Thursday, January 31, 2013

Baju nikah Peplum Marie by Nurita Harith

Rasanya nama Nurita Harith tak kedengaran asing lagi, sejak collection baju raya dikeluarkan dulu..Fashionista pasti alert dengan perkembangan dunia fesyen di Malaysia btol tak? Cantik, and i really love the soft pastel colour, feminine look, dengan material chiffon yang flowy ala-ala princess. For the-bride-to-be memang CUN sangat dan sesuai for your big day.
baju akad nikah mint
baju nikah apple mint

baju nikah simple

baju nikah 2013
cantik kan baju nikah Marie by Nurita Harith yang dipakai oleh 
blogger Nameeroslan on her wedding day..super gorjes!

akad nikah peplum warna cream
baju nikah looks classy and very elegant untuk pengantin

design wedding dress lain yang super hot juga..
yang simple boleh buat baju akad nikah dan baju tunang
kalau yang nampak grand sikit boleh pakai waktu majlis resepsi perkahwinan korang yer tak?

baju pengantin 2013
like like like all the design..sesuai dengan citarasa ku! simple yet elegant

oh memandangkan kita cerita pasal design Nurita Harith,
alang-alang nak kongsilah..ini adalah koleksi baju hari raya yang dulu..huuhu jaw dropping.
nak nak nak!! cantik semuanya dusty pink, mint, putih
semua warna kegemaran.. *rambang mata


almy nadia
baju peplum almy nadia peach kat tengah-tengah ni pun cantik kan? dress Neelofa pon apae kurangnya?
ok dah dah out of topic..baik out daripada merapu, tak dapat nak berhenti ni kalau dok melayan baju semuanya cantik-cantik..semuuuuuanya nak, dah sekarang shopping di hujung click, duit macam air je mengalir..hohoho

Juga berkaitan :



Tuesday, January 29, 2013

5 Gambar pelamin cantik pilihan : Gorjes u'olls!

Tak lama lagi cuti Tahun Baru Cina, mungkin ramai yang ambil kesempatan untuk berkahwin masa tu kan..ambil masa cuti senang nak uruskan perkahwinan..dah fikir tema pelamin perkahwinan? masih bingung lagi nak pelamin indah cantik dihari bahagia tapi tak tahu nak design macam mana? jom ayu nak share ngan korang idea pelamin indah (kat mata ayu la...sebab kan sebab...ayu suka kombinasi warna pada pelamin..Pelamin putih pink ungu..comel-comel sweet untuk gadis or bakal-bakal pengantin yang comel dan gorjes semua...khas untuk korang tau! jom terjah 5 idea pelamin cantik sekarang! :)

Idea Pelamin Leuniey Natasha...cantik

suka pelamin putih ungu si cantik ini yang punya.. :)

gambar pelamin putih pink dan bunga

alolo..comelnya pelamin ni..idea pelamin putih pink tema ala garden wedding

pelamin putih ungu..

ok sorry, semuanya putih ada sentuhan ungu dan pink..kombinasi cantik untuk gadis girly ala-ala barbie doll..gedik ckit jangan terlebey.,.itu yang mahal tu hehe,, tema pelamin kaler lain akan dikongsikan akan datang orite? ayu buat ikut tema warna...hehe stay tune ya bakal pengantin yang gorjes semua.. till then, xoxo, publish!

(feeling-feeling Lisa Surihani jap. sila jangan muntah :p)

Monday, January 28, 2013

Gambar Perkahwinan Rizal AF | by Santubong Bridal

Memang cantik memang sepadan pasangan mempelai, Rizal AF dan isterinya Maria, stewardess firefly. Cantik, averything is gorjes. Daripada pelamin hasil sentuhan Santubong Bridal, Kuching Sarawak, makeup pengantin, sehinggakan pakaian pengantin memang a jaw dropping!!..kat mana-mana letak lensa kamera pun tak nampak cacat celanya, everything perfect, cantik! I love it. Jom layan beberapa gambar perkahwinan Rizal AF dan pasangannya..jom layan..


bini cantik slim tinggi..fuhh




terpaksa dancing secara spontan bila penyanyi jemputan ask them to..
bride and groom are so sporting!


seriously pelamin cantik sangat..pelamin bertemakan putih, pink and baby blue..
suka suka suka..siapa nak kahwin bolehlah ceduk idea pelamin cantik daripada Santubong Bridal ni
kerja memang tip top!

hahaha nak jugak tepek satu gambar..walopon mukaku macam pinggan setapak, besau..
hehe angle tak cun!! keh3..(salahkan angle pulak.. :p)

dah dapat idea pelamin cantik putih pink, nah ayu share idea baju pengantin untuk akad nikah dan bertunang untuk korang yang bakal bergelar raja sehari.. :)











Sunday, January 27, 2013

5 gambar Siti Nurhaliza terbaru : makin anggun berhijab!

Dulu-dulu, waktu zaman sekolah kalau siti Nurhaliza ada album baru..mesti ayu beli. wajib beli, sebab minat punya pasal. Ingat lagi zaman tu CD or DVD dia harga rm44++ macam tu kalau tidak silap ingat. Memang minat siti, sebab kulit dia cantik! putih, gebu, mulus, bersih daripada noda-noda dan jerawat. salute habiss..Kalau lihat imej terbaru Siti Nurhaliza yang berhijab pennuh, comelnya siti. Jum layan beberapa gambar Siti Nurhaliza bertudung litup..Jom!




comel betui...anak siapa la ni...





