Tuesday, October 8, 2013

e-Penyata Gaji anm digodam


Hurm..heboh kisah e-Penyata gaji kena godam. Sampai takut nak check slip gaji online beb. Ayu ni jenis yang tak kisah sangat dengan slip gaji online ni, tahu-tahu duit gaji bulan tu habis dah..hehe. jiwa muda. boros. Tetapi bila dengar kes ade cikgu hilang gaji cuak gak. Padahal tu la yang ditunggu. Sampai hati betul hackers buat kat orang macam tu. Dorang ni dah macam kes samun cyber, nak hidup senang menyusahkan orang. kreatif sangat nak menipu dan ambil hak orang lain.

Untuk langkah berjaga-jaga, sila jangan update maklumat peribadi lagi-lagi no akaun bank (gaji) jika diminta oleh sumber yang tidak dikenalpasti.

makluman buat penjawat awam

Tapi sistem e-Penyata gaji atau slip gaji online ni dikhabarkan dah ditambah baik. Rasanya ada baiknya untuk update no h/p dan email supaya notifikasi akan dihantar kepada anda secara sms atau email sekiranya anda reset kata laluan. Alaa macam sistem yang dipakai online banking tu. Rujuk entry INI.


Hopefully ciri-ciri keselamatan membantu semua penjawat awam..
oh ye,, Happy pay day dua hari lagi..!! :)



Friday, October 4, 2013

blog tak update siapa nak baca??

Assalamualaikum w.r.t. pembuka bicara..
hai sopannya lah alahai..anak siapa lah ni. Rindu nak menulis blog sampai tak terkata. padahal banyaknya dalam kepala. tak tahu bagaimana nak mula. :) 

Lamanya tak online..entry terkakhir adalah Shiseido Black Mask Review kira-kira tiga minggu yang lalu. Busy dengan kerja busy dengan kegiatan sekolah. dan selama itulah tak balik rumah, kesian my parents...Sedih bila my dad message and suruh balik sebab lama tak balik- he's just sedih anak-anak jauh dan mak bapak berduaan sahaja di rumah. 

Kenapa lama tak update blog? sebab kedua -laptop rosak. Ha ni kisah sedih saya yang kedua. Waktu broadband dah kena bar and limited access nak online..maklumlah bayar nye lambat ha ha ha,, so time nak dapatkan line yang kira stable ayu letak my lappy kat tangan kerusi. ingatkan stable sekali terbalik tak sempat pun nak selamatkan. memang terbalik. nasib screen laptop tak rosak. Dengan harapan menggunung tinggi, on laptop it says "disc read error" naaaaaaa hard disc rosak.huh melayang duit. padan muka. akibat nak save rm68 (sebab malas bayar cepat sebab belum sampai pun satu bulan pakai) dah terpaksa keluarkan rm300. hohoho nangis :') xpelah rezeki cina yang baiki laptop tak apelah. ayu sedekah.. cheyyy mengharapkan duit sedekah tu balik berganda kat ayu lagi. amiin.


walaupun ade smartphone tak sebest online gua laptop. kepuasan tu kurang. dan tangan panas..tak suka tak suka. so now..banyak cerita tertunggak dari ayu. so nantikan...eh ade lagi ke my blog readers? blog tak update ade yang nak baca ke?? huhuhu sadiss sungguh!

eh by the way..new Samsung GALAXY Note 3 looks tempting laaaa! aaaaaaaaa... please jangan goda saya!! tengok features nya yang menarik the bomb kat SINI..offer baik punya lah apepun adui ter 




chiow! till then, xoxo
beautiful :)