Showing posts with label rumah tangga bahagia. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga bahagia. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Doa Bahagia Suami Isteri | #wordlessWednesday



doa bahagia suami isteri rumahtangga

ramai yang kahwin waktu cuti ni kan..barakallah..semoga bahagia hingga ke syurga..
mendapat keluarga yang bahagia, mawaddah , warahmah..amiin..



Friday, November 22, 2013

Eh ye ke : Wanita mesra dan kelakar Kualiti pilihan?

rumah tangga bahagia tips hubungan

Tak payah baca isi, tajuk pun memadai. eh setuju? atau tidak? mesra, kelakar sebab dapat menyenangkan hati yang resah, jiwa kosong dan bersifat penenang dalam melayan menangani masalah kehidupan..true? oh, Jangan pulak kalau wanita mesra sedikit lelaki terus salah sangka and terus wujud perasaan cinta. apa-apapun, tips hubungan untuk sang lelaki yang ingin mengorat wanita: First and foremost wujudkan hubungan sebagai kawan terlebih dahulu. biar rasa selesa baru ke arah langkah yang seterusnya.  biarlah nak masuk hati orang tu ketuk hatinya dulu, beri salam dan diteruskan dengan langkah yang sepatutnya..kalau terus straight to the point, for sure..gadis akan takut. bukan senang beb nak wujudkan "rasa" ...kikikiki

P/s: itu kalau aku la...korang macam mana pulak girls? yang lelaki tu pulak setuju? hohoho


Friday, June 14, 2013

Suami isteri disaran gaduh!! eh kenapa pulak?

tips rumah tangga bahagia

Gaduh, jangan tak gaduh! hihi kelakar jugak tengok keratan newspaper ni..ntah bila ayu save gambar ni,, but it's a really nice article. Adakah ini salah satu tips untuk Rumah tangga Bahagia adalah bergaduh? i do think so. why? sebab time tu lah semua ketidakpuasan hati dibicarakan dengan telus tiada rahsia, menggalakkan suami dan isteri berkomunikasi and mencapai satu kata sepakat what do's and don'ts. Ini menyebabkan hubungan suami isteri semakin rapat,, yela time 'silent treatment' tu la baru sedar betapa sayangnya kita pada pasangan..supaya kita tak take for granted terhadap pasangan.. kan kan kan? Barulah hidup bahagia hingga ke syurga..cheh, ayu bercakap macam la ayu dah kawin hahaha...takpa logic theory ma,, emm tapi kan theory tak semestinya sama bila menghadapi alam rumahtangga yang betul-betul kan..what say you, my lovely readers? 



Monday, September 12, 2011

nak perkhawinan sempurna?? marry man uglier than you~


Heidi Klum and Seal

owh title entri pun dah agak sarkastik..
takut juga dikecam lelaki-lelaki yang berkenaan. =P

heh bukan bias tapi
perkara ini adalah kajian oleh kajian para psikologis ok.

so, hasil dapatan menyatakan perkhawinan yang terbaik adalah dari pasangan dimana isterinya lebih cantik daripada suami. Perkahwinan pasangan ini dikatakan lebih bersifat content, positif dan saling menyokong antara satu sama lain.

Lelaki yang kurang kacak jika dibandingkan dengan pasangan, adalah lebih menyokong isterinya berbanding lelaki yang berpenampilan lebih daripada isteri. Hal ini kerana lelaki yang kurang kacak berbanding isteri merasakan mereka telah mendapat sesuatu yang lebih daripada jangkauan dengan memiliki isteri yang sangat cantik. jadi, mereka ini lebih menghargai pasangan mereka.

manakala secara teorinya, lelaki yang kacak dari segi rupa paras mempunyai peluang untuk mengenali pasangan yang lebih hot dan cantik berbanding pasangannya sekarang, menjadikan mereka kurang puas hati dan tidak komited untuk mengekalkan hubungan yang sedia ada. Mereka ini juga dikatakan sering berasa tidak gembira dan mempunyai perasaan negatif terhadap perkahwinannya. [ rasa hot and bergaya so senang cari yang dahi lebih licin kot...uwekk ]

kajian juga mendapati bahawa rupa paras bukan merupakan syarat utama pemilihan untuk menjadikan seseorang lelaki itu suami. Para isteri mencari suami yang menyokong mereka, luar dan dalam.. {opps kat hujung tu ditokok tambah sket hehe}

hurm saya setuju! ecewahh hehe at least beri sokongan moral jika kami buntu dalam permasalahan dunia or anything else. kami akan sayang anda wahai lelaki!

and yea, selalunya perempuan lebih mengutamakan
kebahagian, persekitaran keluarga yang bahagia, suami yang baik..erm yang boleh tolong lahirkan zuriat?? hihik..ya perempuan perlukan itu..hihik tak kaya pun tak apa, asal dilimpahi kasih sayang sepenuhnya...ececewah...

tetapi lelaki lebih memilih perempuan yang cantik rupa parasnya,muda dan boleh lahirkan anak yang cantik-cantik untuknya...

hurm..apa pendapat anda??

mungkin ada yang setuju dan ada tidak..tapi mungkin hasil dapatan ini ada kekurangan disebabkan kumpulan sasaran adalah golongan awal hingga pertengahan 20-an, diaman lelaki ada yang kurang matured.

rupa paras dimamah usia. and ada yang menyatakan bila malam api ditutup, rupa paras doesn't matter anymore..apa yang penting..hati yang suci sukar dicari.. :p but still, looks does matter in first impression, betul tak?? jangan tipulah. but then,, pure heart is what you are looking for.

setuju atau tidak, tepuk dada, tanya selera...



sumber: article 1 & article 2



Friday, September 9, 2011

Makna Disebalik Akad Nikah




"Aku terima nikahnya si ______ binti ______ dengan mas kahwinnya RM........"

selalu kita dengar..tapi pernahkah kita mengetahui atau memahami makna sebenar akad nikah yang dilafazkan oleh lelaki tersebut??


Erti sebenar:

"Aku tanggung dosa-dosa si __________ dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau tak didik, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku.."

mendalam maksudnya bukan...wahai lelaki usah hanya sekadar melafazkan janji tetapi lupa dan alpa yang dijanjikan sewaktu akad nikah dilakukan..
binalah dirimu sebelum menjadi ketua keluarga yang dipandang mulia dan mampu mengemudi bahtera rumah tangga..okey!
sayangi isteri dan binalah keluarga bahagia,,
sakinah mwaddah warahmah..
amiin..



renung-renungkan dan selamat beramal.