Friday, January 25, 2013

Kontroversi Liyana Jasmay (Gambar pra-perkahwinan tersebar)

kontroversi gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan tunang
Hidup artis tanpa dilanda kontroversi panas memang tidak sah..walaupun tinggal kurang dari 14 hari lagi Liyana Jasmay hendak diijabkabulkan dan bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan, 28 seorang ahli perniagaan. Detik bahagia yang dinanti-natikan adalah pada 2 Februari depan. Gambar pre-wedding mereka telah menjadi kontroversi, dikritik ramai dengan tersesebarnya aksi mesra merpati sejoli ini.

Ternyata ibu Liyana Jasmay kesal dengan gambar romantik Liyana Jasmay dan tunang telah tersebar. Perasaan kesalnya telah diluahkan di dalam akhbar Sinar Harian..dan lebih terkejut apabila terdapat kenyataan balas daripada Saiful Nang mengenai isu gambar pra-perkahwinan Liyana Jasmay tersebut. Saiful Nang adalah Pengasas Candid Syndrome, pasukan yang mengambil gambar pre-wedding beliau..panas jugak gosip panas ni. Tak menyebelahi mana-mana pihak..Suka Liyana Jasmay sebagai artis yang santai je berlakon dan lakonan sampai ke hati..Saiful Nang pulak photographer yang amat ayu kagumi, cantik-cantik gambar kahwin dia ambik..hurm..diharap kontroversi berkenaan gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay ini tidak berlarutan, berilah peluang untuk beliau fokus dalam persiapan hari bahagianya nanti. "Tiada insan suci yang tiada masa lampau, dan tiada insan berdosa tidak mempunyai masa depan.." eh tetiba feeling drama Setia Hujung Nyawa pulak.. peace no war.. :)

sumber: Sinar Harian




Thursday, January 24, 2013

Dandelion's wishes.


Do you love dandelions?
I really do. So much!
always saw dandelions in chinese movie

It represents the dreams, wish and promise and hope
blown away by the wind and make us believe in all of it.

lets view many beautiful dandelions picture i want to share to all of you..




believe in dandelion's promise
when we can't wait for the shooting stars to make a wish



beautiful dandelions picture



p/s: A promise made when we growing up together
it's so sincere..




Monday, January 21, 2013

All new Suzuki Swift 2013 3rd Generation : wow!

new suzuki swift 2013 third generation
wahh... Model Suzuki Swift Baharu 2013 Generasi Ketiga telah pun dilancarkan. Difahamkan New Suzuki Swift dilengkapi lagi dengan ciri-ciri keselamatan, lebih besar dan sporty. Huh, tegok pun sudah tau, New Suzuki ni lebih sporty daripada yang dulu, tengok rim la beb..berbeza dengan Suzuki Swift Superman ku itewww..ok check di sini. Model Suzuki Swift yang baharu ini dikatakan lebih panjang dan lebar sedikit berbanding Suzuki Swift terdahulu, kerana panjang suzuki swift model baru. rasanya ini perubahan ketara pada Suzuki Swift yang comel lote itu.
interior model suski swift 2013 baru

model suzuki swift generasi ketiga malaysia
Jom lihat dalam pulak interior New Suzuki Swift ataupun dashboard dia. Suzuki Swift baru dilengkapi dengan pelbagai aksesori standard, Pemain CD player two-DIN unit audio dengan fungsi mp3 dan usb. masih mengekalkan keyless entry go (pembukaan pintu tanpa kunci sama macam Model Swift 1.5) dan yang best New Suzuki Swift ni ada push start button untuk menghidupkan enjin! nice..suka ciri ni..Selain dari itu, ada suis audio pada stering, kawalan iklim secara automatik, Dual SRS airbags, Anti Lock bracking system (ABS)dengan sistem motor speed regulation untuk pengendalian yang lebih baik , Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA) untuk ciri-ciri keselamatan.

new suzuki swift photo

new suzuki swift 2013 hatchback
New Suzuki Swift Third Generation ini mampu mengurangkan penggunaan petrol sehingga lima peratus. Enjin baru adalah lebih lancar dan halus, membuatkan pemandunya berasa selesa..walaupun sedikit perubahan, tapi banyak kemajuan yang boleh kita lihat..oh I love Suzuki Swift!






Sunday, January 20, 2013

Cinta Tiga segi : Adi putra, Wawa Zainal dan Shah Jazle?

Cinta Pertama terpahat Selamanya..Is it true? Apa pulak kaitan dengan Cinta tiga segi di antara Adi putra, Wawa Zainal dan Shah Jazle? Percayalah...semuanya dalam drama Cinta Qaseh lakonan artis perempuan yang cantik giler, Wawa Zainal dan jejaka kacak, Shah Jazle serta Lelaki idaman Melaya, Adi putra. Kedua-duanya, Wahyu (lakonan Adi putra) dan Arash (lakonan mantap Shah jazle) berusaha memenangi hati Qaseh (lakonan wawa).. 

Drama Cinta Qaseh ni ditayangkan pada setiap malam selasa, selama satu jam dari 9.00 malam hingga 10.00 malam, mulai 1 Januari 2013. Benarkah Cinta Pertama terpahat selamanya? jangan lupa janji untuk tonton drama sama-sama nanti okeh!.. sebab kenapa ayu layan drama dalam slot Lestary tv3 ni? sebab...wawa zainal cantikkkk sangat.. Shah Jazle kacak dan hensemmm sangat, bergaya lagi-lagi ada kamera kat tangan ngehngehngeh...memang sepadan betul dorang jadi couple, lawa dan hemsem bagai pinang dibelah dua. tambahan background drama cantik..ada Taj Mahal di Agra, India.. Jum layan gambar dari drama Cinta Qaseh...layan


owh lawanya wawa zainal , Shah Jazle kamoo ganteng bangat!




bahana cinta tiga segi


aww comel wawa



Shah Jazle dan taj Mahal India..

gambar dari budiey.com