Saturday, June 30, 2012

She's mine now : Coach Signature Brooke

hohoho....ingat lagi tak ayu pernah cakap dalam entri Bila saat hujung bulan...bila nak gaji ni? yang ayu tak sabauu rasanya nak tunggu gaji bulan jun sebab nak beli sesuatu...oh perasaan membeli itu indah ya tak?? lagi lagi hasil titik peluh sendiri..tak kisah la orang cakap saya membazir...apa yang penting???? Saya puas hati.. :) wooot woooot.

kira hadiah sempena pertengahan tahun untuk diriku yang sudah bekerja keras mencari duit dalam jangka waktu setengah tahun 2012 la kan..it's kind of appreciation to me myself actually..hasil titik peluh sendiri at least duit lekat kat barang..jangan hilang macam tu je..bergaji..tapi duit mengalir tak tahu pergi mana..tiba-tiba hujung bulan rasa sempit..nahhh..*ehh sungguh ayat cover diri...lol!

tadaaaaa...do meet her..my very first coach collection..Coach Signature Brooke..let's call her Chiyo ok..


still dalam plastik sebab rasa sayang nak bukak..hehehhee

last-last bukak plastik jugak..takder maknanya beli kalau tak pakai..
takkan nak simpan sampai berkulat dalam plastik kot..

i really love it to the max!! do you?





Wednesday, June 27, 2012

body lelaki ini sunggoh mengancam!




hurm..tipulah kalau kata saya tak minat High School Musical..saya tengok dari awal sampai High School Musical graduation! haha..rasa remaja padahal waktu tu umur dah 20an..kui3..bukan semata tengok hero heroin, tapi gila tengok dorang dance! addicted! owh well enuf.

now,, perasan tak Zac Efron membesar menjadi lelaki hemsem
ini barula lelaki kacak muka kacak body..i suka suka suka (oh gatal btol)
tough, tak la macam abang ketak-ketak body builder..ohh itu menggelikan..sunggoh i tell u..tapi jangan la pulak tak ada langsung six pack tu abang oiii..kering kontang jer rupa dada..tidak gagah tauk?
ahh sunggoh i tengok pun malu...=.=''







Sunday, June 24, 2012

Zuhrah melintasi Bumi: subhanallah cantiknya!

memang macam katak di bawah tempurung, tak tahu pun peristiwa Planet Zuhrah melintasi Matahari..tak tengok live, tengok gambar menarik dari orang pun best kan..Subhanallah..indahnya kejadian ciptaan tuhan..Fenomena ini hanya berlaku lebih 100 tahun lagi..sekali sahaja dalam kehidupan, sebab kalau terlepas, kita perlu tunggu hingga tahun 2117 tau?..hurm..masalahnya masih hidup kah kita waktu itu?? huhu wallahualam..

jum layan gambar planet Zuhrah (venus) melintasi matahari..jumm cantiknya..terpegun..@_@






Zuhrah planet kedua dari matahari dilihat seperti titik hitam di permukaan matahari..macam taik lalat kat muka pulak kan kalau tengok betul2..hihi..eh,, main2 pulak..love how photographer can capture the moments so well and bolehlah dilihat oleh saya agar lebih menghargai keindahan alam ciptaan tuhan..

sumber gambar: National Geographic, nasa.




bila saat hujung bulann...bila gaji ni?


inilah padah nya kalau money management tak berapa nak manage..boros tak tentu hala..bila belanja sentiasa cakap "ahh ada duit lagi"..korek dan terus korek bank account..bila hujung bulan ternganga..and mulalah merenung dinding! BUKAN apa..renung jadual tarikh pembayaran Gaji Kakitangan Awam bagi tahun 2012 untuk bulan tersebut hihik..bila gaji ni??

haiii...ini baru hidup seorang, dah tak cukup! heran kan?? mana perginya duit saya?? nak mintak parents,, hihi malu pulak..dah besar still nak mintak ker? jatuh maruah beb! tak da duit pun buat-buat ada duit...duit dari side income pun saya bedal kui3...apalah..memang patut lantik sorang manager untuk bantu manage account saya ni...siapa nak kerja dengan saya? or siapa ada cara simpan money or manage money dengan berkesan untuk orang yang boros macam saya sila-silalah kongsi idea k..kata sharing is caring kan??


p/s: cepat lah hari isnin tiba..saya ada benda nak beli ni... :p 
brg baik punyaa....nanti i share oke..manyak senyum 




Friday, June 22, 2012

Overweight, obese, underweight : which colour are you?



jeng jeng jeng..nah..silakan check semua!!
nak cantik kurus dan sihat...pastikan berat anda....hijau..
so which color are you??


p/s: i underweight..sejak azali lagi..huhu =.='' 
tak kisah lah, olls tetap jugak rasa cantik kurus dan sihat kuikuikui


Monday, June 18, 2012

Anzalna, Neelofa dan Tasha Shilla: apa kes gaduh-gaduh?




Hangat betul kemelut pergaduhan Anzalna dan Neelofa, Neelofa dan Tasha Shila..sekali lagi medium sosial sebagai perantara..bahana media sosial sekarang..


apa nak gaduh-gaduh..semua cantik-cantik, lawa dan sedang mengukir nama di persada seni negara, rezeki sorang-sorang jangan dengki, iri hati, fitnah-memfitnah..tak mau tak mau!! pasti rezeki murah..or adakah mungkin disebabkan kenyataan media massa ditokok tambah menjadikan kemelut persengketaan antara Anzalna dan neelofa, Pemenang dewi remaja 2010 serta pergaduhan Neelofa dan pemenang Anugerah Pelakon Baru Wanita Popular di ABP 2011, Tasha Shilla semakin meruncing. well ada yang mengapi-apikan mereka lah tu..cerita remeh jadi besar,..nasib tak sampai nak tarik-tarik rambut khannn...well, pray the best for them..semua rambut cantik, i jeles..don't gaduh-gaduh ok..=) 

kontroversi boleh meningkatkan populariti, hmm bagus juga ni sebenarnya...think the positive side..sebab i know mereka ok ok aja tu..(mcm la i kwn dorang heee lariiiiikkkkk)




Sunday, June 17, 2012

Happy fathers Day for my Loving dad!

let's meet my super hero.
Obeng Haji Hamzah.


i'm so grateful to have him as my dad. he's funny, sporting, coolest ever, u can talk about anything to him, we can share high and low of life..he is amazing. i just love my dad so much. i love to gaduh-daduh manja with him and it feels really fun Lol. hehe adaka patut? erm yeap..saya runsing kalau my dad mediam seribu bahasa..kalau marah tp bising still can tahan masuk telinga kanan keluar telinga kiri la jadinya hihi..that's why dia ckap i'm the most degil one in the family =.=''. he is the best man in the world.

siapa lagi yang over-worried tentang saya kalau bukan mr obeng? Lol! worst to say, he is an overprotective dad! u know what, i pernah dibenarkan keluar untuk sambut birthday kawan hanya 2 jam..padahal tunggu kawan bersiap satu jam (hmm sebab tu i tak suka org x tepati jam, jenuh menunggu tak berbayar pun :p) and bila sampai rumah kawan tggal 15minit jer lagi..nak makan pun tak sempat? =.=' time tu satu member gelakkan ayu sorang..siap suruh my dad ikat kaki pakai rantai haha..well it was 11 years ago, jalan malam lagi siapa tak runsing kan? but till now pun kalau balik lewat sikit berderingla telefon..overworried sebab sayang..its ok dad. i hope my future husband pun do the same thing to my daughter later..  kui3..

owh my dad gilakan gitar, even until now, dia mula balik main band..padahal umur dah 56? angkat-angkat instrument terus malam my mum jadi mangsa tukang urut satu badan..haha demam pun jadi sihat kalau dorang jamming..hope main band boleh buat my dad tetap sihat and happy selalu.. =) he has done the best for me, and the rest of my siblings. everything is the best from my great dad. the sign of a good man, give his greatest love of all..<3

jum kenal-kenal dengan my dad..actually this is a video of him playing guitar Stairway to Heaven by led zeppelin..i masa tu eager nak belajar lagu ni..so i request la dia main hehe. happy watching =)


so what is your comment?
Happy fathers day to all daddy in the world.. 
and for loving husband too..=)

Thursday, June 14, 2012

si Gila bola EURO 2012, ini sesuai untuk anda!


