Sunday, November 27, 2011

keputusan rasmi Malaysia Vs Bahrain kelayakan Olimpik 2012 : 2-3


alaaaa sedihnya...wisel penamat dah bunyi...dalam masa 6 minit sahaja Bahrain berjaya menjaringkan gol, sekaligus membawa kepada kekecewaan pada peminat bola sepak pasukan negara. Saat keluarnya Nazmi Faiz mansor, Malaysia di asak dengan 3 gol yang sukar nak dipercaya..Bahrain mengusai permainan tengah, Malaysia mungkin kehilangan fokus selepas gol pertama daripada Saad Al-Amir 84', juga gol penyamaan oleh Isa Ahmad 84' dan seterusnya gol kemenangan Bahrain pada minit ke 85 juga oleh beliau juga.


Amat mengecewakan,, mula-mula fikir kedudukan Malaysia yang depan 1-0 kepada Bahrain membuatkan kita menang..Namun pasukan Bahrain begitu membara untuk menang hinggakan dapat menjaringkan gol kemenangan tidak sampai 1 minit selepas gol penyamaan kedua, walaupun hanya 10 orang sahaja yang bermain. Hurm....memang Bahrain Malaysia malam ini...i mean..Bah+rain = hujan dan banjir la untuk pasukan kita..keadaan ini cukup derita untuk saya...Ku sangkakan Panas sampai ke petang rupanya Hujan di tengah hari...rasa amat kecewa lah...huhu


Namun, buat skuad Harimau Muda..Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...Go Tigers Auuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmm....malam ni aumm kecik jerr..tu kena makan leh Bahrain kot..hihik..main2 ok.. ^^


3 comments: