhoho

p/s: walaupun rupa apam polkadot ku itu hodoh dan si buruk rupa,, habis jugak di makan oleh member of family..ker nak jaga hati? kahkahkah... :p











Tuesday, December 25, 2012

10 Gambar Pemandangan Alam yang cantik..Subhanallah!

 Indahnya alam ciptaan Allah SWT
semuanya diluar jangkauan akal dan minda..
dan pastinya memukau pandangan..Subhanallah..
Jom tengok Gambar Pemandangan Alam yang cantik..

Nagoya, Japan

Rio de Janeiro

Sea turtles, Bora bora Island

Sunrise at Lagos, Faro Portugal

Trakai castle, Lithuania

 Laguna Beach Moonset, Orange county, California, USA

Italy

El Nido Palawan Philippines

Amazing Hidden Beach on Marietas Islands in Puerto Vallart

A pool in Thassos, Giola Lagoon, Greece


cantiknyaaaaaa...... nak pergi semua tempat ni...huhuhu






Sunday, December 23, 2012

10 super cute picture of cats

aww they are super cute creature in the world 
being the best friend of man

let's take a look at 10 super cute picture of cats!
Do you know this super popular and well known cat on youtube?
his name is Maru.. aww too cute!










More cuteness of Munckin Cats picture..
want more adorable jaw dropping cuteness picture? let's take a look Scottish Fold Kitten..






Cikgu ayu dah kahwin, barakallah~


Alhamdulillah, majlis perkahwinan selamat dilangsungkan on sabtu, 22 disember 2012..bukan main happy muka cikgu ayu merangkap teman sekerja, Cikgu Morliza Jemiri hehe (sebab anak murid pun dah jadi cikgu jugak..hehhehe)..nasib  baik pagi tadi mata senang nak bukak hohoohoho 

\
ramai yang datang kenduri...dapat jugak jumpa colleague...lama tak jumpa, tak sempat pun nak snap gambar ....and jumpa cikgu ayu zaman sekolah dulu..and she pop up one of the most scariest and pricey question in the world! "bila nak kahwin?" ohohooho..susahnya nak bagi jawapan..ada jawapan standard yang best untuk dihafal tak? kih3...

tak sempat pun nak bergambar dengan pasangan pengantin, ramai betul orang datang..nak bagi gambar budak yang masih bujang je boleh? nak jugakkkk tempek gambo kat sini hahaha... larikk...


:)


Friday, December 21, 2012

Agihan pendapatan dan Bonus ASB tahun 2012

dividen ASB 2012

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, seperti yang telah diumumkan oleh Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid bersama Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah. Prestasi sepanjang 2012 masih memuaskan dan merupakan yang tertinggi bagi tempoh 5 tahun. Agihan pendapatan pada tahun ni lebih kompetitif, dan   meningkat berbanding tahun lalu, 2011: 7.65 sen seunit. (untuk lihat, sila click sini)..

Dividen ASB adalah 8.9% bagi tahun ni. Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT, rezeki hujung tahun kita semua..Tak rugi melabur dengan ASB..siapa-siapa yang belum tu, sila-silakanlah menyimpan..jangan dok sibuk je nak buang duit beli barang yang menurun harganya..contohnya gadjet-gadjet terkini, lebih baik simpan dulu.. Ingat masa tua dan usia persaraan korang tau..kalau ada lebihan duit, barulah fikir nak puaskan hati dengan kehendak tu yer...beringat sebelum tua...nak beli apa pun, sukahati koranglah..hehe

sumber: Berita Harian Online dan Astro Awani...

p/s: baru perasan entry harini semua pasal duit...hohohooh  kaching! $_$








Thursday, December 20, 2012

Adakah Gangnam Style petanda kiamat? ape ni

Gangnam style petanda kiamat ramalan Nostradamus prophecy


hurm terkejut pulak tengok ni. Sebelum ni tak hairan pun 21.12.2012 Armageddon, Glooms day, End of the world. Tapi dah macam-macam cerita sampai tertarik hati pulak di Dunia Akhir Zaman ni kan..bahaya untuk akidah kita tanpa kita sedari. Dengan adanya Ramalan kaum Maya, menyatakan 21.12.2012 adalah kiamat, tambahan pulak jatuh pada hari Jumaat. Selain tu heboh pulak di facebook menyatakan Fenomena bumi bergelap selama tiga hari berturut-turut, 23, 24, 25 Disember 2012 namun telah dinafikan pihak NASA dan dinyatakan ia adalah hoax semata-mata.

Namun muncul pulak dah ramalan baru daripada Nostradamus.. 
"From the Calm-Morning, the End will come when of the dancing horse the number of circles will be nine" -Nastradamus, 1503

Menurut ramalannya ini, The Calm-Morning adalah merujuk kepada Negara Korea Selatan, kerana menurut peramal, Korea Selatan mendapat jolokan the Calm Morning di dalam Bahasa Inggeris. Dancing Horse pula adalah Gangnam Style yang popular berasal dari Korea Selatan. "circle will be nine" pulak diramalkan adalah angka satu billion yang view video klip gangnam Style di You tube. Apa pula kaitan dengan sembilan dan satu billion? satu billion mempunyai sembilan angka 0.. iaitu circle ada sembilan biji semuanya.. satu billion..100 000 000..adakah ramalan Nastradamus ini bakal terbukti benar?

