Wednesday, March 18, 2015

Ular melingkar di atas pintu!

haa..assalamualaikum w.r.t.. lama dah tak update blog
sangat-sangat sibuk awal tahun ..sampai 3 minggu dah tidak update blog hue..

bagi yang follow instagram mesti dah rasa kisah ni basi..2 minggu dah berlalu kejadian..tapi nak jugak masukkan dalam blog, sebab blog ni nak simpan behind the scene of my life..(serba sedikit, not all :'))
Ni lah kisahnya bila tiada lelaki di rumah. Al kisahnya.. dah ready nak mandi ni. sempat lagi main ikat-ikat rambut tengok muka kat cermin di tepi bilik air..biasalah perempuan, banyak songeh sebelum buat perkara yang sepatutnya he.. then on lampu..nasib mata ni tengok atas (memang bernasib baik, sebab biasanya jenis redah je tanpa ada rasa sangsi). Tiba-tiba mata terpaku tengok benda pelik. Kulit ular... ieee geli betul..terus ayu undurkan diri and peek ular tu untuk kepastian..memang sah ular! Hati dah nervous, nak nangis tapi memang tak dapat nak nangis. hati dup dap dup dap ketakutan. Nak tangkap takut. terus tutup pintu bilik (takut ular tu turun and pergi tempat lain) sebelum turun cari jiran kat bawah, kak liza dan suami. Bukan main bawak buluh ni, sekali dia pun tak berani sebab rasa ular tu berbisa. Then dia call bomba je..untuk senang sebab Jabatan Bomba dan Penyelamat just next block sahaja..aku ketakutan di dapur..


 

inila hero yang menyelamatkan aku! hue


tengok ular ni..menakutkan!

esoknya di sekolah kawan warden tanya kenapa kereta bomba datang rumah? haha and sy malu2 cerita kisah ular melingkar di atas pintu. ada yang bagitau petanda ular masuk rumah.. mungkin ada yang nak masuk meminang.. oh itu rasanya kalau mimpi,, ini datang betul betul oo..  hehe no lah.. still single and available :)

p/s: hairan kenapa blog pinkbubblegum ni boleh direct ke blog entah ape-ape..site yang di jual.. kenapa eh? korang boleh baca entri ni taua tak? huhu...sakitnya tuh di sini..how to buang?