i

Friday, September 28, 2012

Antara Intipati Menarik Bajet 2013




Sepetang kita mendengar pembentangan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak. Semua mengharapkan sesuatu yang dapat membantu mensejahterakan rakyat. Umumnya, Bajet 2013 berjaya mengimbangkan objektif-objektif yang ingin dicapai. Dengan tema Bajet 2013 “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati”, bajet ini mampu memberi senyuman kepada mereka yang berkenaan.


Ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang kukuh 4.5%-5% bagi tahun 2012 yang dipacu oleh pelaburan swasta. Kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM208.60 billion untuk untuk tahun 2013 berbanding RM207.20 billion pada tahun 2012.


Antara intipati menarik Bajet 2013 ini adalah seperti berikut:

·   Kerajaan mencadangkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

·   Skim ini akan member perlindungan maksimum sehingga RM5000 dan kerajaan akan membiaya skim in dengan peruntukan sebanyak RM16 juta setahun.

· Perbadanan Nasional Berhad akan memperkenalkan program “Business In Transformation” menggunakan model ‘licensing” atau “franchising” PNS akan diberi pinjaman sebanyak RM25000 bagi “licensee” dan RM500,000 kepada “licensor” dalam usaha untuk memodenkan perniagaan penjaja dan peniaga kecil.

·   Bagi tujuan untuk menghargai sumbangan para nelayan, kerajaan telah memperuntukkan elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan dan insentif 10-20 sen per kilo bagi hasil tangkapan.

·  Bajet 2013 juga memperuntukkan RM350 juta dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dimana RM50 juta untuk masyarakat India, serta pembiayaan dari TEKUN bagi usahawan kecil dan sederhana.

·      Pelajaran adalah amat penting untuk melahirkan generasi dan bangsa Malaysia yang Berjaya. Untuk itu, Bajet 2013 telah memperuntukkan RM38.70 billion kepada Kementerian Pelajaran ataupun 15% daripada seluruh peruntukan.

·   Peruntukan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

·   Bajet 2013 juga memberikan senyuman kepada lebih 50, 371 pesara di seluruh Malaysia kerana pencen minimum dinaikkan kepada RM820 untuk pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

·   Kerajaan mencadagkan pengurangan caj pemprosesan passport untuk warga emas, dan perkara ini turut diluaskan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

· Tambahan sebanyak RM1 billion kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah juga diperuntukkan dalam Bajet 2013.

·  Rm1.2 billion diperuntukkan juga untuk pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA dan JPNIN.

·   Geran pelancaran sebanyak RM10 000 diberikan kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Swasta.

·  Kerajaan akan melancarkan “Graduate Employability Blueprint” dengan peruntukan sebanyak RM200 billion, sebagai salah satu cara untuk membantu para graduan yang menganggur.

·    Bagi mengurangkan kadar jenayah, perjawatan baru polis ditambah, Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1000 motosikal di kawasan perumahan, selain tambahan 10, 000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah tempat Pihak Berkuasa Tempatan.

·      Pembinaan 441 km jalan luar Bandar dan jalan perhubungan desa dijangka akan memanfaatkan 220, 000 penduduk.

· Projek bekalan air akan memanfaatkan 24 000 rumah dan penyambungan elektrik akan memanfaatkan kira-kira 19, 000 rumah.

·  Program Desa Lestari akan melibatkan 29 kampung serta memanfaatkan 38,000 penduduk, selain RM88 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat Orang Asli.

·      Sebanyak 40 000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan dibekalkan.

·   Skim Rumah Pertamaku (SRP) akan diperbaiki untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia dapat memiliki kediaman pertama dengan harga yang lebih murah daripada harga di pasaran.

·  BR1M 2.0 : sebanyak rm500 diberikan kepada isirumah berpendapatan kurang daripada RM3000 dalam Bajet 2013.

·     Pengurangan subsidi gula sebanyak 20sen, dan menambah subsidi minyak masak iaitu RM1.5 billion.

·      Tambahan 57 buah kedai 1Malaysia (KR1M) di Sarawak, Sabah dan Labuan.

· Bantuan bagi para pelajar iaitu sebanyak RM100 juga diberikan mulai Januari 2013 akan memanfaatkan 5.4 juta pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Diharapkan ini dapat mengurangkan beban ibu bapa di musim persekolahan awal Januari 2013.

·   Selain itu, baucer buku sebanyak RM200 juga masih dikekalkan untuk membantu pelajar Tingkatan 6 dan IPT.

·  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) : hutang perlu dibayar dan tidak mungkin akan dimansuhkan. Namun insentif diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan hutang PTPTN sekaligus bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September, 2013. Selain itu insentif diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada peminjam PTPTN yang membayar hutang secara consistent dan berjadual.

·      Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah………Bonus Bajet 2013 : Pemberian 1 bulan setengah bonus diberikan kepada semua penjawat awam. Syukur Alhamdulillah, walaupun sikit, tapi amat bermakna..:)


Pada hemat ayu, pemberian insentif PTPTN menggalakkan kebertanggungjawaban seseorang peminjam PTPTN agar bermotivasi untuk melunaskan hutang PTPTN dengan adanya insentif sebegitu…yela kan,, kalau nak dimansuhkan apa lah dana yang boleh membantu orang lain yang tidak berkemampuan. Usahlah pentingkan diri sendiri, ingat jugak kesusahan orang lain ok. Tu yang nak highlight tu..:p 


Namun apalah maksudnya dasar dan perancangan yang hebat sekiranya pelaksanaannya kelak kurang cepat dan berkesan. Pelaksaan adalah paling penting, InsyaAllah pelaksanaan adalah sebaik perancangan yang telah ditetapkan. Diharap Bajet 2013 ini memberi kesejahteraan kepada rakyat dan memakmurkan Negara selaras dengan Tema Bajet 2013 itu sendiri “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati”.


p/s: seronok dapat Bonus Penjawat awam 2013---- satu bulan setengah yeay!! $_$


sumber: twitter PMO dan MNTR








sharing is caring!!

2 comments:

  1. yey dpt bonus..yey..jom tukar bloglist ..phat masuk kan awak dlm bloglist girl phat ya..tq

    ReplyDelete
  2. yeayyy,, seronok!! hi, sure boleh...i'm putting u in my bloglist ya..;)thx to u too

    ReplyDelete