i

Friday, January 18, 2013

Bantuan persekolah rm100 untuk pelajar 2013


Tiba-tiba sekolah penuh sesak hari ni, budak-budak happy sebab wang bantuan persekolahan rm100 untuk pelajar bagi tahun 2013 dah mula diagihkan..Difahami wang bantuan persekolahan ini diberi secara berperingkat di sekolah-sekolah, tapi sekolah kami dah pun dapat hari ni.. cikgu-cikgu rasa macam yb atau orang kaya baru bila diminta mengagihkan rm100 kepada rakyat jelata (anak-anak jagaan kelas masing-masing) hahhaha..Inilah subsidi bantuan untuk rakyat yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat untuk meringankan beban ibu bapa dalam perbelanjaan sekolah anak-anak seiring dengan janji dalam Pembentangan Bajet 2013 tahun lalu.

Diharap tidak ada ibu bapa yang mengambil kesempatan menggunakan duit yang telah diberi oleh kerajaan untuk kepentingan sendiri, tetapi gunakanlah sebaiknya untuk kebaikan anak-anak, perbelanjaan sekolah anak-anak. Anak-anak pulak..kalau dah dapat duit bantuan persekolahan, gunalah untuk beli barang sekolah. Jangan pulak guna duit untuk beli tiket wayang, beli rokok, beli topup kredit. Namun tak semua begitu, pagi tadi ayu nampak ada beberapa pelajar yang menyalurkan duit bantuan persekolahan rm100 yang telah diterima untuk membeli kalkulator. itu inisiatif yang bagus, dan merupakan pelaburan untuk masa depan..senyum dan hati lega tengok pelajar baik dan ada kesedaran sebegitu..tak lah cikgu matematik susah nak ajar matematik lagi khennnnn hehehe *I lettewww :)





sharing is caring!!

2 comments:

  1. bestnye kalau dpt sekolah balik. hohohoho. tp takpe. kebas duit adik la sikit. hahah

    ReplyDelete
  2. untung budak2 sekarang kan..semuaaaanya senang hehe

    ReplyDelete