Wednesday, October 3, 2012

"Loser" kah anda buat orang tua macam ni?



Mungkin kita bernasib baik sedikit kerana tak perlu pernah sesusah ini untuk hidup..umur tua, badan dah tak sekuat waktu muda, perlu bekerja keras untuk sesuap nasi. Bezanya negara kita, mungkin oarng tua diperlakukan begini..

orang tua disuruh duduk seharian untuk meminta sedekah sebagai usaha untuk mencari rezeki. Di manakah tanggungjawab anak untuk menjaga ibu bapa? sanggupkah lihat orang yang sudah berhempas pulas memelihara kita dari kecil tapak kaki hingga dewasa, menatang kita bagai minyak yang penuh, terpaksa kerja keras walaupun di usia tua mereka? adakah ini balasan kita pada mereka? adakah mereka layak untuk digelar sebagai seorang "anak"?

Bukankah sepatutnya bila dah lanjut usia, orang tua sepatutnya duduk-duduk gembira, hati senang lenang tanpa sibuk mengerah tenaga untuk mencari sesuap nasi untuk sebuah keluarga, disebabkan tanggungjawab itu sepatutnya diambil alih oleh anak-anak. Usia tua patutnya digunakan untuk mengenang kembali kenangan manis sepanjang kehidupan, bersantai dengan anak cucu, dan berstatus bebas dari segala hutang piutang. if pencen awal, lagi baik! (oh ini untuk ayu,, tak boleh bayangkan nak pencen waktu umur 60 tahun....rasa nak nangis..sobsobsob..)


So, lakukanlah yang terbaik untuk ibu bapa kita. gembirakan mereka, dan jangan pernah digelar a LOSER sebab membiarkan ibu bapa kerja kuat sedangkan kita mampu untuk memelihara mereka..berapalah saja nilai perbelanjaan yang mereka gunakan, berbanding nilai perbelanjaan yang mereka telah belanjakan sepanjang memlihara dan membesarkan kita selama ini?

Wang boleh dicari, Ibu Bapa tiada ganti..
Berbaktilah kepada orang tuamu,
InsyaAllah rezeki lebih berkat,
sedikitnya cukup..lebihnya dapat dibahagi-bahagikan...

renung-renungkan... :)






Tuesday, October 2, 2012

Petua Menangani Stress: Help me!


tons of works awaiting me since lasts week
takde masa nak update blog,, nak main facebook,
nak bertwitter...nak...oh macam-macam...kerja macam orang gila..
otak pun rasa, tak betul bila pergi kerja pagi tadi.
bukan sebab Monday Blues, tapi banyak tul benda nak submit..
otak tak fokus, buat satu kerja, otak fikir kerja lain belum siap..aduii fening the very memeningkan..

sampai lain orang tanya soalan, bagi lain jawapan..
memang dah biol rasanya..
untuk itu, waktu stress banyak kerja, kerja menimbun macam segunung
tak habis-habis jugak...maka pengurusan stress amat lah penting!
petua menangani stress juga penting, kalo tak..boleh sewel aku ni!

siapa yang banyak kerja macam saya sila buat perancangan yang betul..yang penting didahulukan, dan yang penting sekali, buaaaaat je kerja tu, jangan fikir yang ni belum siap, yang 'nun' pun belum, kalau tak,, semuanya tak jadi dan otak pun stress tahap menggilakan..
(hahhaa memang kes merogol bahasa..:p)

buat ja satu persatu, InsyaAllah tanpa kamu sedari kerja dah siap....
me? huhuhu...belum siap lagi......last2 kepala pening, stres,,..jawabnya TIDO..hihihihi..
ubat yang paling mujarab! adios ;)



p/s: saya ada BE baru lagi..tenkiu Libresse! cayunk!! :)