Showing posts with label maybank2u. Show all posts
Showing posts with label maybank2u. Show all posts

Wednesday, November 9, 2016

Bagaimana hendak daftar Maybank2u.

Assalamualaikum w.r.t..kerja harian menyebabkan kita sibuk hendak melakukan kerja bayar bil, transfer duit di atm, pantau keluar masuk duit, bayar ptptn, beli tiket online dan macam-macam lagi. Untuk itu, penggunaan online banking amat amat perlu pada zaman ekonomi digital ini. So kite just nak share bagaimana hendak daftar Maybank2u. Buat korang yang dah ade maybank2u tu boleh baca previous entry pasal bujibu chempel dan jellybean lah ek.. hehe


1. Pertamanya mesti ada akaun maybank. Buka akaun maybank di branch yang berdekatan.
2. Seterusnya aktifkan internet banking di atm machine.
  • pergi ATM Machine
  • Pilih Maybank2u services ---- select M2U/ Phone banking/ Sms alert
  • Masukkan no pin 6 digit anda
  • akan ada resit no pin anda tadi ( ini bermaksud anda dah buat penetapan no pin Maybank2u anda)
3. Seterusnya, aktifkan internet banking di internet . Pergi ke laman web rasmi Maybank 
  • Sila login dan klik first time login?
1bagaimana hendak daftar maybank2u
  • Anda akan melihat video pendek dan button continue akan kelihatan. Klik continue.

cara hendak daftar maybank2u
  • Anda akan diberikan beberapa soalan seperti dibawah dan sila jawab dengan betul..nanti tak pasal-pasal tengok video pendek lagi sekali.. Jawapan atas sekali ye cik adik kakak..dan soalan kedua (Do not enter the password....). Habis jawab, klik check.


cara hendak daftar maybank2u
  • Seterusnya klik continue. Paparan skrin akan keluar Congratulations. You may now proceed with your first time login process and enjoy your digital banking experience with m2u.
  • Terms and conditions akan dipaparkan. Sila klik Accept.
  • Paparan skrin akan seperti di bawah. Nota penting: sila pastikan laman web rasmi ade https ye utk pastikan secure.

daftar maybank2u mudah
  • Masukkan access no ( nombor kad maybank -- sila lihat pada kad atm anda, ada 16- digit semuanya)
  • Masukkan no pin yang telah anda tetapkan di langkah permulaan tadi (yang dipilih semasa di atm machine tu)
  • Seterusnya paparan skrin baru akan keluar.
  • Masukkan username dan password yang ingin anda gunakan untuk login Maybank2u.
  • Pilih jenis imej dan phrase untuk verify itu adalah anda setiap kali melakukan online banking. Klik Submit.
  • Pilih juga 3 soalan keselamatan dan jawab soalan tersebut. Pastikan anda ingat jawapan soalan ini ya. Then, klik submit.
  • SIAP!!
4. Seterusnya anda hendaklah pergi ke kaunter Maybank yang berdekatan untuk mengaktifkan           nombor TAC .
  •  Langkah ini penting kerana setiap kali transaksi online maybank akan menghantar no tac untuk memastikan keselamatan akaun maybank2u anda.
  • Minta borang electronic banking services Application form
  • Isi nombor telefon anda yang aktif
  • Tunggu sehingga nama anda dipanggil--bagi ic dan jap cari
  • ok Done! 
Sekarang semuanya telah siap. Anda boleh buat online banking bila-bila masa, Semuanya menjadi senang dengan digital online banking. semuanya di hujung jari anda :) Senang je kan hendak daftar maybank2u?


oh yaa... korang juga boleh baca entri kenapa mayban2u takleh login dan maybank2u disekat





Wednesday, August 10, 2016

Boleh mohon passport online!

cara mohon passport online

Whooaaa ini berita baik! maklumlah sekarang kerja bukan senang nak uruskan passport cara biasa di Jabatan Imigresen semata-mata nak buat permohonan passport ataupun pembaharuan (renew) passport. Dengarnya ada yang kena beratur panjang semata-mata nak amik nombor giliran, tu pun ade yang terpaksa gigit jari bila nombor giliran habis .Ataupun boleh uruskan di UTC.. tu pun kalau tidak penat bekerja di siang hari. Untuk itu, sejajar dengan permasalahan ini, Jabatan imigresen akan melaksanakan sistem permohonan dan pembaharuan passport atas talian (secara online) seawal September 2016 ini. 

Dengarnya akan dilakukan 100 peratus atas talian. Ini mendatangkan kesenangan kepada ramai pihak. Cara-cara permohonan passport online nanti kita akan pelajari sama-sama ok? sebabnya ayu pun nak buat jugak. Namun dah kerja pagi petang, hujung minggu pulak nak rehat..hurmmm memang tak laaa... ni dah ada alternatif baru boleh mohon passport secara online secara tidak langsung menyelesaikan permasalahan buat saya. I'm so happy to hear this news! Tak yah penat beratur, cuma click di hujung jari. Oh ya, dengar-dengar pembaharuan kad bank maybank pun boleh mohon secara online juga kan. Nak mohon kad bank maybank secara online juga. Betulke kad bank maybank boleh customized?  Oh seronoknya ada pembaharuan servis sebegini.. Tak gitu?


Saturday, November 30, 2013

(5 gambar)Maybank2u New Interface 29 November 2013 | It take forever to login!

(1)maybank2u new interface 29 nov 2013

Bangun pagi buka Maybank website. click maybank2u.com.my tengok interface maybank2u baru. mula-mula takut nak login ke tidak. not like used to be. ingatkan eh jari menaip url yang betul ke? memang look lain and ingatkan oh website tipu ke ape an..biasalah sekarang, dunia it guna jari pun boleh kalau nak amik hak orang, amik duit orang. ok, tersasar jauh dari topik utama. back to the topik utama.

(1)maybank2u new interface 29 november 2013
takut-takut nak login Maybank2u lagi. bila dah taip username belum sempat nak taip password lamanya loading. haiyaaa, maybank2u. mu buat gua sakit hati. mu dah tau kan gua tak reti nak sabar-sabar dalam bab online ni ha ha.. tak puas hati, ayu cuba refresh. ingatkan line tak elok. line lambat. and cuba lagi. ok loading still lama. and it takes forever. sampai darah naik. sikit la. ;p tak puas hati nak kena tanya En Google ni.

"Encik Google encik google, adakah Maybank2u pakai new interface pada 29 november 2013? Lambat betul loading page nya" 

Encik Google pun menjawab berserta attachmentnya seperti korang tengok dibawah.

(1)maybank2u new interface

rupanya ada yang sama kes dengan ayu takut nak login maybank2u, tanya dengan admin maybank2u page adakah maybank2u pakai new interface. Dorang menegsahkan maybank2u pakai new interface. so jangan rasa takut nak login ok.


haaa yang dua lagi tu akan menyebabkan loyal customer maybank2u merindui maybank2u old interface. yang ringan je, yang mudah je nak login. lambat nyer nak loading page. terlampau berat, speed lambat. sabar ye semua.

(1)maybank2u new interface

maybank2u new interface 29 november 2013

Buat yang menggunakan maybank2u untuk bisness memang terasa kehilangan maybank2u untuk pagi ini. ha ha.. pastinya ada asa nak marah. well they've tried their best to upgrade the system.. korang cuba and cuba bila dah okt inform me k.. i nak minum air sejuk biar panas badan berkurang, hati sejuk and cool dulu..bye bye..

nak baca lagi.. head to facebook maybank k

updated news: 30/11/13 --- Maybank rolls back to their old interface. yeay! xde slow loading lagi. hoyeahh!