Thursday, April 12, 2012

kenapa melayu tak maju maju?


kadang-kadang rasa sungguh malu dengan kaum sendiri
bertelagah macam tak ada iman..
bukan main tunjuk diri alim..
tapi...
saling sindir menyindir
saling kata mengata 
maki memaki antara satu sama lain
rasa diri lebih bagus..
atau lebih tepat mungkin berasa 'taksub' dengan ilmu agama yang dimiliki..
dan betapa sedihnya ada yang merasa dirinya bersifat 'maksum'..

siapalah saya untuk berkata apa...orang yang begitu cetek ilmunya..
namun secara logik akal dan pertimbangan akal yang waras,
sepatutnya kita melayu dan beragama Islam bersatu..bersefahaman..
tidak malukah bersikap sedemikian rupa?
akal ada, ilmu ada, iman ada tetapi apaaa pun takdak..

yang tak berkenan di hati sila sila lah tegur..dengan cara berhemah
jangan terus blame and tegur cara kasar..nanti orang lagiii tak suka lagi memberontak...
lihat pada pendekatan terbaik,,mungkin perlu menggunakan cara halus atau psikologi yang boleh membuatkan orang yang ditegur malu kepada dirinya sendiri dan mula bermuhasabah diri..serta mula berubah..? 

dan yang ditegur silalah menerima dengan hati terbuka..
dan lihat pada diri kenapa orang tak suka, kenapa orang mengata..kenapa orang menyindir
terima dengan positif..dan cari apa silap kita dan tidak terus berfikiran negatif terhadap orang yang menegur..
kadang-kadang kita perlu ingat, orang sekeliling adalah cermin kita..
kadang-kadang kita tidak sedar sikap kita menghiris perasaan orang lain
kadang-kadang kita alpa dalam tugas dan amanah..
that's why perlunya teguran dan nasihat bukan untuk menjatuhkan kita, tapi menjadikan kita lebih baik.

Yang mengata adalah orang Islam yang di 'kata' juga orang Islam..
adakah kita mahu orang lain bersorak melihat kita saling menghentam antara satu sama lain?
Tepuk dada, tanyalah iman... =)



p/s: Persefahaman memajukan ummah.



 

2 comments: