Saturday, August 31, 2013

Ait Cantik Ker? Smile Lipt Korean trends



Trend gadis korea ni macam -macam. kalau melibatkan kecantikan Korea memang nombor satu dengan plastic surgery. Terbaru plastic surgery yang popular dikalangan gadis Korea selatan adalah "Smile Lipt" atau juga dikenali sebagai perma-smile. Apa itu Smile Lipt? Lipt adalah perkataan gabungan diantara lip dan lift bermaksud dihujung corner bibir gadis yang inginkan perma smile ini akan dinaikkan sedikit supaya sentiasa kelihatan senyum senantiasa. Smile lipt dah jadi trend sebab gadis akan kelihatan senantiasa comel dan cantik kerana have a smile look kan. dalam keadaan buat kerja biasa pun senyum, biasanya time serius, time stress muka kita menakutkan horror sikit. tetapi tidak dengan perma smile anda akan kelihatan sentiasa cantik lagi-lagi time senyum makin bertambah menawan. 

So here's the picture macam mana rupa hasil before and after buat smile lipt plastic surgery ni. Cantik ker?


memang cantik ah..nampak ceria sentiasa. satu je ayu risau, kalau time marah muka still lagi nampak cute. So just imagine dalam kelas tengah marah budak-budak yang malas belajar, cikgu bukan main marah kaw-kaw hati panas gila, tapi budak tengok takde efek der. sebab muka cikgu comel sangat ,marah pun nampak still lagi senyum. budak tak takut derr...hahah! Seolah-olah menggalakkan kita fake emosi kita, walau sedih, stress, down di dalam tetapi luaran tetap senyum sentiasa. macam-macam lah trend beauty kat Korea ni dulu popular dengan "eye smiling" atau "aegyo sal"

[pic courtesy miyake]

Orang kita ni tak suka eyebag, bising mengomel ada eyebag besar padahal kat Korea tu ha sampai buat surgery bagai nak ada eyebag supaya mata kelihatan besar and cute. Kita dapat free lagi Tuhan bagi. Takyah nak bedah bedah. so siapa yang ada eyebag tu kiranya korang ni  in trend lah ye hehe..adios! love.



Friday, August 30, 2013

CPUV 16 Nuffnang | Dove Samson D. yeay!

Syukur rezeki syawal masih berbisa.. CPUV earning mendarat lagi di blog pinkbubblegumprincess walaupun ayu dah jarang update sebab life busy sangat. huhu tangan cukup tangan and kaki nak buat entri baru habaq kat hang. huhu :')  tertengok ramai yang update entry dapat BE Nuffnang, so ayu check eh...ada melekat la..Dove Samson D yippie yippie melonjak kegumbiraan. CPUV Digi dan Marigold haritu ongoing lagi..Alhamdulillah rezeki anak kucing. :p

Thank you Nuffnang, terima kasih Dove. Sila baca details dekat iklan Dove yang terpampang di blog berkenaan dengan produk terbaru Dove Samson D untuk keterangan lebih lanjut ok? mana tau sesuai dengan korang kan..produk yang sempurna dalam mengatasi masalah rambut kerana rambut adalah Mahkota berharga bagi seorang wanita!! 

thank you readers, i love u all ketat-ketat jugak macam sayang kat Nuffnang hehe :)


Thursday, August 22, 2013

Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss [ Review ].

Hi.. lama tak jumpa..Hehe. Tak sempat pun nak update blog, adakah mungkin letih bekerja? minggu pertama selepas cuti kot..mood swing lagi..enjin tak panas. hehe, oh ya lama dah ayu tak review beauty products. So now I just fell in love with my new Lip gloss. Ok nak dijadikan cerita i am the one yang tak sukakan lip gloss ever before. why? sebab tak suka rasa sticky kat bibir or ada rasa something kat bibir,,sukalah nak tenyeh lap pakai kain o tisu untuk buang sebab geli. I just love bare lips dengan lipstick matte. So raya lepas I tried Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss Sheree's Sweet Sugar Berry my sister punya. Owh time raya memang indah. adik-adik semua perempuan, masing-masing keluarkan alat mekap masing-masing and boleh la cuba. mehmehmeh. oh iklan sekejap. So here is my picture with Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss Sheree's Sweet Sugar Berry.

paul frank lip smacker li gloss malaysia

apa yang best tentang Paul Frank Lip Smacker Lip Gloss ni?

