i

Monday, November 21, 2011

Harimau Muda menumpaskan Sang Garuda! Malaysia menang!


ternyata taring Harimau Muda masih menyengat, malam ini terjawab sudah..Lagu Negaraku akan berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno setelah berhempas pulas dan bertungkus lumus mempertahankan Medal Emas untuk Sukan Bola Sepak negara. Selama 120minit pemain-pemain muda Harimau Muda ini membelasah dan mempertahankan emas untuk negara..hasil kesungguhan, semangat juang yang tinggi, komitmen dan fokus Harimau Muda berjaya merangkul emas ke 59 Malaysia.


Dengan ini detik tercipta dimana ibu segala pingat emas berada ditangan kita biarpun Indonesia bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Sea ke 26 ini. Nyata penangan pemain-pemain muda berjaya menjadikan Bola Sepak Malaysia adalah yang paling kuat di Asia Tenggara.. Jaringan Gol Ashaarudin putra Omar telah membawa gol yang menggembirakan seluruh warga Malaysia setelah semua gusar dan cuak bila Indonesia berjaya membuat jaringan pertama seawal lima 5 minit permainan. Namun, jaringan Penalti daripada Badrul Bakhtiar berjaya menebus Sepakan Penalti yang ketiga oleh Fakri, hingga berjaya membawa emas yang diharap-harapkan oleh seluruh warga Malaysia.


apapun sangat gembira dengan kemenangan ini.... Go Harimau Muda,, go Apex go Ashraf Muslim...i love you,,, awak chomel! hehe


sharing is caring!!

3 comments: