Friday, December 28, 2012

Hidup dengan gembira, itu pilihan Anda!


Kadang-kadang kita tak sedar, sepotong kata-kata dan perbuatan mampu menyakitkan hati dan perasaan orang lain. Hati-hati bila berbicara serta jaga tindak tanduk. Kadang-kadang kita tak sedar kita menyakiti orang lain. kadang-kadang kita tak sedar kita merendah-rendahkan keupayaan dan potensi orang lain. Kadang-kadang kita tak sedar kita riak dengan semua hak milik Allah SWT yang Dia pinjamkan untuk sementara kepada kita. Kadang-kadang kita tak sedar, kita gagal mengawal kemarahan melampau dan membiarkan emosi dan ego bercakap untuk kita. Kadang-kadang kita tak sedar kita mengaibkan kesilapan orang lain. Mungkin juga kita diluar kawalan emosi, kita gagal memahami dan menghakimi tanpa mengetahui. Pernahkah kita berfikir berapa tahunkah yang tinggal untuk kita berada di dunia ini untuk tidak saling membenci. 

Adakah kita gembira dengan menyakiti orang lain? adakah dengan kebahagian yang dibina diatas kesengsaraan dan kesedihan orang lain bisa memberikan kepuasan pada diri kita? adakah menyakiti orang lain mampu menggembirakan lagi hidup kita? Tidak bukan. memanglah untuk hidup yang gembira, sayangi diri terlebih dahulu. Tidak susah untuk mencapai hidup yang gembira. Berbuat baik kepada orang sekeliling. Harus sentiasa ingat, hidup ini hanya sementara. adakah kita ingin meninggalkan kenangan buruk pada hidup orang lain? Semestinya kita ingin diingati sebagai orang yang memberi kesenangan hati dan merupakan salah seorang yang mengukir memori indah pada kehidupan orang lain..setuju? [ Actually ayu ingat pesanan seorang makcik yang ingatkan ayu supaya buat baik pada orang supaya orang akan ingat kita disebabkan kebaikan dan kenangan indah kita lakukan untuk mereka ]. 

Maafkan kesilapan orang lain juga boleh buat kita hidup dengan happy. Ingat je satu prinsip.."Biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang". Berdiam diri bukan bermakna kita kalah, tetapi menang kerana berjaya mengawal api kemarahan dan bijak mengawal diri dengan tindakan lojik akal. Untuk gembira, jangan sakiti orang lain, adakah kita akan tidur dengan nyenyak dan lena bila menghadirkan kesedihan dalam kehidupan orang lain? Rasanya kita akan sentiasa terkenang dan pastinya tindakan itu bakal menjadikan hidup kita tidak tenang. Tips terakhir, be positif. Jangan mudah melatah, jangan mudah kecil hati. Semuanya terletak pada hati kedua-dua belah pihak. Ikut hati mati, ikut rasa binasa..peace no war yaw.. :)




No comments:

Post a Comment