Friday, September 28, 2012

Antara Intipati Menarik Bajet 2013




Sepetang kita mendengar pembentangan Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak. Semua mengharapkan sesuatu yang dapat membantu mensejahterakan rakyat. Umumnya, Bajet 2013 berjaya mengimbangkan objektif-objektif yang ingin dicapai. Dengan tema Bajet 2013 “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati”, bajet ini mampu memberi senyuman kepada mereka yang berkenaan.


Ekonomi Malaysia dijangka akan berkembang kukuh 4.5%-5% bagi tahun 2012 yang dipacu oleh pelaburan swasta. Kutipan hasil kerajaan persekutuan dianggarkan meningkat kepada RM208.60 billion untuk untuk tahun 2013 berbanding RM207.20 billion pada tahun 2012.


Antara intipati menarik Bajet 2013 ini adalah seperti berikut:

·   Kerajaan mencadangkan Skim Perlindungan Insurans Berkelompok untuk penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

·   Skim ini akan member perlindungan maksimum sehingga RM5000 dan kerajaan akan membiaya skim in dengan peruntukan sebanyak RM16 juta setahun.

· Perbadanan Nasional Berhad akan memperkenalkan program “Business In Transformation” menggunakan model ‘licensing” atau “franchising” PNS akan diberi pinjaman sebanyak RM25000 bagi “licensee” dan RM500,000 kepada “licensor” dalam usaha untuk memodenkan perniagaan penjaja dan peniaga kecil.

·   Bagi tujuan untuk menghargai sumbangan para nelayan, kerajaan telah memperuntukkan elaun bantuan sara hidup RM200 sebulan dan insentif 10-20 sen per kilo bagi hasil tangkapan.

·  Bajet 2013 juga memperuntukkan RM350 juta dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dimana RM50 juta untuk masyarakat India, serta pembiayaan dari TEKUN bagi usahawan kecil dan sederhana.

·      Pelajaran adalah amat penting untuk melahirkan generasi dan bangsa Malaysia yang Berjaya. Untuk itu, Bajet 2013 telah memperuntukkan RM38.70 billion kepada Kementerian Pelajaran ataupun 15% daripada seluruh peruntukan.

·   Peruntukan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

·   Bajet 2013 juga memberikan senyuman kepada lebih 50, 371 pesara di seluruh Malaysia kerana pencen minimum dinaikkan kepada RM820 untuk pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.

·   Kerajaan mencadagkan pengurangan caj pemprosesan passport untuk warga emas, dan perkara ini turut diluaskan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah.

· Tambahan sebanyak RM1 billion kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah juga diperuntukkan dalam Bajet 2013.

·  Rm1.2 billion diperuntukkan juga untuk pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA dan JPNIN.

·   Geran pelancaran sebanyak RM10 000 diberikan kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Swasta.

·  Kerajaan akan melancarkan “Graduate Employability Blueprint” dengan peruntukan sebanyak RM200 billion, sebagai salah satu cara untuk membantu para graduan yang menganggur.

·    Bagi mengurangkan kadar jenayah, perjawatan baru polis ditambah, Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal – rondaan 1000 motosikal di kawasan perumahan, selain tambahan 10, 000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah tempat Pihak Berkuasa Tempatan.

·      Pembinaan 441 km jalan luar Bandar dan jalan perhubungan desa dijangka akan memanfaatkan 220, 000 penduduk.

· Projek bekalan air akan memanfaatkan 24 000 rumah dan penyambungan elektrik akan memanfaatkan kira-kira 19, 000 rumah.

·  Program Desa Lestari akan melibatkan 29 kampung serta memanfaatkan 38,000 penduduk, selain RM88 juta diperuntukkan untuk Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat Orang Asli.

·      Sebanyak 40 000 tangki air di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak akan dibekalkan.

·   Skim Rumah Pertamaku (SRP) akan diperbaiki untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia dapat memiliki kediaman pertama dengan harga yang lebih murah daripada harga di pasaran.

·  BR1M 2.0 : sebanyak rm500 diberikan kepada isirumah berpendapatan kurang daripada RM3000 dalam Bajet 2013.

·     Pengurangan subsidi gula sebanyak 20sen, dan menambah subsidi minyak masak iaitu RM1.5 billion.

