Serikin, Terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan, 15 km dari Pekan Bau dan kira-kira 80km dari Bandar Kuching, Pasar Serikin mengukir nama dengan aktiviti penjualan barangan yang murah. Dibuka pada hujung minggu, pada hari Sabtu dan ahad, seawal jam 6.30 pagi hingga lewat petang, jam 4.30 petang pada hari Sabtu, dan jam 2 petang pada hari Ahad, Serikin memberi peluang kepada pembeli untuk membeli barangan yang diinginkan. Kedai-kedai dibuka sepanjang jalan kiri dan kanan dan peniaga-peniaga di sini majoriti adalah daripada Indonesia. Letih jugak nak jalan.. Ok kalau nak pergi, ayu sarankan better pergi pada awal pagi..sebab cuaca agak panas, terik dan membahang..dan diingatkan wajib membawa payung, atau topi koboi, kalau tak sunburn lah jawabnya..haha..
Antara barangan yang dijual disini adalah telekung daripada simple kepada yang sarat dengan kerawang, kebaya sulam, baju pengantin, jubah cotton, jubah denim, jeans Levis, kain langsir, kain batik, tikar, bekas kuih kaca atau krystal, handbag, cenderahati, alat muzik, cenderahati , kain ela di pasar serikin dan sebagainya..banyak lagi tak larat nau nak naip ok..hehe pergi sini and tengok sendiri.. hihi harga? boleh tawar,, pandai tawar harga murah..:)
hangbag, daripada sling back, bag pack, travel bag cakap saja nak apa..ada sini
pasar serikin
suasana di serikin bau
kain pasang murah
flat shoes colourful lagi..
nak kain langsir?
hiasan rumah..boleh gantung kat dinding ok..
nak telekung murah? rasanya kalau jual kat semenanjung berlipat ganda ayu dengar..huhu
price range dari harga rm40-rm150 macam-macam pattern telekung indon boleh didapati di sini
blaus muslimah
bekas kuih crystal
jubah cotton jubah denim ada di sini..
tikar comel pun ada...rm15-rm18 kalau xsilap
ingat! mesti bawa payung and pakain sun block ok..hahha
kalau g sane best ler beli barng..
ReplyDeletejalan-jalan cari barang..
Deleteomaigod omaigod. lamak dah x g sia. how much I wish serikin dekat dengan perak. LOL!
ReplyDeletekmk lamak juak sik pergi,, jalan xbgs nektok.. macam "ber Gangnam style" dalam kereta hahaha... :p
Delete