i love the packaging. owh comel gila, kecik je..comes in small size, senang nak masuk dalam beg kecil dan bawa ke  mana-mana je you suka. Second, oh sepatutnya the most essential part la yang ni. Lip gloss ni not sticky at all. i promise you. rasa air je kat bibir. bila apply your lips looks moist and yummylicious, suka giler. ngeee. i love to use it all alone or apply my revlon lipstick first and coat with Lip Gloss ni. It scents? Fruity..macam candy..so cute bau dia.

so i rate 5/5. love love it.

p/s: oh ok, mula-mula i tried my sister's lip gloss but then pujuk dia supaya kasi free..so dapat la si kakak lip gloss free. bijak tak bijak. mihmihmih :p




Tuesday, August 20, 2013

Dress Chiffony Lace Comel untuk kamu!

Dulu Jubah Abaya menjadi trend wanita Malaysia even untuk casual outfits..Terima kasih kerana memberi sokongan penuh hinggakan Jubah Abaya Diamond tu terjual lariss..terharu eden :'). sekarang Dress muslimah menjadi pilihan. Senang untuk digayakan, warna cantik dan gadis masa kini tidak lagi malu untuk bergaya dengan warna terang, malah memberi keyakinan kepada si pemakainya. Untuk itu kami membawakan koleksi terkini Dress Chiffony Lace yang sangat comel untuk anda anda dan anda yang suka bergaya. Terdapat pelbagai warna boleh menjadi pilihan, merah, pink dark, pink light, hitam dan ungu. New arrival u'olls..and first pay first serve :)

Dress paling hot, secara offline pun dah terjual huhu



Oh ya,, koleksi Tiffany Lycra Diamond Dress ini sangat nice, bling bling sesuai untuk anda yang bakal menghadiri dinner di hujung tahun. Maklumlah dah nak hujung tahun banyak ikut Dinner Office atau dinner sekolah ye dak? or Dinner coursemate di university.. So apa-apa tema dinner boleh masuk, tetap glam gitu.. :)

Terdapat pilihan warna,, hanya ni je ayu sempat nak update,..life busy sangat-sangat nasib menyempat nak update entry..oh ya sila lah singga ke Online shop kite k..Iprincess Boutique..Cuci-cuci mata banyak baju kurung new arrival tau..murah dari butik lagi..lalallaa ~ goodnite!






Thursday, August 15, 2013

[Gambar raya] : Aleesya dan Erra Fazira beraya comelnya! ~

anak erra fazira terkini 2013
Alahai..I'm a big fan of Aleesyaa..anak erra fazira. comelnya budak ni,, kecik-kecik pandai posing muka dah la lawa..kecik-kecik lagi dah nampak aura cantik dan gorjes yang diwarisi daripada ibunya. Comelkan gambar raya Aleesya dan Erra Fazira, oh Umie Aida pun ada sama hehe...nak tengok gambar comel anak erra fazira terkini 2013 boleh tengok entri ni, Gambar Aleesya anak dara erra fazira..memang adorable lah aleesya, pandai bergaya, pandai posing, trendy! Anak Erra Fazira ni bijak, best kalau korang layan account keek Erra Fazira, tengok celoteh si comel Aleesya.. :)

p/s: berharap ada anak perempuan jugak satu hari nanti. diulangi satu hari nanti..amiin ~


Wednesday, August 14, 2013

Digi Prepaid Rider dan Marigold Peel Fresh | Double CPUV Raya Nuffnang

nuffnang cpuv ogos

Ecewah sengaja letak CPUV Raya mentang mentanglah masih beraya..hehe..been busy before raya sampai tak sempat pun check earning,, biralah ada rezeki ayu terima, takde ayu minta,, eh boleh cenggitu? hihik. How I wish la..Tergerak hati nak tengok earning tadi, maklumlah before raya blog tak sempat nak ber update, sibuk memanjang..so rasa macam tak dapatla duit raya dari Nuffnang..tapi mata terbuka besau tdi..ada laaaaa poket money dari Nuffnang Dari Julai lagi upenye!! CPUV ke 14 dari Digi Prepaid Rider dan  CPUV Nuffnang ke 15 dari Marigold Peel Fresh ..I love Digi sebab kasi iklan di blog, I will always support you Digi..sebab tu la ayu memang pakai Digi ja sekarang ni, jimat belanja bijak bijak. Alang-alang kita masih raya, well puasa sebulan raya pun harus sebulan, bolehlah menjamu tetamu yang datang dengan air Marigold Peel Fresh, juice buah-buahan yang enak, minum sejuk memang yummeh!..sekali sekala tukar hidangan air pulakkan,, pasti tetami merasai kelainan beraya dengan Marigold Peel Fresh..memang rasa jus sebenar,, :)