·      Tambahan 57 buah kedai 1Malaysia (KR1M) di Sarawak, Sabah dan Labuan.

· Bantuan bagi para pelajar iaitu sebanyak RM100 juga diberikan mulai Januari 2013 akan memanfaatkan 5.4 juta pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Diharapkan ini dapat mengurangkan beban ibu bapa di musim persekolahan awal Januari 2013.

·   Selain itu, baucer buku sebanyak RM200 juga masih dikekalkan untuk membantu pelajar Tingkatan 6 dan IPT.

·  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) : hutang perlu dibayar dan tidak mungkin akan dimansuhkan. Namun insentif diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan hutang PTPTN sekaligus bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September, 2013. Selain itu insentif diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada peminjam PTPTN yang membayar hutang secara consistent dan berjadual.

·      Dan yang paling ditunggu-tunggu adalah………Bonus Bajet 2013 : Pemberian 1 bulan setengah bonus diberikan kepada semua penjawat awam. Syukur Alhamdulillah, walaupun sikit, tapi amat bermakna..:)


Pada hemat ayu, pemberian insentif PTPTN menggalakkan kebertanggungjawaban seseorang peminjam PTPTN agar bermotivasi untuk melunaskan hutang PTPTN dengan adanya insentif sebegitu…yela kan,, kalau nak dimansuhkan apa lah dana yang boleh membantu orang lain yang tidak berkemampuan. Usahlah pentingkan diri sendiri, ingat jugak kesusahan orang lain ok. Tu yang nak highlight tu..:p 


Namun apalah maksudnya dasar dan perancangan yang hebat sekiranya pelaksanaannya kelak kurang cepat dan berkesan. Pelaksaan adalah paling penting, InsyaAllah pelaksanaan adalah sebaik perancangan yang telah ditetapkan. Diharap Bajet 2013 ini memberi kesejahteraan kepada rakyat dan memakmurkan Negara selaras dengan Tema Bajet 2013 itu sendiri “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati”.


p/s: seronok dapat Bonus Penjawat awam 2013---- satu bulan setengah yeay!! $_$


sumber: twitter PMO dan MNTR







Thursday, September 27, 2012

Contact lens murah: Cantik 'instant' tapi merbahaya!


Gadis mana yang tak nak kelihatan cantik? dan siapa yang tak nak ikut trend terkini supaya tak kelihatan outdated? Malah berkaca mata dikatakan old-fashion, kolot, soo kampung dan nerd membuatkan ramai mengambil keputusan untuk menggunakan contact lens. Fesyen sentiasa berkembang. lambakan Contact lens cantik dan murah amat membantu gadis untuk transform dan 'make-over' kan diri untuk kelihatan menawan di hati arjuna. Dengan adanya contact lens barbie doll yang membuatkan anak mata hitam besar, didatangkan dengan pelbagai warna (nak feeling-feeling omputeh u), buat mata seolah-olah basah berkaca..rupa akan berubah serta merta..daripada rupa gadis biasa, berubah penampilan ok, cantik, gorjes, lawa, menawan..semualah! all in the pakej..so siapa tak nak cantik instant? Dari mata turun ke hati..boleh tambat hati lelaki lagi.. :)


I never use contact lens walaupun hati teruja tengok adik-adik gilakan contact lens..memang berubah, mata boolat gitu..tipulah kalau ayu cakap tak pernah terfikir nak beli contact lens, after seiing them "wah hazel mata ko mak jemah!! cantiknya..nanti nak beli jugaklah" Walau macamana pun godaan dari si hati, kata-kata manis yang keluar dari bibirku yang merah merekah ini saja,  si akal akan mudah terpedaya dengan itu semua..Dia akan cakap STOP! tak payah, contact lens have direct contact dengan mata, dan mata adalah segalanya! Yes, segalanya..You should never risks your eyesight/eyes for cheap contact lenses! Mata rosak tiada galang gantinya..sayangilah mata anda, untuk melihat, untuk menikmati keindahan dunia, Keindahan alam semesta ciptaan tuhan. Syukurlah dengan kecantikan yang ada...