Sekarang Musim Bola EURO 2012. kalau gila bola mesti sanggup tido lewat atau bangun awal pagi semata-mata nak tengok bola la kan..so ini untuk kamu wahai si Gila bola, makan bola, tidur bola..bini pun kau lupa..muka tak kuasa nak tengok sememah je rupa, mata sembap gila, nah...Doa pemanis wajah untuk korang!! amalkan doa pemanis wajah yer..at least berseri jugak la wajah time pergi kerja..selamat beramal dan mencuba!! hehe =)




Tuesday, June 12, 2012

aww inilah kuasa false eyelashes: Cantik banget!!

magis bila pakai fake eyelashes boleh membuat wajah kita nampak berlainan..
put us in 'doll like' and macam ullzang, gadis kawaii ala-ala anime Jepun
tapi, itu hanya fake eyelashes yang bia kita guna kan?
tapi bernai kah cuba false lashes ini?

jum layan...
panjang betul...but nice.

sanggup keluar ngan makwe pakai bulu mata palsu cenggini wahai lelaki?? hehe

cantiknya feather eyelashes ni..

yang ni ada rama2 lagi..sweet

lngam dengan makeup ala ocean gitu..suka!

ade diamond lagi...

yang ni biasa kita guna and pakai kan..glamor terus wajah =)

macam owl lah false lashes ni..

owh i like this yellow makeup and fake feather eyelashes


colourful makeup with fake eyelashes, memang awesome!

yang ni adalah lace eyelash! nice!


gerunn pulak tengok ni hehe..what do you think?

love it..tapi nak pi jalan shopping tengok wayang memang takk arr kan

macam ada red dragonfly kat mata hehe

owh mesti berat false lashes ni kan..tu yang model ni kate la.. haha

one word! Stunning!

i love the look..


cantik kan?? bila nak pakai? tak kan time kawin kot?? eh ader eh orang pakai ni time kahwin?



Sunday, June 10, 2012

School tomorrow lah..huhu



Mengalahkan murid-murid sekolah hihi.. mana tidak, hari ni last cuti sekolah and ayu sibuk dengan menyemak exam paper yang belum habis tanda (ini kerja rumah untuk cikgu-cikgu)..last minit punya kerja la!! padan muka aku..huhu cuti dua minggu duduk rileks, kertas exam pun simpan berhabuk dah nak habis cuti baru bertungkus-lumus buat kerja hik3..eh jangan gelak2 mesti ada jugak geng aku kat luar sana. suka dera diri dengan buat kerja last minit kan?? yang tengah study sebok baru hari ni sebok buat kerja rumah kan...jangan tak mengaku, tak elok menipu ok? :D

malam ni bertungkus lumus lah,, janganlah sampai tak cukup tidur sampai datang kerja lewat pulak k...semangat semua..hati pun takde mud kalau ingat esok Hari Isnin..memang Monday Blues kalau lepas cuti,, termenung selalu tu memang tak dapat elak lah haha. mud nak simpan baju-baju dalam beg pun belum muncul lagi ni..siapa ada mud nak tinggal di rumah seorang diri? hanya ditemani cicak, dinding, and tv yang boleh menghiburkan..sedihnya fikir bila esok kerja...hua..haipp, kalau tak kerja tak ada duit. kalau tak ada duit hati laaaaagi sedih ma. mana nak cari duit untuk shopping? motivasi..silalah datang menjemputku... :)

Saturday, June 9, 2012

Saya gila online shopping!!


semuanya mudah dan dihujung jari runcing sekarang bukan? dah tak payah nak berebut-rebut cari parking nak shopping di Mall, penuh sesak dengan orang ramai panas dan berbau ketiak! ade tahan?? haikk,, kan ader aircond lah..ehehe

sekarang semua mudah bagi si Shophaholic..gila and addicted online shopping sudah...nak beli dengan orang sembarangan hati pun risau gila, samada orang ni akan tipu duit aku ke tak? macam macam soalan akan ditanya sebelum membeli..masakan tidak, kita dimomokkan dengan berita di tv kena tipu kerana membeli dalam talian ataupun online..hurm..jadi pembeli pun kena bijak..

kenali penjual terlebih dahulu, berapa kerap dia update online shop..dah berapa lama,, and adakah dia sentiasa update..jangan lah kerna sukakakan items terus bayar membabi buta, padahal orang tu laaama dah tak update then marahkan semua peniaga online dan anggap mereka penipu? ini Bias ohkey..so please be kind, and jangan lah kind sampai jadi mangsa pulak yer tak?? 

hurm,,ok let's continue..ayu seorang yang gila shopping online. baik beauty products, dress, tops, tudung , handbag online semua ayu pernah just gadget and kasut jer tak berani sebab saya seorang yang fussy hehe ^^y. so because of my passion and love shopping online, so i decided to have my own online shop starts a year ago..i do love the fashion range yang dijual and i do worn it myself. well i believe that, syle is not about the price tag right? all about how you mix and match the colours, the style and be unique. u don't have to wear dress, tops or jackets that good on others but not suit you right? asal cantik dipakai, and its truly unleash your beauty, that's Fashion is all about! Just believe in your fashion style and you'll be gorgeous! if u don't agree its up to you.. :) ok ...

so do pop by to my online shop, Shopink Wonderland. its Korean Fashion range sebab i pun gila style korea-korea, k-pop bagi kan..Lol! i also worn those..i will never sell something i ever dont want to put on ok..we got, dress, tops, maxi dress, jumpsuit, high waist jeans, lingeries and many more..just browse the album, and Happy shopping at Shopink Wonderland guys,..

sekarang nak shopping lingeries pun takyah malu-malu lagi macam beli kat kedai..takder orang pun kenal muka awak.. -positive side of online shopping-



do support me.

lots of love, 
ayu.







Friday, June 8, 2012

Shiloh Bradgelina Tomboy? Feeww..


Shiloh Nouvel anak gadis Angelina Jolie and Brad Pitt turn out to be a tomboy?

hurm..we do expect Angelina Jolie will dress her own daughter sassy, girly and princess-like girl -pink dress, cute-wardrobe, with designer handbags and high heels like Suri Cruise do! But oh hell no! Jangkaan kita salah sama sekali.. Shiloh have the other sense of style..she has chick-tomboish haircut..wearing masculine clothes, sneakers and very different style to Suri Cruise kan kan..Suri is soo girlie, comel and i personally think that Suri Cruise is the best dressed girl.. hehe because i love girly girl =)


Lets take a look to Shiloh Nouvel tomboish picture. 







but if she ever grow up and dress like this, and creates her own fashion style, tomboy-chick style
i think she nailed it down. it's the way she express herself and as a parents, Jolie and Pitt just give some freedom to let her experimenting with style that she love.

should or should not, Shiloh wear masculine outfit? what do tou think?



image courtesy: OhmyDior

Thursday, June 7, 2012

Azab sungguh ulcer lidah ni!

only one word..sakittt!! kalau takat kena ulcer dalam mulut, dinding mulut,  bibir, biase arr kan..(cakap macam orang pro kena ulcer, ahhaa) tapi ini......ulcer dekat jeng jeng jeng....