Siapa pulak Nastradamus ni? kenapa nak percaya ramalannya? Nostradamus adalah seorang penyair, peramal astrologi yang telah lahir di Perancis pada 1503. Nama Nostradamus semakin popular setelah beberapa ramalannya tepat. Antara contoh ramalan beliau yang tepat adalah Revolusi Perancis, kebakaran di London, Kematian Puteri Diana, Kematian John F Kennedy, Pengeboman Nagasaki serta serangan 11 September yang berlaku di New York dulu.

hoho terkejut Mak Jemah bila baca ni..macam-macam..hurm apa kata anda? Adakah kita umat yang terakhir? Nampaknya view untuk video klip Gangnam Style dah mencecah 988 980 056 views dan semakin bertambah..usah percaya hingga menjejaskan akidah dan iman kita..okey,,Satu yang ayu fikir, Adakah ramalan ini adalah konspirasi untuk membinasakan akidah umat Islam seluruh dunia? tepuk dada tanyalah minda. Kiamat itu pasti akan berlaku namun ia adalah rahsia Allah S.W.T. Siapalah kita untuk meramalnya...


sumber & pic source: TaoTauAjer


p/s: selamat melahirkan buat isteri pakcik atas kelahiran baby boy semalam..20122012..fuhhh cantik tarikh tu..








Buffered earning December akhirnya kau muncul jua!~



lamanya nya sejak BE november dah jadi metered earning, dia tak juga kunjung tiba..sampaikan nak update entry pun malas. Hairan lah, kalau ayu rajin and trafik tinggi dia tak dak, lau turun sket terus dia mai..kau mainkan perasaanku Buffered earning Nuffnang!! hehe tapi takpa..dah ceriakan ayu dengan senyuman awal pagi ni..so, dimaafkan..sekali lagi ni iklan Digi..oh kiss Digi laju-laju!

kumpul-punya kumpul belum pernah lagi ayu checkout earning ,, nak buat beli handbag coach satu boleh? :p save money :).... siapa kata kita tak boleh jana duit online? just perlu tahu serba sedikit teknik jana pendapatan online, and then just duduk and relax...(buat gaya gedik eksyen) hehe...








Tuesday, December 18, 2012

Peplum Top | Fashion Spotlight


Kadang-kadang ayu suka dok melepak-lepak di Radiusite tempat shopping tudung online paling trendy,  seriously i love Radiusaite..I really do..lagi-lagi rasa motivated tengok Ika Radiusite boleh berjaya seperti tu..eh, tukar topic, so waktu jalan-jalan tengok gambar contestant kat situ, so ayu terpikat dengan satu baju, cantik giler and ladies-girly like..siasat punya siasat tuan gambar said it was a peplum kurung. otak terus ligat berfikir apa menda alah "peplum top" , "peplum kurung", "peplum dress" tu? malas bertanya sesat jalan so ayu tanyalah dengan boyfriend, Mr Google.. :) 

ok dapat jawapan macam ni...inilah peplum top yang korang boleh jadikan "kurung peplum" yang boleh mix and match, buat kain sendiri, padankan sendiri..murah-murah,, ikut body..berbaloi-baloi..tinggal buat kain je lagi :)

choco peplum top for kurung

suka pink? nahh
10166M 
price: rm30 including pos laju

B10226
price: rm20 including pos laju

B10226
price: rm20 including pos laju


V10179
price: rm29 including pos laju

W10220
price: rm29 including pos laju


comel kan peplum top atau peplum kurung, ala-ala saloma gitu,ada kembang-kembang dekat pinggang.. pakai dengan kain belah enam fit dekat lutut,, cantik like princess..Untuk lebih banyak pilihan, boleh jenguk-jenguk Iprincess Boutique..





Monday, December 17, 2012

Gambar Kahwin Maria Elena and Asfirdaus!!

Whoaaa Maria Elena the Greek Helen blogger famous Malaysia dah kahwin! kahwin pulak dengan Asfirdaus, abang kepada Fatin Liyana, feymes blogger kesukaan ramai termasuk ayu...ahhh memang become great family lah..seronok tengok dorang and perkahwinan Maria Elena ni nampak sempoi je..rasa terhibur dengan gelagat dua mempelai sebab masing-masing suka buat mimik muka yang lawak.. dah jom layan gambar dari wedding photographer yang ayu paling berkenan Udey ismail dan Mukhriz Latif, gambar-gambar dorang ambil memang umph! i tell you hehe...jom layannn

pelamin Maria elena blogger
Maria elena ni sempoi je..

sweet picture of Maria elena dan asfirdaus
cantik pelamin Maria Elena ni kan..

hahaha gambar ni sempoi! no satu!


heppinya dah kahwin..

 peliks.. memang peliks.blogspot.com lah maria hehe
Dr Fatin Liyana comel je..suka!

gambar keluarga fatin liyana blogger famous Malaysia alaaa blog honeykoyuki tu..

blogger Fatin Liyana dapat akak ipar, Maria Elena the greek helen
waaa makin famous family ni,, dua-dua famous blogger Malaysia
bersatu dalam satu Family..love love.

boleh tengok yang lain lau nak, jom terjah ramai-ramai :)