Saturday, November 5, 2011

Pinjaman PTPTN dihentikan mulai 2013?


PTPTN dihentikan ? apa macam ini?? bagaimana dengan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang ingin melanjutkan pelajaran??

Temerloh, Jumaat- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bercadang menghentikan pemberian pinjaman perbelanjaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi bagi mengurangkan tanggungannya yang semakin meningkat, kata pengerusinya Datuk ismail Mohamed Said.

Katanya Lembaga Pengerah PTPTN pada mesyuaratnya 31 Oktober lepas membuat keputusan itu bagi mengurangkan bebanan akibat peminjam yang terlalu ramai. Bercakap kepada pemberita Ismail juga berkata, pinjaman pembiayaan yuran pengajian bagaimanapun tetap akan diberikan seperti biasa. ismail berkata, sehingga kini seramai 1.87 juta pelajar membuat pinjaman dengan PTPTN membabitkan peruntukan RM 41.6 billion. - sumber Utusan Sarawak

hurm..jangan kerana pentingkan diri sendiri orang lain merasa kesusahan..
iyalah...disebabkan kurangnya rasa tanggungjawab para penghutang PTPTN ini untuk membayar balik hutang...dan sikap.."aku dah lepas dah....tak payah fikirkan orang lain..."

sudah pinjam...pandai-pandai lah bayar balik...adakah golongan yang enggan membayar hutang pengajian ini tidak menghiraukan nasib pelajar lain? pernahkah terfikir bagaimana jika adik-adik anda, saudara mara, ataupun anak-anak anda yang hendak melanjutkan pelajaran tetapi tergendala gara-gara sikap anda yang sambil lewa dengan perkara ini?


sudah diingatkan melalui iklan di tv....masihkah rasa ketidakbertanggungjawaban itu dalam diri anda...adakah disebabkan kos pentadbiran yang tinggi menjadikan penghutang ini sengaja melupakan jasa PTPTN?..jangan lah jadi kacang lupakan kulit..

oh ya,, kepada yang liat untuk membayar balik pinjaman PTPTN ini, anggaplah membayar balik hutang PTPTN itu adalah salah satu cara kita untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk mencapai cita-cita untuk berjaya di menara gading...tidakkah mulia tindakan anda itu? dan satu lagi...untuk yang beragama Islam...bukankah kita wajib membayar balik hutang?


Nabi Muhammad S.A.W bersabda

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)


Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


renung-renungkan dan selamat beramal... =)

start la bayar okeh...

2 comments:

  1. alamak.. mcm mne la nasib sye 6t..

    ReplyDelete
  2. @miss kecoh itulah gara-gara org lain, ada yang menjadi mangsa..namun adik, jangan jadikan masalah duit jadi penghalang untuk berjaya..ada lagi jalan,, mohon biasiswa, bantuan baitulmal, yg PTPTN ni tak pasti dulu lah akak..=)

    ReplyDelete