Friday, November 30, 2012

Kebiasaan yang mempercepatkan kedut pada wajah!!

cutest duckface korean girls
biasa lihat kan? gadis comel buat duckface sebagai default picture di facebook account

atau bergambar bersama BFF mengenyitkan mata dengan comel, besties..

wink people pictures
or buat duckface di tempat-tempat awam

cute duckface weheartit
sememangnya akan kena puji kerana kelihatan sungguh comel dengan duckface

suzy Miss A picture
nak secomel suzy Miss A? silakan buat mimik muka macam ini

alolo memang gadis ulzzang!! (best face :)

maybe bagi yang camwhorer atau si gila bergambar akan amik gambar diri sendiri, kenyit sana kenyit sini, buat mimik muka pelbagai, muncung sana muncung sini, buat mata kecil, kepala senget dan senyum untuk trip-trip korean girls ala-ala k-pop artis.. betul tak betul tak? jangan tak mengaku! hehe

untuk pengetahuan korang, "pergerakan pada otot wajah yang berulang seperti senyum, berkedip dan mengenyit akan menyebabkan timbulnya kedutan dinamik."


American Academy of Dermatology (AAD)  menyebut sebarang pergerakan berulang-ulang pada otot wajah seperti mengenyit mata membentuk alur di bawah permukaan kulit. Alur ini lama-kelamaan akan membentuk kedut.. Oh no!!!!

so, nak muka cepat kedut ke? lu pilih lah sendiri... kihkihkih
(gelak jahat)










Thursday, November 29, 2012

petanda pilihanraya dah nak dekat?

op op op,..berhenti!! jangan langgar superman putih ayu! hehe..Bukan main laki uncle tu pergi depan revese, jalan lagi..memang terer lah main stering..takut jugak dia terlanggar penunggang motosikal dan basikal yang lalu lalang..tapi uncle itu hebat! jalan dah dibaiki sepanjang jalan kampung..makin lebar dah sekarang, tak lah sempit and susah nak parking bila 'peak' hour seperti hari raya...memang penuh sesak!! so i'm glad, thank you YB! bukan mengampu..ia kebenaran. Gambar tak ambik dari pandangan jauh, amik dari depan rumah je la ye..




memang kuat pakcik-pakcik indon ni kerja..letih kot nak tolah menda alah tu..dah la panas,, huhu
demi rezeki halal, dan berkat..


nah tengok, tar sampai depan rumah...memang terbaikla!..
terima kasih YB!! hohohooho...

ini petanda pilihan raya dah nak dekat ke? 
rasa bersalah la pulak belum sempat daftar lagi ni.. =.=''





Tuesday, November 27, 2012

korean idol hairstyle inspire!


wah tajuk entry bukan main lagi kau jahhh...haha memandangkan rupa rambutku hidup segan mati tak mahu, nak kata rambut lurus tak jugak, nak kata perm hair style, nan hadoo...sekarang malas nak iron rambut and blow wat-so-ever tu.. entah (padahal cuti)..rasanya nak tukar angin lak nak ada hairstyle baru..ayu start rindukan rambut super straight yang dulu...should i make a bangs di dahi? ehmmm...imagine imagine..adakah seperti foto ini?

macam kenal kan..siapa siapa?? cer kasi tengok side tepi sebelah lagi...

macam kenal..serius,,bukankah ini Suzy Miss A? yang Haha suka dalam Running Man..
korang gila Running Man macam ayu eh? 

cantik rambut...nak rambut lurus lagii...kembalikan kembalikan...mengenangkan kenduri cousin tak lama lagi, sama tarikh dengan brithday ayu..30Disember 2012 nanti (harus korang letak lam reminder ok haha)..maka dengan itu saya memutuskan nak rambut baru...ececeh..macam ayu pulak nak kahwin prepare rambut baru .

macam fresh and young kalau rambut straighten kan...
wat if nak bagi colour rambut warna macam Suzy ni? 

apa kata merah...ayoyo..menangis my dad tengok haha

or patutkah blonde? adoiii ferasanlah nak jadi omputeh celupp...
a big no no!


so korang nantikanlah apa hasilnya nanti....
selalunya dah siap fikir kat rumah dah buat decision dah..
tapi bila kat kedai...boleh plan jadik lain pulak...mana tak..
seriously said..I am a really bad bad decision maker
boleh berubah in a split second..ayu pun fening! heee

chow lu...ngantuk..nite nite my littleLovers~





Sunday, November 25, 2012

Resepi Durian Crepe mudah dan senang

resepi durian crepe yang mudah dan senang

Ingat lagi tak dalm entry sebelum ni "Scaling gigi tak sakit rupanya" Ayu pernah cakap cuti ni ayu gila baking cake? yeap..suka try macam-macam..every petang mesti rasa nak makan benda manis-manis yang dibuat sendiri...oh by the way, ayu pernah berazam nak jadik super mommy untuk my kids, buat apa pun boleh! ahaha dreaming la sangat...ok now just straight to the point. musim durian sekarang, harga durian pun dah murah..so, nak resepi Durian Crepe yang senang dan mudah nak buat? harus lah kan..sedap sehingga menjilat pipi, makan tak henti-henti ok.

Bahan-bahannya adalah: 
1. Isi durian (biji dibuang yer..)
2. 50 gram tepung gandum
3. satu penutp esen vanilla
4. pewarna kuning (nak kasi hijau, pink pun boleh..ikut la mana korang suka k)
5. satu sudu besar tepung ubi kayu
6. sebiji telur
7. 3 sudu teh butter (yang dicairkan)
8. 160 ml air
9. 40ml susu cair (guna susu fresh milk pun ok)
10. 2 sudu besar gula halus/ caster sugar

Cara-cara membuat Durian Crepe:
1. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi kayu yang telah diayak terlebih dahulu, then masukkan sekali      gula halus.
2. tuangkan susu cair ke atasnya.
3. kacau sebati guna whisker
4.masukkan telur yang telah dikacau menggunakan garfu (jangan sampai kembang)---kacau sebati
5. masukkan esen vanilla--kacau lagi
6. masukkan air---kacau
7. masukkan butter cair----kacau lagi
8. masukkan pewarna---sebatikan adunan
9. tapiskan adunan menggunakan penapis.

ok, terus untuk cara memasak crepe:
1. sediakan nonstick pan. panaskan guna api kecil
2.ambil sesenduk kecil adunan, tuangkan dan bentukkan adunan menjadi bulat dengan bontot senduk. hati-hati jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.
3. masak sampai bahagian bawah adunan macam nak kering. JANGAN diterbalikkan semasa proses memasak.
4. Bila dah masak, lekangkan sekeliling crepe dengan sudip dan pindahkan ke atas bekas dengan cara terbalikkannya di bekas.
5.sambung masa lagi sampai habis. 

Bahan inti: 150ml whipping cream yang diputar sampai kental

cara menggulung crepe:
tak tau nak terang so payahkan diri dengan melukis haha...tak cantik tak apa, asal korang paham ok..

selamat mencuba Resepi Durian Crepe yang mudah dan senang ni!!
 sedap and yummy...rugi x try derr..


Saturday, November 24, 2012

BE November 2012


hohoho...tetiba check Nuffnag ada Buffered Earning BE baru...semalam baru mula huhu,, kesiannya..lama rasanya tak dapat BE..huhu, that's why i love Digi hehe..selalu dapat BE dari Digi..memang the smartest choice lah! erm belum pernah pun cash out, haritu cash out lama dok tunggu sekali dia masuk balik earning untuk di kira..kenapa ek? so ayu, try nak cashout sekali lagi..ada sapa-sapa tau tak? please do help...

Friday, November 23, 2012

Gambar Pra-perkahwinan Apex Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha.

"bila jodoh bertemua jua..kasih bertaut juga akhirnya.." Sweet dan romantik betul gambar pra-perkahwinan Apex Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha..they're so in love... dengarnya Khairul Fahmi Che Mat atau Apex bakal mendirikan rumahtangga dengan kekasih hatinya Leuniey Natasha Nazri pada 28 November 2012 dan menerima tajaan yang menelan kos perbelanjaan hampir RM300 000.