Personally ayu setuju dengan tindakan kerajaan kerana menguatkuasakan Akta Peranti Perubatan 2012 yang berkuatkuasa pada Disember 2012 ini agar memastikan contact lens yang dijual adalah berdaftar dan berlesen. Penguatkuasaan ini adalah penting untuk membendung lambakan penjualan kanta lekap murah di pasar-pasar malam dan online shop yang kurang diketahui adakah ianya berkualiti dan menepati aspek keselamatan jika digunakan..Remaja-remaja kini pun tidak pasti apakah jaminan keselamatan pada mata jika mereka menggunakan contact lens yang didapati daripada penjual yang tidak bertauliah, yang mereka tahu, mereka akan jadi cantik without being aware of the consequences. Cantik 'instants' tetapi merbahaya ok.

Jangan kerana mengejar kecantikan, mata ada menjadi korban.



p/s: ok, kalau rasa nak pakai jugak contact lens, pergi jumpa tempat yang berdaftar dan menjual contact lens yang terjamin selamat untuk dipakai, tapi kan...pakai spectacles lagi 'cun' what?? stylo hihi....













Tuesday, September 25, 2012

Tips Menghadapi Peperiksaan di Saat Akhir

Tak sangka cepatnya masa berlalu, musim persekolahan pun dah nak habis. Pasti adik-adik yang nak menghadapi peperiksaan Awam khasnya berdebar-debar, jantung pun berdegup kencang sekarang kan? mana taknya Peperiksaan SPM dan STPM ada beberapa hari je lagi..ada yang menggelabah dah ke? gemuruh jiwaaaa, semangat membara...atau mungkin ada yang dah lamaaaa dah mula buat ulangkaji untuk pastikan kecemerlangan dalam peperiksaan kelak. ke ada yang masih belum mempunyai kesedaran? or ada yang mengaku dia adalah pelajar yang suka study last minute? apa-apapun asalkan adik-adik tahu tanggungjawab adik sebagai pelajar, ingat pengorbanan mak ayah nak tengok adik-adik berjaya dah memadai...so, untuk itu Ayu nak kongsikan Tips untuk mengahadapi peperiksaan, apa persediaan akhir menjelang hari peperiksaan, ini adalah hasil pengalaman sendiri jugak lah,, harap dapat membantu adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Awam PMR, SPM dan STPM nanti ok?.. well, sharing is caring..

Antara Tips Persedian penting untuk Menghadapi Peperiksaan adalah seperti berikut:
1. Ulangkaji secara pantas dan berkesan
Sekarang mungkin masa adalah amat terhad untuk adik-adik membaca sebuah buku yang tebal dan ini akan membuatkan adik-adik menjadi kurang keyakinan untuk menghadapi peperiksaan. untuk itu, penggunaan nota ringkas, peta minda, nota poket boleh membantu adik-adik untuk buat 'skimming' topik yang adik dah belajar. Adik-adik pun boleh membaca skema jawapan untuk soalan esei khasnya agar mendapat garapan idea untuk menjawab soalan ujian..(idea untuk membuat karangan,kan skema jawapan dah sedia dengan isi-isi penting..at least idea pun berkembang..)..Penggunaan masa belajar secara optimum adalah amat penting dan kalau boleh ulangkaji setiap hari, Masa itu adalah Emas.. 


2. Latih tubi soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Mencuba soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas amat mebantu adik-adik. Hal ini kerana, banyak latihan akan membantu adik-adik mengetahui 'pattern' soalan yang akan keluar waktu peperiksaan nanti. Selain itu, adik-adik akan biasa dengan kata kunci soalan yang berbeza-beza namun kehendaknya sama. Ini akan memberi sedikit gambaran berkenaan soalan ujian kelak. Ulang sebanyak kali yang boleh, dan cuba untuk membuat kertas peperiksaan menggunakan masa peperiksaan yang sebenar. dengan ini, adik-adik akan biasa dengan pembahagian masa yang betul dan dan dapat diaplikasikan pada peperiksaan sebenar kelak. 


3. Jaga Pemakanan dan Kesihatan diri
Badan yang sihat serta emosi yang baik amat penting untuk seseorang bila menghadapi peperiksaan. Untuk itu, adik-adik haruslah menjaga pemakanan, makan makanan yang seimbang, dan tidak makan sembarangan. nanti tak pasal-pasal sakit perut dan cirit-birit waktu exam, tak ke naya tu dik? Selain itu, kurangkan keluar rumah agar tidak terlibat dengan kemalangan, nanti jadik calon hospital pulak..kemain dah prepare nak ujian..so please jaga diri..Malang tidak berbau. 


4. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi
Tidur dan rehat yang mencukupi amat penting bila nak menduduki peperiksaan. jangan disebabkan study last minit, adik-adik stay up, belajar dari petang sampai ke pagi nak ujian..konon tak habis belajar lagi..kang tiba-tiba pengsan dan pitam tengah exam? siapa yang menyesal dik? siapa yang nak jawab ujian tu nanti?so, fikir-fikirkanlah...and one more thing, tidur yang mencukupi adalah amat penting untuk proses mengingati segala memori..so dapatkan rehat yang cukup yer.. :)


5. Semak Jadual peperiksaan anda.
Perkara ini yang paling penting, adik-adik kena aware tentang tarikh ujian, subjek apa, masa ujian berlangsung. Takut lambat masuk dewan peperiksaan pulak nanti. and yang paling penting takut lain subjek yang dibelajar lain yang ujian..nangis sensorang jawab exam! hee..Satu lagi, sediakan alat-keperluan untuk ujian, kalkulator, pembaris, alat tulis yang digunakan untuk subjek tertentu k.


6. Doa dan Tawakkal dan mohon restu Ibubapa dan Guru.
Dah usaha, belajar betul-betul, ulangkaji sehabis baik, adik-adik kena berdoa untuk medapat hidayah dan idea untuk menjawab soalan peperiksaan , serta bertawakkal atas segala usaha yang adik-adik lakukan. lakukan pembersihan jiwa, bercakap perkara yang baik-baik, minta maaf atas kesalahan, jaga hubungan baik dengan manusia, mohon izin ilmu daripada guru-guru adik dan yang paling penting mohon restu Ibu bapa. Adik harus yakin, doa ibu bapa adalah yang terbaik dan akan dimakbulkan oleh Allah SWT..


InsyaAllah..dengan adanya persediaan rapi dan doa, adik-adik akan melangkah yakin ke dewan peperiksaan  dan mapu menjawab dengan tenang..Semoga Tips menghadapi peperiksaan di saat Akhir ini dapat membantu adik-adik dalam membuat persediaan untuk mendudki peperiksaan PMR, SPM dan STPM kelak..Good Luck semua! : )














Monday, September 24, 2012

Redha itu ikhlas..

Semua kepunyaan kita hari ini adalah bukan hak mutlak milik kita, semuanya pinjaman dari Yang Maha Esa, Yang Mengetahui segala rahsia di dunia dan akhirat..siapa kita untuk mengakui nya, hari ini rezeki melimpah ruah, tak mustahil esok pinjamanNya bukan lagi milik kita. Begitu juga sama halnya dengan kisah hati. Cinta. hari ini gelora asmaranya membara, semuanya indah belaka tiba-tiba ceritanya berubah. indahnya sedetik cuma, rasa kecewa dan perasaan mula menyoal kenapa & mengapa nasib malang berlaku, sedangkan sangkaanmu dia yang terbaik untukmu. 

SAtu kisah : Seorang kawan (berusia sikit) telling me that his ex girlfriend meninggal dunia tahun lepas..and secara berseloroh said, nasib aku tak kahwin dengan dia, kalau tak dah menduda aku waktu ni..

see? [bukan nak mempermainkan kematian ex girlfriend kawan tadi..cuba lihat dari pandangan positif] kadang-kadang kita menyoal ketentuan dan takdir Tuhan. padahal kita tak tahu hikmah disebalik musibah yang berlaku. kita tidak mengetahui percaturan hidup melainkan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah akan menggantikan kekecewaanmu dengan sesuatu yang tak dijangka, malah yang terbaik bagimu. Percayalah....


maka bersabarlah wahai hati...redha itu ikhlas, pasti 
ada perkara terbaik bakal menunggumu... InsyaAllah..








