Sunday, May 25, 2014

Alahai comelnya gambar Minions : Geramnya tengok!


keep calm and love minions

Love minions, i do, Do You? alahai comelnya the minions ni..banana yang cukuppp comel and fluffy geram rasa nak peluk-peluk. lagi -lagi dalam Despicable Me 2..alahai,, geram.

Jum layan beberapa gambar the minions yang sangat cumil rasa nak picit-picit kat bawah ni..

gambar minion cute

gambar minion comel

gambar minions
ieee geramnya tengok budak ni...cumil sangat-sangat ^^

gambar minion

CUTE MINNIONS

GAMBAR MINIONS


minions cake idea
cute minion birthday cake design..

minions nail art
awww i love this soooo much!

cute gif minions
i nak kisss you mmmmuah

cute gif minions
ahahhaa gila-gila betul minions ni,, happy go lucky je..

selamat malam..sahur tak ni? hehe

Friday, May 23, 2014

(7 GAMBAR)Baju muslimah online murah. cantik!!

Ok, overr sikit tajuk entri ini. Hehe.. rasanya demam maxi dress masih melanda. sebabnya maxi dress senang nak digayakan ke mana-mana. nak pakai pergi kasual, nak pergi dating senang, nak pergi dinner boleh pakai maxi dress, nak pergi mengajar boleh pakai, nak pergi kenduri..lagi lah boleh..senang kata boleh pakai di mana-mana, universal penggunaannya. jangan bawak berenang ke laut dh lah yer.. kalau bersiar-siar di tepi pantai, boleh.. 

dress akan nampak flowy ditiup angin sepoi-sepoi bahasa, manatau ade photographer senyap-senyap terambil gambar anda..masuk majalah percutian. eh? merapu. possible right? mihmihmih. Ok nak tungjuk ni dress lawa dan gojess abad ini. Sememangnya cantik terlawa. siapa dah beli tau lah macam mana materialnya, silky lining. tidak jarang ok. dan yang paling penting kaler dress ini sangat menawan hati, warna pastel menjadi pujaan hati ramai..hohoho 

dress muslimah cantik murah 2014
selembut sutera warna dress muslimah ini. pastinya mata sang jejaka akan melirik ke arah mu, heyy bukan dia sahaja malah sang gadis akan iri padamu..itu yang paling mahal.. ok nak dijadikan cerita ayu pernah pakai dress ini kaer peach (ok bajet feminin ok) and terdengar pekerja restoran berbisik..wah princess dress.. nahhh korang akan perasan cantik ala princess semua mata memandang.. tapi kena hati-hati berjalan.. takut jatuh malu u olls nanti :')

baju muslimah online murah
pelbagai pilihan warna dress muslimah ini


dress muslimah 2014
Fateema dress yang super flowy

look like princess dress..ehe


pasti nya korang akan suka.

dress muslimah online malaysia 2014
Selain itu, anda mungkin sukakan dress camelia dress ni.. dress ini tiada getah kat pinggang cuma ade riben sahaja.. nice dress,, kaler ungu tu paling popular hehehe

Kalau berminat nak order silalah

atau anda boleh terus 
wechat: pinkbubblegum
whatapps: +60109720158

Happy shopping beautiful :)

p/s: huhu content blog ini dah suka-suki-duniaku dah huhu,, maklumlah tuannya masih belum dapat fokus untuk update belog kesayangan sebab teramat busy dengan kegiatan sekolah..tehee.. nasib baik ada adik yang sudi tolong sy update my online shop huhu





Friday, May 16, 2014

Happy teacher's day to me.

hah! over kan? biar la .. saya nak meraikan hati happy bila terasa dihargai oleh anak didik sendiri. And i think i want to read this again when i'm in my old age later..Lol. bittersweet memories during my teaching life.. yerr ..so i decide to put these things in my blog.. hehe :')

I never ask for anything form my students, cuma dapat belajar rajin, dapat kerja tetap dah memadai buat ayu. I do appreciate jika kata-kata saya, motivasi yang ayu berikan dapat memberi sedikit suntikan serta anjakan paradigma dan memberi kesan kepada seseorang pelajar. satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. :') Oh ya,, thank you for all the presents yang ayu dapat harini.. simple but really meaningful to me as an educator.. 
I've been teaching almost 5 tahun started form 2009.. mm rasanya ramai dah anak murid ayu. Mana tak, bawa student ke pertandingan kadet bomba wakil sarawak ke peringkat kebangsaan, my ex-student dah jadi bomba.. tak malu pun nak tegur and lepak dengan cikgunya.. bila pergi hospital Daerah Lundu, nak lawat baby pertama cousin, terkejut tengok ex-student dah jadi nurse.. peluk cikgu happy tengok cikgu dia. ada yang jadi MA, ada yang jumpa cikgu di shopping complex tahan cikgu rupanya kerja sambilan di kfc, di singapore chicken rice, hah macam ke mana-mana boleh jumpa anak murid sendiri. tetiba terasa tua pula diri ini mihmihmih. Eksitednya bila dari jauh dah budak panggil cikgu and can sembang like friends now. 