pangkal depan lidah. sobsobsob,,rasa nak guling-guling nangis macam budak kecik. Padan muka aku wehh..siapa suruh habit makan tak minum air, last-last terlupa minum air and sebab tu badan panas kot..and kenalah ulcer, serve u right! huhue

ahzab sungguh kena ulcer kat lidah, korang tau? baru pernah kena rasanya selama i hidup 25 tahun ni..huhu. Baru tau betapa besar anugerah lidah pada kita..lidah patut dihargai tau tak? Patut ada Hari Penjagaan Lidah..ececeyh..why? sebab kalau lidah sakit nak makan pon susah...nak 'mengaturletak' gumpalan makanan yang dikunyah tadi ke dalam rongga mulut untuk proses menelan bukan main payah..memerlukan skill dan macam-macam aksi dan gaya mimik muka :) adoii teruk betul ulcer di lidah ni menghukum ayu. T.T

lagi tambah sedih bila ayu boleh perasan yang bunyi sebutan yang dituturkan sewaktu bercakap dengan orang adalah kurang jelas..rasa sengau pon ade! hehe jangan gelak ek..not funny pun, don't u dare!! mak malu noks!

so kawan terbaik buat masa ini adalah.....tadaaaa...my BFF

Mr Bonjela, ubat ulser mulut yang paling berkesan hehehe...minum banyak air, mandi dengan kerap, minum air yang boleh menyejukkan badan..tapi dah dekat nak seminggu ni ape kes???? 





Wednesday, June 6, 2012

Pernah kena dengan kawan macam ini? eew




siapa tak rindu zaman sekolah?
kalau tiba-tiba terserempak dengan kawan satu kelas dulu-dulu waktu tengah syok 
shopping sakan di Mall siapa tak excited? terus moments doulu-dulu menerjah terus ke dalam minda yang buat kita tersenyum..kan?


then dalam "ke-excitedtan" -apa punya BM lah ni hehe. Maka bertukarlah nombor handphone masing-masing al-maklumlah lama tak jumpa..dan saya adalah seorang yang selalu bertukar hp number tanpa notis pemberitahuan 24jam kepada rakan-rakan..hehe kejam tak kejam? erk...well sekarang kan dah moden, dunia dah maju..facebook ada, twitter ada..no hal lah kan..(haipp main cover kesalahan diri hehe)..oh ok, let's continue..

Excited heppi gila bila kawan zaman sekolah mesej beria nak jumpa..thinking of mungkin mengungkit kembali zaman sekolah dulu yang nerd gila, or our heppi moments..sanggup datang jauh semata-mata nak jumpa kita. Tapi!..rupanya si kawan ini nak meet up semata-mata untuk mempromosikan bisness MLM  nya sahaja..!! tak ke mendidih rasanya? it's kind of betrayal for me.and rasa tertipu..makanya terpaksalah i mendengar ceramah bisness MLM free yang saya tak minat pun dalam masa 2 jam!! Ya dua jam!! 

Penatnya telinga mendengar celoteh tentang berapa banyak keuntungan sampai ribu riban dalam sebulan and manis sungguh mulut si penceramah itew. Biasalah kalau tak berminat maka mulalah jari-jemariku menggaru-garu kepala, mata mulai melihat-lihat baju, dan aset luaran si kawan yang berkata-kata riak dia dapat jana wang ribu-riban dalam sebulan dengan bisnesnya, gosok-gosok hidung yang tak berapa nak gatal, kepala rasa berat nak tidur! dah terkena nak buat macam mana? itu satu hal. satu lagi nak create ayat yang tak menyinggung hati dan perasaan si kawan yang kita kurang berminat nak terlibat dengan Bisness MLM nya itu satu hal lain...punyalah susah ayat bm yang bagus nak keluar dari multu..huehuehue last-last ok.."i will contact u back bila berminat" hmm tidak memuaskan tapi cukuplah sekadar untuk memelihara diri dari Bisness MLM. it's not mean that i hate Bisness MLM, bukan..i just don't want people to run away as they seeing me! it's like macam tak ada kerja lain jumpa orang nak promote barang jew keja, like how i run away from them and will ever IGNORE their message.yes, saya kejam. but i don't care. That's My perrogative.

but its kinda loser bila kawan meet up semata-mata nak promote that kind of thing dalam perjumpaan pertama. Atleast bagilah hints hints dulu, and don't approach just like that. understand? macam cara tackle awek dengan berkesan juga..don't just approach and terus nak salam tangan and minta no telefon nak calling-caling. eeww..please grow up. It's a don't. u know that? i'm frustrating a bit, but i forgive them. Jadilah kawan yang baik ok.. barulah i hormat u you hormat i ok.



tamatlah tazkirah malam ni..
gudnite!





