i

Monday, April 15, 2013

Cara kebah demam : Petua tradisional

Lamanya ayu tak update belog. rasanya nak dekat dua minggu. huhu. rindunya kat blog pinkbubblegumprincess ku ini..tuan tanah tak sihat, demam dan batuk teruk..alahai sakitnya time tu. mc satu hari, then pergi camping seminggu. Gula-gula Fisherman's friend menjadi teman kepada tekak ku yang gatal ini. . hoho sungguh mencabar keimanan time tu.. but now i'm back. sihat and alive, yeah!

time demam baru nak menghargai betapa nikmatnya sewaktu tubuh badan sihat. bila nikmat sihat ditarik balik, nak buat apa pun tak boleh, wajah pun nampak hilang seri, senyum dalam kesakitan. huhu. otak hanya fokus nak cepat kebah demam, nak cepat sihat. so, now ayu nak kongsikan cara kebah demam dengan cepat, petua tradisional, takyah makan ubat pahit segala, hehe. psst yang degil makan ubat tu ayu lah orang nya hihihi...so yang ini petua demam baik punya..

cara kebah demam cara tradisional.
Ambil beberapa helai pucuk dan daun muda bunga raya, ramas-ramas di dalam bekas yang berisi air. Ambil sebiji bawang merah tunggal (nak yang satu tu je ok ), ketuk dengan lesung dan campurkan ke dalam bekas air yang tadi dan ramas sehingga sebatian kelihatan agak berlendir. Seterusnya, sapukan pada ubun-ubun dan menjaram seluruh kepala. Biarkan air itu kering sendiri. Buat berulang kali sehingga suhu badan yang panas mulai reda.



p/s: kadang-kadang petua orang dulu-dulu berkesan, warisan lama jangan ditinggalkan.,.hehe jaga diri memandangkan cuaca sekarang tak menentu, kejap panas kejap hujan.. selamat mencuba ubat demam petua tradisional semua.. :)






sharing is caring!!

4 comments:

  1. saya memang tengah demam pun. thank u for sharing. selalu malas nak gi klinik pun.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcum...whoa tq for singgah kak namee..love you!

      Delete
  2. yg nie nenek ein selalu wat kat cucu die lau demam...

    ReplyDelete