Hahaha..ini lambat gila nak update blog! 15 hari berlalu selepas Tahun Baru..rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan Happy New Year my blog readers.. semoga tahun ini lebih memberikan kegembiraan, kebahagian dan kegemukan kepada kita semua hihi.. sebut gemuk sebab dalam dua minggu persekolahan ini secara puratanya (wah cikgu maths kekonon bermadah pujangga) ramai yang bagi komen "ayu dah berisi, nampak chubby, comel, montel, berseri-seri" ahaha dari ex student, student, cikgu perempuan, malah cikgu lelaki komen..malu plak rasanya..
Ok back to the main topic.. Review filem Dilwale lakonan hasil gandingan Kajol dan Shah Rukh Khan. Aww so sweet..Siapa tak rindukan gandingan pasangan mantap Kajol dan SRK? kasila filem hebat lain kalau lakonan orang lain takde maknenya. So siap pujuk kesayangan minta teman nak menonton sama walaupun ade kebimbangan di hati bahawa si hero bakal tertidur semasa filem ditayangkan. Haaaa... i tak peduli!! tehee.. i tarik and bawa, si dia rela hahhaa...well cinta punya pasal. Masuk hall dengan hati berbunga-bunga, and penonton ramai walaupun tayangan bermula jam 8.30malam.
Dilwale is quite interesting film dengan mengetengahkan babak lucu dan kelakar sewaktu flashback kisah cinta antara Meera dan Kaali. Sampai habis tayangan pun masih ingat si Pogo. Kelakar hingga satu pawagam gelak sama-sama. Ade typical scene yang time nyanyi-nyanyi hujan pun turun..memang mengimbau zaman kecintaan pada filem bollywood dulu-dulu. Bising satu pawagam, penonton semua sporting gila..! Dilwale memaparkan kisah cinta sejati, kalau dah jodoh pasti akan bertemu jua. Cinta dan kasih sayang antara adik beradik. Babak cinta yang sweet antara Meera dan Kaali especially date selama 5 minit. ahh ayu rasa terjatuh cinta balik bila tengok scene tersebut. Senyum sampai ke telinga, dan berangan dan terus berangan. Pemandangan cantik-cantik dalam klip video. memang tabik spring kat dorang pandai cari tempat shooting, siap ade pelangi ooo.. Bila tengok video clip lagu..Kajol nampak cantik gilaaaa, lawa gilaaaa, manis gila. I'olls dua kali tengok Dilwale. sekali lagi layan dengan adik-adik (kalau tengok kajol cantik je mesti tengok adik sebelah and bagitau "aaaaaaaaaaa cantiknya kajol!!!" actually the worst part is and to tell you the truth, i'olls perasan diri ini kajol hahaha .
nonton bersama cinta hati
kesian kena paksa rela tengok Dilwale & this is his first Bollywood film. Lol!
he didn't sleep at all tapi siap sempat beli popcorn..adoii
yang penting dia pun siap gelak jugak and kenal si Pogo! haha
oke lah dari berdengkur kannnnn?
bye!
jalal and pogo :)
ReplyDeletesweet gak cte dilwale ni kan?
tu ramai tak habis lg demam dilwale ni ...huhuhu
Ramlal dan pogo :')
DeleteHi. Cerita ni boleh tahan jugak. Btw, awak salah eja kat tajuk tu.
ReplyDeleteJemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/
e'in pun dh tgk cite nie.. download je.. hihi
ReplyDelete