Tuesday, August 13, 2013

[Resepi] Lasagna mudah and yummylicious!

resepi lasagna yang senang dan sedap

Ohoho yummylicious sehingga menjilat jari kelingking..oh yeay. Cuti-cuti ni lah masa nak merelease tension and upgrade potential belajar masak sikit-sikit..ingat misi ayu? nak jadi super mom, pandai masak anything for my beloved kids in future. oh murninya visi dan misi ku itew. berharap my kids will read this later and nangis terharu ahaha overr..ok back to the real subject. Resepi Lasagna mudah and yummylicious. Jom terjah!

Bahan-bahan untuk inti daging lasagna

  • 1 labu bawang besar, 6-7 ulas bawang putih yang ditumbuk halus.
  • 1 botol sos prego perisa tomato
  • 1 tin cendawan butang, yang ni kena cincang tapi jangan halus sangat ok.
  • 400 gram daging cincang
  • serbuk black pepper dan oregano
  • dua sudu besar sos cili
  • sedikit garam untuk perasa
Cara-cara untuk membuat inti daging lasagna
Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan daging cincang, sos prego tomato, garam secukup rasa, serbuk oregano, black pepper, cendawan butang, dan 2 sudu besar sos cili. Gaul sehingga sebati, and inti daging siap!


Bahan-bahan untuk sos putih lasagna
  • 3-4 sudu tepung gandum
  • 125 gram buttercup
  • 125 gram keju cheddar..
  • 600 ml fresh milk
  • garam secukup rasa
Cara-cara untuk membuat sos putih lasagna
Sediakan pan, cairkan butter, masukkan fresh milk tadi, masukkan 3-4 sudu tepung gandum. Seterusnya masukkan keju cheddar tadi, sedikit garam dan gaul sehingga sebati dan tidak berketu-ketul ye...oh ya, guna api kecik je.. :) siap!

p/s: Instant Lasagna perlu dicelur guna air (masukkan minyak dan garam sedikit) sampai lembut terlebih dahulu. 


Cara-cara untuk melapis lasagna.
  • Sediakan aluminium foil khas untuk baking lasagna.
  • letak lapisan inti daging sebagai lapisan paling bawah, letak lapisan lasagna, daging, dan letak lapisan sos putih. Sila ulang lapisan ini tiga kali.
  • Untuk topping, taburkan keju mozarella dan keju parmesan.
  • ayu hias permukaan keju dengan tabur serbuk oregano untuk hiasan hehe..sikit-sikit je ok
  • Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dahulu dengan suhu 180 darjah celcius dalam 30-40 minit, guna api atas dan bawah.
  • Bila cheese topping agak-agak cair dan kuning keemasan, lasagna siap! Boleh mula dihidangkanand getting ready to make smile for your loved ones!
resepi lasagna cepat dan senang
memang Lasagna ini yummilicious bebeh! pic form my sister's facebook acc :)



boleh jugak cuba resepi lain di sini..











Sunday, August 11, 2013

Gambar raya 2013 hohohoi :)

Sekejap masa berlalu, dah raya ketiga. huhu cepatnya masa berlalu. So how was your raya? Raya dapat memupuk silaturrahim antara keluarga, sanak saudara..lama tak jumpa..bila dah jumpa memang riuh sekampung..real love among family members jelas kelihatan, don't you think so? :) Siapa follow instagram ayu sila baca je, sebab gambar ni kira dah basi..hehe belog comes later ig first ok? :') Jum layan beberapa gmbar raya 2013 i'olls hewhewhew
Tema? colourful hahahaha memang takde plan nak baju raya sama..jadi here we are, colourful us with our dearest mum! adik-adik dah sama besar sama saiz, kakak jadi paling kecik..teheee

ini dengan ayahnda pulak. we are daddy's lil princess.. :)

this is my siblings, from no 1, 2, 3, and 4..haha teringat dengan gambar time kecik-kecik suka amik gambar bersusun macam ni,, so sejarah sudah berulang :p

takde maknanya tak camwhore sendirian..muahaha..
sebelum pi jalan harus take photo dulu,, bukan satu dua..kihkihkih



this is my family photo for raya..colourful you all..hehe

nak tengok lebih..sila ke instagram account ye. muaxx till then, xoxo ;)






Thursday, August 8, 2013

Why ramai adik perempuan best bila menjelang raya? | #HappyEid everyone!

