Monday, December 30, 2013

(RESEPI)Chocolate Moist cupcake mudah dan senang


resepi chocolate moist cupcake mudah

ohohoi.. bila dah si adik ketiga balik rumah sempena cuti krismas baru-baru ni, macam-macam dia tempah..nak cupcake la nak cheesy layer meleleh la..ok yang resepei cheesy cake layer meleleh tu ayu update next entry.. ni ha cupcake loverss sila take note. aww comel tak cawan tu pink polkadot lagi ade sentuhan baby blue..so cute! Tak best jugak kalau cawan je comel tapi rasanya tidak kan.. so now let's start bebeh!

bahan-bahan: 
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur
cara-cara membuat chocolate mois cupcake

1. ayakkan tepung, soda bikarbonat, dan baking powder then ketepikan..
2. Sila masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat manis, dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua bahan itu tadi larut. matikan api.
3. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan yang dipanaskan sebentar tadi.
4. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati
5. siapkan cawan cupcake di dalam bekas loyang
6.tuangkan bancuhan ke dalam cawan cupcake 3/4 daripada cawan tu k..
7. tutupkan bekas loyang itu tadi dengan aluminium fil..(supaya xmasuk air kukusan,, kalau tak buruk rupa cupcake nanti ha ha ha)
8.kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang dah dipanaskan awal..
9. angkat dan sejukkan..
10. boleh cuba utk hiaskan dengan topping choclate ganache atau senang cerita pakai je hershey's shell topping...siap dimakan!


p/s: boleh je kalau nak tukar gula perang tu dengan gula biasa dan susu segar coklat kepada susu segar je..no hal :) sebab aku pun macam tu, main amik kje mana yang ada kat dapur hihik ^^
selamat mencuba kalian :)

nak lagi resepi?






4 comments: