Heidi Klum and Seal
owh title entri pun dah agak sarkastik..
takut juga dikecam lelaki-lelaki yang berkenaan. =P
heh bukan bias tapi
perkara ini adalah kajian oleh kajian para psikologis ok.
so, hasil dapatan menyatakan perkhawinan yang terbaik adalah dari pasangan dimana isterinya lebih cantik daripada suami. Perkahwinan pasangan ini dikatakan lebih bersifat content, positif dan saling menyokong antara satu sama lain.
Lelaki yang kurang kacak jika dibandingkan dengan pasangan, adalah lebih menyokong isterinya berbanding lelaki yang berpenampilan lebih daripada isteri. Hal ini kerana lelaki yang kurang kacak berbanding isteri merasakan mereka telah mendapat sesuatu yang lebih daripada jangkauan dengan memiliki isteri yang sangat cantik. jadi, mereka ini lebih menghargai pasangan mereka.
manakala secara teorinya, lelaki yang kacak dari segi rupa paras mempunyai peluang untuk mengenali pasangan yang lebih hot dan cantik berbanding pasangannya sekarang, menjadikan mereka kurang puas hati dan tidak komited untuk mengekalkan hubungan yang sedia ada. Mereka ini juga dikatakan sering berasa tidak gembira dan mempunyai perasaan negatif terhadap perkahwinannya. [ rasa hot and bergaya so senang cari yang dahi lebih licin kot...uwekk ]
kajian juga mendapati bahawa rupa paras bukan merupakan syarat utama pemilihan untuk menjadikan seseorang lelaki itu suami. Para isteri mencari suami yang menyokong mereka, luar dan dalam.. {opps kat hujung tu ditokok tambah sket hehe}
hurm saya setuju! ecewahh hehe at least beri sokongan moral jika kami buntu dalam permasalahan dunia or anything else. kami akan sayang anda wahai lelaki!
and yea, selalunya perempuan lebih mengutamakan
kebahagian, persekitaran keluarga yang bahagia, suami yang baik..erm yang boleh tolong lahirkan zuriat?? hihik..ya perempuan perlukan itu..hihik tak kaya pun tak apa, asal dilimpahi kasih sayang sepenuhnya...ececewah...
tetapi lelaki lebih memilih perempuan yang cantik rupa parasnya,muda dan boleh lahirkan anak yang cantik-cantik untuknya...
hurm..apa pendapat anda??
mungkin ada yang setuju dan ada tidak..tapi mungkin hasil dapatan ini ada kekurangan disebabkan kumpulan sasaran adalah golongan awal hingga pertengahan 20-an, diaman lelaki ada yang kurang matured.
rupa paras dimamah usia. and ada yang menyatakan bila malam api ditutup, rupa paras doesn't matter anymore..apa yang penting..hati yang suci sukar dicari.. :p but still, looks does matter in first impression, betul tak?? jangan tipulah. but then,, pure heart is what you are looking for.
setuju atau tidak, tepuk dada, tanya selera...
No comments:
Post a Comment