Saturday, November 3, 2012

Bijak mengurus Wang


Menakutkan bila dengar AM krew radio Hotfm inform meningkatnya bilangan orang Muflis Muda pagi isnin lepas..tambahan bilangan mereka yang diisyhtiharkan muflis ini berusia 34 tahun ke bawah, dan bilangannya semakin meningkat dari tahun ke tahun sejak tahun 2001..Apa yang menyedihkan adalah ramai yang dikategorikan muflis muda ini adalah dari kaum melayu..apakah punca? adakah sebab orang melayu ini biasa dengan peribahasa "biar papa asal bergaya" sehingga sanggup untuk berlagak untuk hidup mewah, padahal tidak mampu?

so, antara punca yang dikaitkan dengan muflis ini adalah disebabkan sewa beli kenderaan 25 peratus, keberhutangan lain 21 peratus, pinjaman peribadi 13 peratus, pinjaman perumahan 12 peratus, dan lain-lain..

Bukan mudah untuk menguruskan wang. tambahan kita tidak diajar secara formal tentang kemahiran untuk mengurus wang dengan bijak..Pendedahan untuk menguruskan wang juga kurang diberikan kepada anak-anak. Mungkin ada yang macam ayu, tak pernah tinggal jauh daripada family sejak alam persekolahan, tak pernah duduk asrama, tak pernah mengalami pegang duit sendiri buat part time job (my dad is very protective one, i never have other work/ part time job experince in my whole life..)...ok and when masuk matrikulasi Labuan..i'm a bit shock first time pegang duit sendiri, urus sendiri and tipulah kalau cakap tak pernah ada dilema waktu urus wang sendiri hehe..(nak mintak bapak malu...and kantoi tkt kena marah heee)..lagi-lagi sekarang dah kerja sendiri..aaahh ambek, no more lagi bapak campurtangan hal kewangan, dengan bayar kereta, bil letrik air segala and lain-lain semua tanggung sendiri...pandai-pandailah ko kalau sengkek dihujung bulan...:p

so, just straight to the point, kemahiran mengurus wang amat penting buat semua. walaupun tak sebijak mana nak mengurus, at least pendedahan pengetahuan tentang kemahiran yang akan di share nanti boleh bantu korang untuk mengurus wang masin-masing..yang paling penting ingat masa tua kita ; bila mana masa dah tu kita dah bersara, tenaga dah kurang, masa yang sepatutnya free daripada hutang piutang.. betul?



Untuk itu, anda perlulah ambik tau hal-hal dibawah ini:

1. Mempunyai matlamat kewangan
kita sepatutnya ada matlamat yang nak dicapai contohnya dalam masa 5, 10 atau 20 tahun depan berapa   kita nak ada dalam simpanan. anda perlu jelas dengan matlamat untuk dicapai di usia persaraan nanti serta tahu matlamat jangka masa panjang..namun, kalau ada matlamat jelas, maka haruslah didukung dengan tindakan untuk memastikan ianya berjaya. kalau tak, matlamat hanya sekadar impian saja beb..

2.Simpan sebelum berbelanja
or enough said..ingat "Pay yourself first"...gaji yang selebihnya baru boleh dibuat berbelanja..Namun, rasa-rasanya ramai yang buat belanja dulu, dah tu ada lebihan sikit baru nak simpan...oh itu pengurusan wang yang kurang bijak..belajar untuk disiplin kan diri untuk simpan dulu hokkay...

3.berbelanja dengan bijak
sebelum berbelanja perlu determine mana satu keperluan dan kehendak...rasanya ramai yang lebih menurut dengan kehendak masing-masing, rather than keperluan. ramai tak yang buat listing sebelum pergi shopping? i admit, ayu pun tak...maka berbelanja mengikut perasaan, duit mengalir macam air..then balik baru realize apalah yang dibelanjakan macam nampak apa pun..baru nak menyesal..heheh. tambahan sekarang takyah jalan2 shopping pun online shopping pun boleh, ditambah dengan bantuan online banking yang memudahkan untuk shopping..aduhai hati..memang sengsara rasanya..namun haruslah disiplin tau bajet berapa nak keluar untuk satu-satu bulan k..

4.membuat pelaburan bijak
dengan duit kita melabur untuk masa depan, untuk kebaikan seisi keluarga..sebagai cotnoh bolehlah dari awal menyimpan untuk tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian, malah untuk menunaikan Haji kelak..InsyaAllah..

5. membayar zakat.
salah satu cara untuk membersih dan menyucikan harta kekayaan kita supaya rezeki diberkati..rezeki yang berkat itulah yang terbaik, bilamana sedikitnya mencukupi, banyaknya dapat diagih-agihkan ; berbanding dengan rezeki yang tidak berkat, sedikit tidak mencukupi, banyaknya tidak puas..

renung-renungkan, selamat beramal..
sumber: yahoo, bijakuruswang






2 comments:

  1. kena pandai rancang kewangan, baru la hidup tidak dibebani hutang .. :>

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete