Tuesday, September 25, 2012

Tips Menghadapi Peperiksaan di Saat Akhir

Tak sangka cepatnya masa berlalu, musim persekolahan pun dah nak habis. Pasti adik-adik yang nak menghadapi peperiksaan Awam khasnya berdebar-debar, jantung pun berdegup kencang sekarang kan? mana taknya Peperiksaan SPM dan STPM ada beberapa hari je lagi..ada yang menggelabah dah ke? gemuruh jiwaaaa, semangat membara...atau mungkin ada yang dah lamaaaa dah mula buat ulangkaji untuk pastikan kecemerlangan dalam peperiksaan kelak. ke ada yang masih belum mempunyai kesedaran? or ada yang mengaku dia adalah pelajar yang suka study last minute? apa-apapun asalkan adik-adik tahu tanggungjawab adik sebagai pelajar, ingat pengorbanan mak ayah nak tengok adik-adik berjaya dah memadai...so, untuk itu Ayu nak kongsikan Tips untuk mengahadapi peperiksaan, apa persediaan akhir menjelang hari peperiksaan, ini adalah hasil pengalaman sendiri jugak lah,, harap dapat membantu adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Awam PMR, SPM dan STPM nanti ok?.. well, sharing is caring..

Antara Tips Persedian penting untuk Menghadapi Peperiksaan adalah seperti berikut:
1. Ulangkaji secara pantas dan berkesan
Sekarang mungkin masa adalah amat terhad untuk adik-adik membaca sebuah buku yang tebal dan ini akan membuatkan adik-adik menjadi kurang keyakinan untuk menghadapi peperiksaan. untuk itu, penggunaan nota ringkas, peta minda, nota poket boleh membantu adik-adik untuk buat 'skimming' topik yang adik dah belajar. Adik-adik pun boleh membaca skema jawapan untuk soalan esei khasnya agar mendapat garapan idea untuk menjawab soalan ujian..(idea untuk membuat karangan,kan skema jawapan dah sedia dengan isi-isi penting..at least idea pun berkembang..)..Penggunaan masa belajar secara optimum adalah amat penting dan kalau boleh ulangkaji setiap hari, Masa itu adalah Emas.. 


2. Latih tubi soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Mencuba soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas amat mebantu adik-adik. Hal ini kerana, banyak latihan akan membantu adik-adik mengetahui 'pattern' soalan yang akan keluar waktu peperiksaan nanti. Selain itu, adik-adik akan biasa dengan kata kunci soalan yang berbeza-beza namun kehendaknya sama. Ini akan memberi sedikit gambaran berkenaan soalan ujian kelak. Ulang sebanyak kali yang boleh, dan cuba untuk membuat kertas peperiksaan menggunakan masa peperiksaan yang sebenar. dengan ini, adik-adik akan biasa dengan pembahagian masa yang betul dan dan dapat diaplikasikan pada peperiksaan sebenar kelak. 


3. Jaga Pemakanan dan Kesihatan diri
Badan yang sihat serta emosi yang baik amat penting untuk seseorang bila menghadapi peperiksaan. Untuk itu, adik-adik haruslah menjaga pemakanan, makan makanan yang seimbang, dan tidak makan sembarangan. nanti tak pasal-pasal sakit perut dan cirit-birit waktu exam, tak ke naya tu dik? Selain itu, kurangkan keluar rumah agar tidak terlibat dengan kemalangan, nanti jadik calon hospital pulak..kemain dah prepare nak ujian..so please jaga diri..Malang tidak berbau. 


4. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
Tidur dan rehat yang mencukupi amat penting bila nak menduduki peperiksaan. jangan disebabkan study last minit, adik-adik stay up, belajar dari petang sampai ke pagi nak ujian..konon tak habis belajar lagi..kang tiba-tiba pengsan dan pitam tengah exam? siapa yang menyesal dik? siapa yang nak jawab ujian tu nanti?so, fikir-fikirkanlah...and one more thing, tidur yang mencukupi adalah amat penting untuk proses mengingati segala memori..so dapatkan rehat yang cukup yer.. :)


5. Semak Jadual peperiksaan anda.
Perkara ini yang paling penting, adik-adik kena aware tentang tarikh ujian, subjek apa, masa ujian berlangsung. Takut lambat masuk dewan peperiksaan pulak nanti. and yang paling penting takut lain subjek yang dibelajar lain yang ujian..nangis sensorang jawab exam! hee..Satu lagi, sediakan alat-keperluan untuk ujian, kalkulator, pembaris, alat tulis yang digunakan untuk subjek tertentu k.


6. Doa dan Tawakkal dan mohon restu Ibubapa dan Guru.
Dah usaha, belajar betul-betul, ulangkaji sehabis baik, adik-adik kena berdoa untuk medapat hidayah dan idea untuk menjawab soalan peperiksaan , serta bertawakkal atas segala usaha yang adik-adik lakukan. lakukan pembersihan jiwa, bercakap perkara yang baik-baik, minta maaf atas kesalahan, jaga hubungan baik dengan manusia, mohon izin ilmu daripada guru-guru adik dan yang paling penting mohon restu Ibu bapa. Adik harus yakin, doa ibu bapa adalah yang terbaik dan akan dimakbulkan oleh Allah SWT..


InsyaAllah..dengan adanya persediaan rapi dan doa, adik-adik akan melangkah yakin ke dewan peperiksaan  dan mapu menjawab dengan tenang..Semoga Tips menghadapi peperiksaan di saat Akhir ini dapat membantu adik-adik dalam membuat persediaan untuk mendudki peperiksaan PMR, SPM dan STPM kelak..Good Luck semua! : )














10 comments:

  1. kalau tido dan dapat keputusan cemerlang memang tabik spring arr, genius! :)

    ReplyDelete
  2. semoga adik-adik dapat guna tips berguna ni...

    ReplyDelete
  3. tips menghadapi hari bahagia ada tak ? keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tu tunggu bila sy nak kwain nanti..bila tu ah?? lol!

      Delete
  4. sll sejam sblm exam br srius nk mmbc..

    pastu ble masok tmpt exam tros blur.. ;p

    ReplyDelete
  5. Nak copy ye akak. Letak credits :)

    ReplyDelete
  6. orite dear...thank you in advance letak credits..;)

    ReplyDelete