Hohohooho anak-anak gadis pasti letih menjelang raya kan?? dengan nak buat biskutnya dengan nak try kek lapis nya, kemas rumah, hias ruang tamu, pasang karpet, tukarkan langsir, pergi beli bahan-bahan mak suruh untuk buat juadah makanan padi hari raya pertama..hurm perempuan tak pandai letih kan? memang super woman..kadang-kadang terfikir jugak kenapa hari biasa tak segagah ini..padahal puasa tenaga kurang, tapi menjelang raya..hurm macam energy naik excited state! :)

oh back to title entry yer semua,, kenapa adanya ramai adik perempuan sangat-sangat best bila menjelang raya?? hehe..situasinya begini. sila rujuk situasi ini:

Mak: along, sapu sampah kejap!
along: ok, mak!

along: angah, mak suruh kau sapu sampah!
angah: okay.

angah: adik, mak suruh kau sapu..

hehe siapa pernah kena?? pasti selalu kan..but ayu selalu kenakan adik hewhewhew rasakan lho.. :p

eh no la...banyak adik perempuan best! sebab..kerja-kerja rumah semakin efektif. banyak tenaga kerja boleh digunakan. hehe. bila time ayu buat biskut, adik kedua boleh buat juadah berbuka..

ah adik kedua memang ala western sket,, suka buat kentang putar ayam grill with chicken gravy..yummeh!!

oh adik ketiga pulak lebih ke arah mengemas rumah..pasang karpet, pasang langsir, tukar sarung kusyen, sapu-sapu, hiasan dalaman memang superb! terbaik ini budak..

and my little sis pulak,, since student matriks ada peperiksaan final sem after raya so kami bagi chance dia belajar..owh its my family tradition xpela..bagi peluang beliau rehat-rehat but bantu mana yang patu..tapi kerahan tenaga telah digunakan untuk mencuci kereta..well kakak nya ini tak sempat pun nak bawa my lil princess mandi raya..hehe so mandi bersama maksu aje cukuplah yang penting kereta bersih khann..

oh ya,, tahun ni banyak buat biskut raya..hehe ada peningkatan. tahun lepas almond london, tahun ni belajar buat biskut baru pulak..biskut ice-cream, biskut nestum ice, biskut susu..hurm gambar boleh tengok kat instagram..oh ya will upload recipe nanti..why? sebab sengaja nak simpan resepi dalam blog. motif? buku resepi ayu asyik hilang and berteraburan..so kalau dah upload blog senang nanti nak refer balik..kihkihkih bijak tak bijak? 

Akhir kata..(oh macam ayat surat kiriman tak rasmi la pulak kan..),, Salam Aidilfitri 2013 buat sahabat handai, rakan taulan, sanak saudara, rakan-rakan yang mengenali ayu di blog, my silent readers,, minta maaf seandainya tertaip kata-kata yang bisa mengguris perasaan..maaf zahir dan batin ok? :') Happy Eid everyone! tengah perang mercun sekarang ni..meriahhnya raya.....

till then, xoxo, publish!









Monday, August 5, 2013

Bff pun kena ada baju raya jugak!!


ok she's my bestfriend right now. dimana-mana nak tido pun masih bersama my lil princess..so i buy casing baru untuk my best friend. Dia pun nak baju raya jugak! pink lagi..comel tak?Oh my channel! ehehe..this cute pink phone casing resembles me, unleash my personality..hehe i mean i love something cute stuff, pink girly one..ada lipstic, cermin..oh me likey!!

oh ya, how's your preparation for this coming raya aidilfitri? berapa peratus siap? Ohoho sepanjang harini ayu duk di dapur buat biskut,, so dalam tiga hari ni memang marathon nak buat biskut and kuih la..oh sakit pinggang u'olls haha..maklumlah once in a blue moon..hewhewhew tersipu malu i'olls. That's why rasanya ayu nak bagi tabik spring kat mak-mak korang, auntie-auntie or siapa-siapa yang jadi suri rumah sepenuh masa..kental beb..daya tahan tinggi, sabar..oh para suami, silalah hargai isteri anda..huhu penat tau nak buat persediaan raya ehhe..


p/s: oh ya, i heard u got an Intagram account? do follow me ayulilprincess. actually pictures speaks louder than words. Intagram cepat lagi dari blog hehe..see ya! ~

Love, ayu.