Beberapa hari lagi nak dapat gaji untuk Bulan Disember 2012, gaji terakhir untuk tahun ni iaitu 18 Disember 2012 ni hari Selasa, masuk diary okeh! sama-sama kita cucuk dinding haritu hehe,, walau bagaimanapun Jadual Pembayaran Gaji kepada Kakitangan Awam bagi tahun 2013 telah pun dikeluarkan.
Diharap perkongsian ini boleh mebantu para penjawat awam untuk dijadikan panduan bagi merancang kewangan serta perbelanjaan lebih-lebih lagi di musim nak bukak sesi persekolahan serta musim perayaan kelak. Kena aware dengan tarikh pembayaran gaji serta bijak mengawal perbelanjaan gaji bulanan. kalau masih single macam ayu, ok lagi...susah kalau dah berkeluarga tapi tak bijak merancang kewangan, kerana "duit" boleh menjadi punca penceraian. Ingat tu, Minta dijauhkan.
lagi satu, kena kawal perbelanjaan betul-betul kerana Bulan Disember dapat gaji awal 18 Disember 2012, sempena hari Krismas, manakala gaji pada Bulan Januari pulak pada 23 januari 2013. jangan pulak nanti aktiviti "korek tabung" melanda kerana terdesak menunggu pembayaran gaji bulan seterusnya hihi.
Dah semak Slip Gaji Bulan Disember 2012? Slip gaji dah boleh mula semak 14 Disember 2012...cuba semak ok nanti line slow bila ramai dah mula semak..Untuk pengetahuan, Pembayaran bonus 2012/ Pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas prestasi kali kedua akan dibayar bersekali dengan gaji bulan disember ini (selasa ni ok) dan gaji bulan Januari 2013 (23 Januari 2013-Rabu). Tambah Agihan pendapatan dan Bonus ASB lagi? oh durian runtuh!
nak tahu bila tarikh cuti sekolah? boleh semak sini.. :)
No comments:
Post a Comment