Penajaan meliputi 3 majlis resepsi iaitu disebelah perempuan, yang bakal berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan, 30 Disember 2012. manakala majlis persandingan di sebelah lelaki diadakan di kediaman Apex di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2012 dan di sebuah majlis resepi khas di The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.

walau hanya mengenali Leuniey Natasha dalam masa yang singkat kira-kira 8 bulan lalu, Apex yakin Leuniey adalah jodohnya. "Biarpun usianya masih muda, tetapi dia seorang yang berfikiran matang dan saya yakin dia mampu menjadi seorang isteri yang amat memahami selepas ini" ujar Apex

Jom layan beberapa gambar pre-wedding apex Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha, dari fotografi rasmi mereka, The photolicious. suka? like page dorang! :)

gambar pra-perkahwinan Apex dan Leuniey Natasha


Apex Khairul Fahmi kahwin Leuniey Disember ini

gambar pre-wedding Apex khairul fahmi dan leuniey

seriously Leuniey Natasha ni cantik..sweet.



"jodoh itu rahsia Allah SWT"
semoga kekal selamanya...

sumber: Murai.com


Jom like blog's page.



whoaaa...ambik nafas dulu. malu pun ada. siapalah ayu.haha by the way, it's ok..It's time for me setting up blog's facebook page pinkbubblegumprincess [dot] blogspot ...oke i know panjang, tapi nak buat camana hehe baru buat 14 november lalu..malu punya pasal, so terkubur lah blog's page beberapa hari..daku kuatkan juga, tebalkan muka...harinih baru nak promot lol! hehe, demo nak kato apo pun, katolah..haha...ayu nak start aktifkan blog's facebook page pinkbubblegumprincess lak..ade ker like nanti eh? tengokla berpaa orang ja yang like..:p do like and support me ya..huhu....ada facebook page, lagi senang nak tau entry mana yang latest, tambahan ramai yang boring-boring luang masa banyak kat facebook, ada masa senggang waktu kerja, mengular la kejap...jangan lama-lama tau! kang kena marah dek bos..naya. :p nanti boleh lah baca blog entry ayu kat sana yer.. 

camner nak like? pergi sidebar...ade 'like box' kat sana...cer like k..thx for your support! tanya macamana cara nak buat "like box" untuk blogspot?

meh pergi sini.. Like box configuration, masukkan url page, masukkan ape yang korang nak (width 292,height 280, tick and untick apa yang korang suka and tak suka)..then get the code, amik yang code iframe k..itu jer..senang kan? gud luck... oh jangan lupa like page yer..thanks in advance,, cayunkk skett.. :)


p/s; oh tebalkan muka oh my oh my....kasi foundation tebal tebal... >.<''




Thursday, November 22, 2012

Scaling gigi tak sakit rupanya

lamanya tak update pasal diri..heheh feeling-feeling low profile la pulak..cuti-cuti pun ayu busy ok..buat-buat busy actually..memasak pun ikut mood, ahh giler mem'baking' cake adalah..ahh tu next entry ayu crita okkay...ni, ingat tak lagi dengan entry klinik gigi menakutkan ayu post dulu? pagi Jumaat lepas ayu pergi klinik sebab appointment scaling gigi pagi tu. berkobar-kobar dari rumah bukan main, baru je melangkah nak keluar pintu perut meragam tetiba sakit, memang sengaja nak kasi spoil mood, or adakah ayu nervous? huhu, jawapannya MEMANG!..sampai je kat klinik, ade seorang patient, so tak lama la nak menunggu...waktu giliran ayu, rasa nervous jugak bila dah tengok muka doktor, tinggi, boleh tahan,, tapii..muda. alah melepas...gatal, he.seriously, ayu cuak cium bau klinik gigi, alat-alatan, hrmm rasanya dorang ni perlu tukar bau klinik gigi supaya orang ramai tak takut and ingat kenangan lama (trauma klinik gigi di sekolah) di klinik gigi kot..huhu,, lagi-lagi jumpa kerusi nak baring tu,,and dengar lagi bunyi zzzzz...mesin tu, alaaahai..lemah jantung makkk nyah...so doktor and his pembantu (dua-dua lelaki) mula men-scaling gigiku ini...

hati berbisik: "ait..tak sakit la pulak scaling gigi ni seperti yang diimaginasikan"..wei mana tak nya jarang buat..last buat rasanya Jun taun lepas..waktu tu masih muda kot, still takut...maksudnya dah tua la sekarang? hue..

ni wajah yang sungguh happy scaling gigi atau membuang karang gigi dah dilakukan..mula2 rasa lain kat gigi, but feeling bersih,, takda lagi yang keras-keras, pening gak tengok kat dalam cermin tak hilang-hilang even lepas digosok.hrmm..nak buat polishing and whitening gigi dengar-dengar sakit, and tak digalakkan sebab buat gigi cepat rapuh..is it true? siapa tahu boleh kongsi tak? huhu

muka puas hati...bluekk






Tuesday, November 20, 2012

Header blog dah bertukar! comel tak?

header blog kawaii pink girly

hihik,, dengan rasa gembiranya mengumumkan header blog pinkbubblegumprincess dah bertukar lagi untuk kesekian kalinya,, yang penting, still lagi kekal kaler pink walopon yang lain dah berubah tau! comey tak? kawaii ker? eheh perasan sendiri...header baru yang comel ala princess-princess ni di design oleh adik ayu, seorang designer kat company...haha sengaja gatal-gatal nak manja-manja mintak didesignkan header blog hehe..dia pernah design kad kahwin orang tau!..alah terpromot lak.. :p



tapi header blog pink ni takde gambar ayu lah,, xpe..utamakan nama blog dulu hehe,, sedih la pulak tukar yang lama dengan yang baru,, bengong tol! i'm gonna mis u..hehe..

cute pink header for blog

sokayyyy,, yang penting kaler pink kannn...! selamat malam semua... heppie!








Monday, November 19, 2012

nangis tak dibelikan kasut, ada yang tak berkaki!


hidup amat sukar. iman terkadang goyah dan hati mula terusik untuk berasa merajuk kepada pencipta. kenapa diri diuji sedemikian rupa, tidak tertanggung rasa. tanpa kita sedari orang lain lebih diuji maha hebat berbanding kita..nampak tak hubungan dengan title entry? "terkadang kita rasa sedih sebab tidak dibelikan kasut, tapi kita tidak sedar nasib orang lain yang bukan hanya tidak berkasut, malah tidak berkaki." sukar baginya untuk menzahirkan nasibnya yang sungguh derita. Semua struggle very hard for life (who don't?), bezanya adalah macamana kita menempuhinya, samada keep it to ourself or share it to everyone else..biar semua tahu. tepuk dada tanya selera.



Friday, November 16, 2012

Gaza is under attacked: pray for them.


disaat kita happy duduk berehat, terbaring dan mengeluh betapa bosannya hidup ini..ada yang tengah bertarung nyawa bila saudara kita di Gaza di bom. kejamnya dunia, betapa hilangnya nilai kemanusiaan. it's not about the religion, Islam, Christian or Jews, but it's all about humanity. mangsa paling kecil adalah bayi berumur 11 bulan, di manakah nilai kemanusiaan manusia zaman ini? terlalu moden menjadikan nilai keinsanan itu hilang? 

semoga roh mereka dirahmati dan tergolong di kalangan orang yang mati syahid. Pray for Gaza.



Gambar Leuniey Natasha terbaru.


Siapa Leuniey Natasha? cantik. Berdarah kacukan, Arabian Buginese di sebelah mak, 
berumur 21 tahun. cantik betul kulit dia, i adore her beauty, 
adui macam kulit kena kupas, licin, mulus, putih melepak..


macam BCL pun ada, ala,, Bunga Citra Lestari..gambar yang ni je lah eheh
Leuniey Natasha ni merupakan anak usahawan terkenal batik di kelantan. Leuniey ni pun ada  butik pengantin, wahh dah lah cantik ada business minded,, i like!


leuniey natasha profile

Namanya mula popular sejak digosipkan dengan Apek, Khairul Fahmi Che Mat, alaaa...penjaga gol Malaysia yang hebat tuh...suka dia main..memang terer!


leuniey natasha profile
Subhanallah cantiknya si leuniey ni..

comel lah duck face! :)

"Inilah Jodoh kami" ujar Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha melalui majalah Nona edisi terbaru.. Adakah menjadi Perkahwinan mereka menjadi Wedding of The Year Disember ini? nantikan...oh can't wait..nak tengok Leuniey Natasha di persalinan baju nikah, mesti cantikk

biodata leuniey natasha

leuniey natasha biodata
patut pun Apek KFCM suka kan...comey gila..

semoga jodoh dorang berkekalan hingga ke akhir hayat..


lagi menarik:


Wednesday, November 14, 2012

10 Most funny pictures!! Must see

Feel sad? please don't..let's watch ten most funny pictures!
Hillarious pictures ever!