I'm so thankful bila my ex student yang ajar atau tak ajar, atau hanya rapat disebabkan Persatuan Kadet Bomba (well setiap petang jumpa and hubungan sangat rapat dengan dorang :')) still wishing me "Happy Teacher's Day di facebook atau sms..hohoho Cikgu rasa terharu :')


 One of them is Divee. Inilah budak yang ayu rasa nak je ada anak macam dia. Berkepimpinan tinggi, bertanggung jawab , dan pandai dalam pengurusan. Memang harapan ayu ni dulu hehe..


Selain itu haaa ni la yang lucu, bila student beriya-iya nak tengok cikgu nya kahwin dan ada anak. ha haha nak gelak baca message ni. And for trish i hope you will succeed in blogging life :') hehe
Ni pun lucu "Hope u find your true person" thank you my beautiful chinese students .. agama dan budaya tak membezakan kita, tiada istilah pilih kasih dalam mendidik anak bangsa. I love all of them :) hehe ish ish ish.. ramai yang doakan ayu kawin.. hurm doa hari-hari k. manatau masin mulut :p

Happy teacher's day to me. happy teacher's day to my mum to.
happy teacher's day to my heart too. happy teacher's day to all of u yang bergelar educator..

semoga hati sentiasa ikhlas dalam mendidik anak bangsa.. 



Wednesday, May 14, 2014

(6 Gambar)Demam Temptation of Wife TV3.

temptation of wife youtube

Salam.. lama tak update blog, rindu! siyes. Siapa sini yang tengah demam telenovela Temptation of Wife? alah cerita filipin yang tengah main kat tv3 tu.. heroin Marian Rivera :) best giler. Rasenye satu Malaysia demam Temptation of wife ni.. ha ha ha.. semua tahu jer kalau ditanya.. ramai yang emosi giler tengok cerita ni. boleh menyirap darah tengok lakonan heidi dan ada ke perempuan selemah angeline yang tahan je tak berani nak lawan balik? ehh,, sakit hati, emosi berabis aku tengok cite neh. Rasanya nak je tolong angeline tampar dan tarik rambut si heidi balik, and tendang dia macam mana dia tendang angeline.. kejam giler pengarah ni. ha ha.. siap tak tengok harus mula lah tengok Temptation of wife ni supaya virus demamTempation of wife menular seluruh malaysia.. mihmihmih

Ni ha ,, sedikit sebanyak sinopsis pendek cerita Temptation of Wife.

sinopsis temptation of wife
tak sabar rasanya ayu nak tengok "payback time" angeline kepada Marcel dan Heidi. Tertunggu-tunggu masa Angeline berubah rupa jadi cantik dan membalas dendam... amik ko Heidi!

episod temptation of wife

episod temptation of wife youtube

Marcel letak mata kat lutut.. buek
hebat giler penangan lakonan Marian rivera ni

Penangan Tempation of wife.. sampai petang pun masih trending lagi ooo hebat-hebat. ini trending jam 6.30 pm semalam. Esok sama-sama kita ngedate tengok temptation of wife ni okeh! :)
temptation of wife youtube episod trending

Ingat janji kita esok ;)

sama-sama tunggu angeline berubah menjadi Chantal Gonzales :)
tak sabarnya


omaiigodd she's just like a queen.. so beautiful!


Tuesday, May 6, 2014

[Gambar Nikah]Almy Nadia dan Fizz Fairuz

Kalau dah tertulis jodoh tetap akan bersatu jua.. walau sebesar mana jua dugaan dan ujian, bila jodoh dah tertulis di Loh Mahfuz siap jodoh kita, maka keduanya akan bersatu.. akhirnya pasangan sejoli ini telah diijab kabulkan.. yeay happy for them.. ok apa yang menarik perhatian ayu adalah kombinasi warna baju nikah almy nadia dan fizz fairus tersangatlah cantik dipadankan dengan Pelamin kaler kuning. Nampak sangan menyerlah . Busana pengantin warna terkois ini sangat menyerlahkan kejelitaan dan ketampanan wajah raja sehari. Boleh dikatakan menaikkan aura seri pengantin..kan kan..Sesungguhnya ayu tak suka kaler kuning, tapi bila tengok gambar nikah almy nadia dan Fizz Fairus ni memang rasa tenang, and buat saya cakap,, i love pelamin kaler ni hohoho.. Maybe photographer ni pun patut menerima pujian,.. post processing sangat lawa. love it mucho mucho.. don't you? Jum layang gambar nikah Almy nadia dan pasangannya ok..
gambar nikah almy nadia dan fizz fairus
Busana nikah rona terkois ni sangat lawa

pelamin nikah almy nadia dan fizz fairus
Pelamin almy nadia sangat simple tapi gorjes gila..
permainan lampu menaikkan



veil nikah almy nadia
Veil nikah almy nadia sarat dengan lace and manik.. suker

gambar nikah almy nadia dan fizz fairus
cantiknya pasangan ni semoga bahagia hingga ke syurga

baju nikah almy nadia baju nikah terkois cantik
almy nadia sangat gojessa!!

gambar nikah almy nadia dan fizz fairus
Semoga perkahwinan mereka di berkati di dunia dan akhirat..
dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.. amiin..

pic courtesy: Almy Nadia