Showing posts with label foot ball errK. Show all posts
Showing posts with label foot ball errK. Show all posts

Saturday, December 1, 2012

Garuda Indonesia vs Harimau Malaya #AFFSuzukiCup2012


wah malam ni malam yang di tunggu-tungu..Piala AFF Suzuki Cup 2012, bila Garuda Indonesia menentang Skuad Harimau Malaya kita Malaysia..siapa kah pilihan anda? tiada kata-kata, hanya tingginya impian rakyat Malaysia mahukan Harimau Malaya membenamkan cabaran Garuda malam ini..apa-apa pun harus menang, Go go go..!! yang penting kita sokong sokmo harimau Malaya malam ni..saing duduk depan tv nanti na.. :)

updated!:
Malaysia telah berjaya membenamkan Indonesia dengan 2-0. Tahniah atas usaha semua pemain...
teaser: Elfira Loy 2- Randy Pangalila 0 ... :p


pic source: TaotauAjer page

Sunday, November 27, 2011

keputusan rasmi Malaysia Vs Bahrain kelayakan Olimpik 2012 : 2-3


alaaaa sedihnya...wisel penamat dah bunyi...dalam masa 6 minit sahaja Bahrain berjaya menjaringkan gol, sekaligus membawa kepada kekecewaan pada peminat bola sepak pasukan negara. Saat keluarnya Nazmi Faiz mansor, Malaysia di asak dengan 3 gol yang sukar nak dipercaya..Bahrain mengusai permainan tengah, Malaysia mungkin kehilangan fokus selepas gol pertama daripada Saad Al-Amir 84', juga gol penyamaan oleh Isa Ahmad 84' dan seterusnya gol kemenangan Bahrain pada minit ke 85 juga oleh beliau juga.


Amat mengecewakan,, mula-mula fikir kedudukan Malaysia yang depan 1-0 kepada Bahrain membuatkan kita menang..Namun pasukan Bahrain begitu membara untuk menang hinggakan dapat menjaringkan gol kemenangan tidak sampai 1 minit selepas gol penyamaan kedua, walaupun hanya 10 orang sahaja yang bermain. Hurm....memang Bahrain Malaysia malam ini...i mean..Bah+rain = hujan dan banjir la untuk pasukan kita..keadaan ini cukup derita untuk saya...Ku sangkakan Panas sampai ke petang rupanya Hujan di tengah hari...rasa amat kecewa lah...huhu


Namun, buat skuad Harimau Muda..Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...Go Tigers Auuuuuuummmmmmmmmmmmmmmmmm....malam ni aumm kecik jerr..tu kena makan leh Bahrain kot..hihik..main2 ok.. ^^


1-0 Malaysia Vs Bahrain : Go Nazmi Faiz Mansor! Go Khairul Fahmi Go!



Separuh masa pertama sudah habis...Harimau Muda berjaya menawan Bahrain buat separuh masa pertama. Nazmi Faiz Mansor atau Nami yang berketinggian 1.67m telah berjaya menjaringkan gol pertama Malaysia VS Bahrain dari luar kotak penalti.....wow, terer ooo!! Pemain muda menunjukkan taring nya..well mesti peminat perempuan tergila kan budak ini kan...pakwe saya ni...aiii budak lagi la,, tak layak!! :D Keep it up skuad Harimau Muda! Go Malaysia..selamat berjaya!! jum tgk separuh masa kedua pulak =)




Monday, November 21, 2011

Harimau Muda menumpaskan Sang Garuda! Malaysia menang!


ternyata taring Harimau Muda masih menyengat, malam ini terjawab sudah..Lagu Negaraku akan berkumandang di Stadium Gelora Bung Karno setelah berhempas pulas dan bertungkus lumus mempertahankan Medal Emas untuk Sukan Bola Sepak negara. Selama 120minit pemain-pemain muda Harimau Muda ini membelasah dan mempertahankan emas untuk negara..hasil kesungguhan, semangat juang yang tinggi, komitmen dan fokus Harimau Muda berjaya merangkul emas ke 59 Malaysia.


Dengan ini detik tercipta dimana ibu segala pingat emas berada ditangan kita biarpun Indonesia bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan Sukan Sea ke 26 ini. Nyata penangan pemain-pemain muda berjaya menjadikan Bola Sepak Malaysia adalah yang paling kuat di Asia Tenggara.. Jaringan Gol Ashaarudin putra Omar telah membawa gol yang menggembirakan seluruh warga Malaysia setelah semua gusar dan cuak bila Indonesia berjaya membuat jaringan pertama seawal lima 5 minit permainan. Namun, jaringan Penalti daripada Badrul Bakhtiar berjaya menebus Sepakan Penalti yang ketiga oleh Fakri, hingga berjaya membawa emas yang diharap-harapkan oleh seluruh warga Malaysia.


apapun sangat gembira dengan kemenangan ini.... Go Harimau Muda,, go Apex go Ashraf Muslim...i love you,,, awak chomel! hehe

Monday, October 24, 2011

"Why always me?" -word of the day by Mario Balotelli

Pastinya tarikh keramat 23 Oktober 2011( Ahad ) akan diiingati disebabkan kekalahan teruk melanda Manchester United hahahhaa….Manchester United telah dibelasah dengan teruk 6-1 di Old Traford apabila bertemu Manchester City….


Lain pula kisah T-shirt Mario Balotelli dengan Message “Why always me?” yang berjaya menarik perhatian ramai peminat fanatic Manchester city and haters Manchester United apabila berjaya membuat jaringan gol sebaik 15 minit perlawanan bermula…shomell I like the message: unik, nakal and rare!

apa kes ni Alex? Oh kesian pulak kat Pakcik Alex Ferguson….sedih betul muka dia...

Salah perancangan yer bang??


Pastinya kekalahan Manchester United 6-1 oleh Manchester City ni merupakan kekalahan yang terburuk dalam karier Alex Ferguson kan?? I call dia tadi….

Ayu = “u ok ker?? Jum keluar minum-minum”

Alex Ferguson = “tak nak lah… i malu…. = . = kat orang-orang".[humban muka kat bantal]

Ah sudah lah hihik…^ ^


p/s: mesti hari ni haters Man U bersorak kegumbiraan and amik kesempatan gelak besar sama Manchester United atas kekalah yang I think sangat-sangat teruk..pastinya penyokong Manchester United kena BoooooooooooOOoooooOoo dengan teruk kan?? XD ,

Manchester City situ sana sini… =)