Wednesday, February 13, 2013

3 Perkara yang perlu dilakukan sementara ibu bapa masih ada



"Love your parents. we are so busy growing up, we often forget they are also growing old". Rasanya ayu 100% setuju dengan ayat ini. kadang-kadang kita alpa, ibu bapa kita semakin tua dan kita jarang meluangkan masa dengan mereka, apatah lagi jika kita sejak zaman sekolah menengah lagi dah tinggal di asrama dan jarang balik ke rumah. Have u ever wonder berapa sahaja masa yang kita ada untuk bersama mereka? Tersentuh dengan pengakuan artis korea cantik di program tv popular di Star King, dia mengingatkan tentang penyesalannya yang tidak dapat dilakukan semasa ibunya masih hidup. So buat kita yang ada ibu dan bapa, better for us to be aware dengan perkara yang kita harus lakukan sementara ibu dan bapa kita masih hidup, menurut artis tersebut, yang akan saya share di sini. 

1. Ambil seberapa banyak gambar dengan ibu bapa 

Look back dalam album, berapa banyakkah gambar yang anda ada bersama ibu bapa anda? walaupun nampak remeh, tetapi perkara itu lah kenangan yang kita ada bersama mereka. Bila masa kita lakukan aktiviti best bersama jangan lupa ambil gambar semasa muka ibu bapa masih sihat dan bertenaga, walaupun masa terakhirnya bersama kita. Jangan nanti bila mereka dah tiada..baru tersedar tak ada satu gambar pun kita ada bersama mereka, padahal adik beradik lain ada gambar moment yang indah bersama ibu dan bapa, pastinya waktu itulah anda akan berasa sedih dan pilu serta menyesal dengan tindakan anda.

2. Luangkan seberapa banyak masa bersama ibu bapa. 
Ketika mereka sihat pun mereka berasa lebih gembira bila anak-anak berkumpul bersama and spend time with them. Tiada yang lebih menggembirakan bila semua anak duduk bersama, eh you can see it in their eyes. Bila korang balik je rumah, and rumah bising dengan adik beradik semua ada, jelas riak wajah dorang happy. Even luangkan masa di hujung minggu untuk makan bersama for lunch, or keluar menemani mereka ketika membeli belah buat hati mereka gembira pun ok. kita tidak tahu berapa lama masa yang kita ada untuk menjaga mereka.. :'(

3. Beri sokongan pada apa yang mereka hendak lakukan.
Kadang-kadang jiwa orang tua sensitif dan mereka berasa tidak yakin akan kebolehan mereka disebabkan faktor usia. Dengan adanya sokongan daripada anak-anak, ibu bapa dapat melakukan hobi, interest dan mempertingkatkan kebolehan mereka and kita dapat membantu mereka untuk reach their full potential. Ini sedikit sebnayak dapat mempengaruhi mood dan perasaan mereka agar lebih happy menjalani usia tuanya. 

Kadang-kadang, kita lupa. kita tinggikan suara pada yang telah menjaga dan menyayangi kita sepenuh hati dari kita kecil sampai lah dewasa ini. kadang-kadang kita melawan setiap bicara ibu dan bapa sehingga kita tidak sedar yang hati mereka terguris. Mungkin itulah perkara yang akan kita kesalkan suatu hari nanti bila saat mereka tiada..mungkin perkara itu yang ingin kita 'amend' dan mengharapkan masa boleh diputar kembali. mungkin perkara itu juga menjadi igauan kita dan sentiasa merindukan kehadiran ibu bapa bila mana mereka telah tiada.. so do the best for your parents, jangan menyesal bila mereka telah tiada kelak.

The love of my life





10 comments: