Thursday, December 20, 2012

Adakah Gangnam Style petanda kiamat? ape ni

Gangnam style petanda kiamat ramalan Nostradamus prophecy


hurm terkejut pulak tengok ni. Sebelum ni tak hairan pun 21.12.2012 Armageddon, Glooms day, End of the world. Tapi dah macam-macam cerita sampai tertarik hati pulak di Dunia Akhir Zaman ni kan..bahaya untuk akidah kita tanpa kita sedari. Dengan adanya Ramalan kaum Maya, menyatakan 21.12.2012 adalah kiamat, tambahan pulak jatuh pada hari Jumaat. Selain tu heboh pulak di facebook menyatakan Fenomena bumi bergelap selama tiga hari berturut-turut, 23, 24, 25 Disember 2012 namun telah dinafikan pihak NASA dan dinyatakan ia adalah hoax semata-mata.

Namun muncul pulak dah ramalan baru daripada Nostradamus.. 
"From the Calm-Morning, the End will come when of the dancing horse the number of circles will be nine" -Nastradamus, 1503

Menurut ramalannya ini, The Calm-Morning adalah merujuk kepada Negara Korea Selatan, kerana menurut peramal, Korea Selatan mendapat jolokan the Calm Morning di dalam Bahasa Inggeris. Dancing Horse pula adalah Gangnam Style yang popular berasal dari Korea Selatan. "circle will be nine" pulak diramalkan adalah angka satu billion yang view video klip gangnam Style di You tube. Apa pula kaitan dengan sembilan dan satu billion? satu billion mempunyai sembilan angka 0.. iaitu circle ada sembilan biji semuanya.. satu billion..100 000 000..adakah ramalan Nastradamus ini bakal terbukti benar?

Siapa pulak Nastradamus ni? kenapa nak percaya ramalannya? Nostradamus adalah seorang penyair, peramal astrologi yang telah lahir di Perancis pada 1503. Nama Nostradamus semakin popular setelah beberapa ramalannya tepat. Antara contoh ramalan beliau yang tepat adalah Revolusi Perancis, kebakaran di London, Kematian Puteri Diana, Kematian John F Kennedy, Pengeboman Nagasaki serta serangan 11 September yang berlaku di New York dulu.

hoho terkejut Mak Jemah bila baca ni..macam-macam..hurm apa kata anda? Adakah kita umat yang terakhir? Nampaknya view untuk video klip Gangnam Style dah mencecah 988 980 056 views dan semakin bertambah..usah percaya hingga menjejaskan akidah dan iman kita..okey,,Satu yang ayu fikir, Adakah ramalan ini adalah konspirasi untuk membinasakan akidah umat Islam seluruh dunia? tepuk dada tanyalah minda. Kiamat itu pasti akan berlaku namun ia adalah rahsia Allah S.W.T. Siapalah kita untuk meramalnya...


sumber & pic source: TaoTauAjer


p/s: selamat melahirkan buat isteri pakcik atas kelahiran baby boy semalam..20122012..fuhhh cantik tarikh tu..








7 comments:

  1. percaya apa yg state dlm Al-Quran saje.. tp tanda2 kiamat mmg banyak

    ReplyDelete
  2. benda ni tak boleh percaya . jejaskan akidah semua . baik duk rumah tambah amalan dr pike benda2 ni ..

    ReplyDelete
  3. tu lah..smua rahsia Allah kan..in sha Allah smuanya akan baik2 saja..kita sbgai umat cuma doa yg terbaik ja..=))

    ReplyDelete