Tuesday, June 5, 2012

Jehan Miskin sungguh sexy dalam Masterchef Selebriti

Sebelum ni selalu menengtang keras-kerasan bila ayahnda terchinta cakap..
Jehan Miskin adalah pelakon Lelaki Malaysia ter Kacak
selalu mencebik dan tak semena-mena cakap tak!.

tapi bila hari-hari ku lihat Jehan Miskin bermasak di Masterchef Selebrity Malaysia kat Astro
i boleh falling in love lah! 
WHY??
sebab...Jehan Miskin gentleman...
whoahh tengah masak pun boleh nampak kegentleman si Jehan..gedik i noks..!

 i think he is a brilliant guy..pandai masak i like!
the way he talk is nice..memang calon menantu pilihan lah Jehan Miskin lepas ni
sopan, hormat orang tua..aaishh sampai situ sekali i perhatikan Jehan ek..erkk..



yang paling manis sekali...janggut kaler perang tuh...perghhhh!! 
berliurrrrr lihat makanan dia masak :p (cover line ler tu..hihi)







Sunday, June 3, 2012

Pre-shopping raya! hehe

lama dah tak buat family day out ramai-ramai..
shopping sama-sama..sebab semua sibuk..ade sekolah ganti lah, kalau sekolah ayu xganti sekolah mum and adik bungsu saya yang ada pulak..memang selalu clash timing lah! adik-adik lain busy dengan campus life and sorang nun jauh d KL..bekerja.hue..kalau keluar dengan family i love being passenger..kalau dah pandai drive sendiri, jadi penumpang lah moment yang paling best!,,boleh tido sepuasnya, bukak mata..sampai destinasi..i can rely on my dad and feeling2 sama umur dengan adik bungsu saya, 17 years old.erk =.=''

kalau jadi penumpang, harus lah jadi "camera whore" 
abiss dah xde keje?!

this is my youngest sister..nama Ilyana Yuricca..
nama ala Jepun2 sebab kaler skin dia putih dari kitorang miahaha

harini actually amik budak ni...ella..busy dengan University life
terus jerawat naik,, banyak asement dia bilang..

mula window shopping di kedai carpet..ini pre-shopping raya...set as favorite dulu, nanti beli..
owh..i love this carpet...kecik jer size, tp harga RM800++, besar sikit RM1300++
T.T berdarah mata,, hati nakkk..Kalau saya ada rumah sendiri boleh difikirkan untuk beli arr..
cantik tak? banyak pilihan lagi..but i stuck with this carpet.

then lepak-lepak di Singapore Chicken Rice, kalo x, memang xboleh shopping
sebab bos meronta kelaparan..perut dia number 1 perlu jaga...=)
the most loving couple in the world! ecece...can u ol guess my dad's age?

masa untuk tunggu gadis-gadis membeli heels and flats..lamanya..
teman dad tunggu kat tepi..padahal dah sakit kaki jalan-jalan shopping pakai high heels 4inch
padan muka haku! well, beauty is pain rite?


then masa untuk dorang pulak tunggu my dad beli baju...hahah padan muka..tapi sumpah lama!!
kami sempat round-round satu bangunan, my dad still belom habis shopping..
Kalah pompuan hahhaa =.=''


Actually, i did buy baju raya!!! yeehu
semangat betul nak raya, padahal Bulan Puasa pun belum tiba lagi...
xpa,, baju hari raya pertama..nanti bulan Ramadhan kita beli baju raya lagi ya...

apa tema kaler baju raya korang taun ni??
Ayu warna Kuning.....weee hepi..