hati siapa tidak sayu bila mengenang nasib orang yang tidak beribu dan bapa sedangkan hidup kita meriah diulit kasih sayang yang tidak lekang dari sisi-sisi hidup kita.
-bersahur, berbuka bersama-sama orang tersayang, keluar bershoping baju raya sekeluarga, sibuk melakukan persiapan raya di rumah..sedangkan ada yang telah terasa kehilangan bila menjelangnya perayaan-tiada lagi jejak ibu tiada lagi kasih sayang bapa.., tiada lagi gelak tawa insan paling disayangi, walaupun bayangan rupa masih segar dan kekal abadi di ruang mata..kadang-kadang kenangan mengusik jiwa, katanya keadaan telah berubah... raya sudah tidak seperti dulu..
entri ini inspired daripada majlis penyampaian zakat dan sedekah kepada anak-anak yatim di sekolah. Rasa kasihan menjengah dalam diri mengenangkan hidup mereka bilamana di dalam usia yang muda remaja, mereka telah bertarung dengan keadaan hidup yang serba tidak lengkap dari segi kehidupan dan paling utama, tidak ber ayah dan juga ibu.
-berat mata memandang berat lagi bahu memikul-pandangan sayu dari mata, riak muka jelas menunjukkan bahawa mereka amat berasa kehilangan. Namun hati dibekalkan dengan perasaan yang tabah dan cekal dengan kehidupan yang dijalani.
Kepada yang kehilangan, kuatkan hati teruskan kehidupanmu. ya, memang sukar rasanya bila ditinggalkan orang tua. terung terang saya boleh menyelami perasaan anda bila membayangkannya pun rasa tidak sanggup apatah lagi tidak bersedia kehilangan orang tua tercinta.,airmata menjadi saksi betapa sakitnya perasaan kehilangan itu sendiri.
Namun, ingatlah walaupun ditinggalkan ibubapa di usia muda bukan bermakna kejayaan itu bukan milik anda. jangan pernah jadikan kemiskinan dan hidup kekurangan itu sebagai halangan untuk menjadikan anda seorang yang berjaya mengharumkan nama bangsa.
ingatlah pesanan cikgu...opps hehe..
Selagi anda berusaha anda akan berujaya. Dan sentiasa ingat Tuhan sentiasa membantu orang yang berusaha membantu dirinya sendiri untuk berjaya.
Setiap apa yang berlaku di dalam kehidupan kita ada hikmahnya. percayalah. sesungguhnya musibah dan masalah yang dihadapi menjadikan kita manusia yang kuat, cekal dan tabah menghadapi hari esok. God has plan for everyone of us. Treasure it and u smile then.
for everyone of us, especially me myself..[eventhough i'm fulltime worker now, we don't have to be satisfied what we own..and what we have,, bukan xbersyukur..tapi perasaan itu perlu ada supaya kehidupan kita ada progress dari tahun ke tahun,, and xla sentisa tang tu ja...kan betul tak?? walopon dah hidup hepi2 hujung bulan terima gaji saya still nak lebih dari itu,, hopefully i can achieve my dreams x lama lagi..what dream?? secret. xpayah canang satu dunia,, jika belum dapat apa2 lagi, yer dak?? :p] eh terpanjang pula mukaddimah ni opss
pencil and a dream can take you anywhere.
Semuanya adalah berkat usaha dari kita. kemiskinan bukan penghalang kejayaan penguat keazaman dan motivasi diri untuk berjaya. keluarlah dari kepompong itu. InsyaAllah anda berjaya dan akhirnya anda tersenyum kerana berjaya atas usaha diri sendiri adalah lebih membanggakanand its more worth it..agree??
selamat tujuh likur kawan2...tak lama lagi raya..yippie!!
selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin!
No comments:
Post a Comment