Sepetang kita mendengar
pembentangan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’
Seri Najib bin Abdul Razak. Semua mengharapkan sesuatu yang dapat membantu
mensejahterakan rakyat. Umumnya, Bajet 2013 berjaya mengimbangkan
objektif-objektif yang ingin dicapai. Dengan tema Bajet 2013 “Memakmur Negara,
Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati”, bajet ini mampu memberi senyuman
kepada mereka yang berkenaan.
Ekonomi Malaysia
dijangka akan berkembang kukuh 4.5%-5% bagi tahun 2012 yang dipacu oleh
pelaburan swasta. Kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggarkan meningkat
kepada RM208.60 billion untuk untuk tahun 2013 berbanding RM207.20 billion pada
tahun 2012.
Antara intipati menarik
Bajet 2013 ini adalah seperti berikut:
· Kerajaan
mencadangkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk penjaja dan peniaga
kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
· Skim
ini akan member perlindungan maksimum sehingga RM5000 dan kerajaan akan
membiaya skim in dengan peruntukan sebanyak RM16 juta setahun.
· Perbadanan
Nasional Berhad akan memperkenalkan program “Business In Transformation”
menggunakan model ‘licensing” atau “franchising” PNS akan diberi pinjaman
sebanyak RM25000 bagi “licensee” dan RM500,000 kepada “licensor” dalam usaha
untuk memodenkan perniagaan penjaja dan peniaga kecil.
· Bagi
tujuan untuk menghargai sumbangan para nelayan, kerajaan telah memperuntukkan
elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan dan insentif 10-20 sen per kilo bagi
hasil tangkapan.
· Bajet
2013 juga memperuntukkan RM350 juta dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
dimana RM50 juta untuk masyarakat India, serta pembiayaan dari TEKUN bagi
usahawan kecil dan sederhana.
· Pelajaran
adalah amat penting untuk melahirkan generasi dan bangsa Malaysia yang Berjaya.
Untuk itu, Bajet 2013 telah memperuntukkan RM38.70 billion kepada Kementerian
Pelajaran ataupun 15% daripada seluruh peruntukan.
· Peruntukan
tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek
teras seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
· Bajet
2013 juga memberikan senyuman kepada lebih 50, 371 pesara di seluruh Malaysia
kerana pencen minimum dinaikkan kepada RM820 untuk pesara kerajaan yang telah
berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.
· Kerajaan
mencadagkan pengurangan caj pemprosesan passport untuk warga emas, dan perkara
ini turut diluaskan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.
· Tambahan
sebanyak RM1 billion kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan
Penyelenggaraan Sekolah juga diperuntukkan dalam Bajet 2013.
· Rm1.2
billion diperuntukkan juga untuk pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM,
PERMATA dan JPNIN.
· Geran
pelancaran sebanyak RM10 000 diberikan kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Swasta.
· Kerajaan
akan melancarkan “Graduate Employability Blueprint” dengan peruntukan sebanyak
RM200 billion, sebagai salah satu cara untuk membantu para graduan yang
menganggur.
· Bagi
mengurangkan kadar jenayah, perjawatan baru polis ditambah, Penubuhan Unit
Rondaan Bermotosikal – rondaan 1000 motosikal di kawasan perumahan, selain
tambahan 10, 000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di
25 buah tempat Pihak Berkuasa Tempatan.
· Pembinaan
441 km jalan luar Bandar dan jalan perhubungan desa dijangka akan memanfaatkan
220, 000 penduduk.
· Projek
bekalan air akan memanfaatkan 24 000 rumah dan penyambungan elektrik akan
memanfaatkan kira-kira 19, 000 rumah.
· Program
Desa Lestari akan melibatkan 29 kampung serta memanfaatkan 38,000 penduduk,
selain RM88 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat
Orang Asli.
· Sebanyak
40 000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan dibekalkan.
· Skim
Rumah Pertamaku (SRP) akan diperbaiki untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia
dapat memiliki kediaman pertama dengan harga yang lebih murah daripada harga di
pasaran.
· BR1M
2.0 : sebanyak rm500 diberikan kepada isirumah berpendapatan kurang daripada RM3000 dalam Bajet 2013.
· Pengurangan
subsidi gula sebanyak 20sen, dan menambah subsidi minyak masak iaitu RM1.5
billion.
· Tambahan
57 buah kedai 1Malaysia (KR1M) di Sarawak, Sabah dan Labuan.
· Bantuan
bagi para pelajar iaitu sebanyak RM100 juga diberikan mulai Januari 2013 akan
memanfaatkan 5.4 juta pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Diharapkan ini dapat mengurangkan beban ibu bapa di musim persekolahan awal Januari 2013.
· Selain
itu, baucer buku sebanyak RM200 juga masih dikekalkan untuk membantu pelajar
Tingkatan 6 dan IPT.
· Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) : hutang perlu dibayar dan tidak
mungkin akan dimansuhkan. Namun insentif diskaun sebanyak 20 peratus akan
diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan hutang PTPTN sekaligus bermula 1
Oktober 2012 sehingga 30 September, 2013. Selain itu insentif diskaun sebanyak
10 peratus akan diberikan kepada peminjam PTPTN yang membayar hutang secara consistent
dan berjadual.
· Dan
yang paling ditunggu-tunggu adalah………Bonus Bajet 2013 : Pemberian 1 bulan
setengah bonus diberikan kepada semua penjawat awam. Syukur Alhamdulillah,
walaupun sikit, tapi amat bermakna..:)
Pada hemat ayu,
pemberian insentif PTPTN menggalakkan kebertanggungjawaban seseorang peminjam
PTPTN agar bermotivasi untuk melunaskan hutang PTPTN dengan adanya
insentif sebegitu…yela kan,, kalau nak dimansuhkan apa lah dana yang boleh
membantu orang lain yang tidak berkemampuan. Usahlah pentingkan diri sendiri, ingat
jugak kesusahan orang lain ok. Tu yang nak highlight tu..:p
Namun apalah
maksudnya dasar dan perancangan yang hebat sekiranya pelaksanaannya kelak kurang
cepat dan berkesan. Pelaksaan adalah paling penting, InsyaAllah pelaksanaan
adalah sebaik perancangan yang telah ditetapkan. Diharap Bajet 2013 ini memberi
kesejahteraan kepada rakyat dan memakmurkan Negara selaras dengan Tema Bajet
2013 itu sendiri “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati”.
p/s: seronok dapat Bonus Penjawat awam 2013---- satu bulan setengah yeay!! $_$
yey dpt bonus..yey..jom tukar bloglist ..phat masuk kan awak dlm bloglist girl phat ya..tq
ReplyDeleteyeayyy,, seronok!! hi, sure boleh...i'm putting u in my bloglist ya..;)thx to u too
ReplyDelete