i

Friday, October 28, 2011

Gambar Gempa Bumi di Turki, oct 2011

Gempa bumi berskala 7.2 skala ritcher menggoncang Timur Turki pada Ahad lalu, telah mengorbankan sekurang-kurangnya 570 orang awam dan mangsa yang cedera seramai 2555 orang awam, selain beribu-ribu lagi masih terperangkap dibawah runtuhan bangunan sejak lima hari lalu. Musim sejuk yang melanda bumi Turki telah memburukkan lagi keadaan mangsa bencana yang telah kehilangan rumah dan tempat berteduh. tambah memburukkan keadaan ada diantara mangsa telah mendakwa tidak mendapat khemah daripada pihak yang berkenaan.


Terbaru, setelah 125 jam berada di dalam runtuhan bangunan apartment, Ferhat Tokay, 13 tahun telah berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat. perkataan pertama yang di sebut oleh Tokay adalah "saya lapar dan haus". Gambar dibawah merupakan gambar Ferhat Tokay yang telah diselamatkan...

lagi gambar di sekitar bencana Gempa bumi Turki
Turkey earthquack










sesungguhnya bencana yang menimpa rakyat Turki pada 23 Oktober 2011 sangat besar. Untuk kita yang berada di Malaysia, haruslah kita bersyukur kepada-Nya dan diminta dilindungi daripada bencana sebegini..

Banjir besar melanda Thailand, Gempa Bumi melanda Turki, dan sebagainya...adakah ini petanda berkahirnya bumi yang sudah tua? petanda akhir zaman?? wallahualam...

source: reuters



sharing is caring!!

0 10 orang send love letters:

Post a Comment