Sunday, September 23, 2012

long perm hair vs short curly korean hairstyle: which one better?


i think its time to look  fresh and change my hairstyle..don't u think so? long hair perm kadang-kadang buat kepala pening..why did I say so? satu, berat. semakin panjang dah rambutku ini..nak buat sanggul pun dah rasa berat..hue :p kedua, panjang gila sampai rasa dull je muka tengok dari tepi,, maybe sebab berat sangat so rambut tertarik ke bawah (bila takde masa nak cantik-cantikkan rambut dengan rolling iron-bagi hair form-and blow rambut)..sometimes rasa tua pulak tengok diri waktu tak terjaga! hihik..ketiga, hujung rambut mula bercabang..rambut ayu dah nampak rosak wuwuwuwuw, rapuh dan bercabang! bahaya takut melarat sampai ke atas..ada macam itu meh? 

so i'm thinking of new hairstyle..tengah explain waktu mengajar pun sempat tengok rambut budak-budak pagi tadi..lurus tapi zig zag hairstyle..nice and look rock babe lah! tp rasanya tak seswaii dengan ayu..hehe suka tengok je kut.. :), i'm starting to miss my super long staraight hair..yang dulu-dulu...ingat lagi tak? but if i think of having a short hair like this?




would it suits me any better?
short curly korean hairstyle.....nice wat...

.
.
.
.
emm still thinking..help me making a really tough decision..


p/s: tapi kalau pendek nanti nak pegi kenduri kawen cousin bulan disember rambut masih pendek lagi..
uhh dilemma.. =.='' what should i do? duhh..





Saturday, September 22, 2012

Alahai BE Nuffnag September datang jenguk aku..yeayy!!



this really made my day...waktu selalu jenguk, semak akaun Buffered earning tak muncul pulak..tapi dah aku tak endahkan ko, baru ko muncul eh? BE? mana ko menghilang selama nih? so memang betullah orang kata, "life will be good if we don't care..no hopes, now tiba2 datang pulak Buffered Earning datang berlegar di blog untuk bulan September 2012..bulan ogos takde langsung jenguk oo...Ternyata Nuffnag curang sama gue! sekali datang jenguk tiga iklan sekali gus dia bagi...oke..iya sungguh memadai mr Nuffnag! Thank u in advance eh...suka tengok blog pink bubblegum princess diwarnai warna kuning Digi Smartplan Zero dan Digi DEP Revamp..and VW Beetle pun cantik kan?? kalau banyak duit mesti ayu nak beli..tapi apakan daya,, aku hanya mampu bermimpi disiang hari..huhu


bercakap pasal duit baru ingat tak lama lagi orang Kakitangan Awam Malaysia nak terima gaji bulan September 2012..dah semak Penyata Gaji online ke belum? kang website Jabatan Akauntan Negara(ANM) sesak pulak bila 25 september 2012..baru nak semak?..just menyedapkan hati nak semak e-penyata gaji & laporan je..at least bermotivasi sket nak bekerja,, mentang-mentang bulan ni lama benor terasa nak tunggu gaji, macam la gaji dia naik setiap bulan hahaha...so, semak jangan tak semak ok? ;)

Lagi Kisah BE Nuffnag Pinkbubblegumprincess..











Friday, September 21, 2012

Nervous buat aku gagap!


Oemmmmmgggeeeeee!! what a nervous-scary-shy Day!! really funny if ingat balik...today heboh satu sekolah bila Kolej dari Australia ya Aussie you, datang nak melawat sekolah..dorang study bahasa melayu so haruslah melawat sekolah untuk tengok-tengok macam mana pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah kat Malaysia kot...*alahaiii..kan seronok kalau ayu pun boleh melawat sekolah lain and pergi oversea...owh mimpi! [mula tampar muka supaya tak bermimpi di siang hari :p] 

ok, mula-mula ingatkan 'khabar angin' cakap dorang orang Indonesia yang study Bahasa Melayu di Kolej Australia..terus satu staffroom kena jajah 'bahasa Indonesia" konon-konon nak berlatih sambut tetamu..Lol! and ketawa kat kawan-kawan yang ajar BM sebab kena observe oleh orang luar...kalau tak prepare boleh nebes oo...Sekali yang datang rupanya semua bermata biru,, orang putih yang belajar Bahasa Melayu..terharu tak korang? terharu tak..omputeh belajar bahasa rumpun di Asia tenggara. ayu ade amik gambar tapi..takleyh nak tunjuk kat korang,, entah wayar usb tak tau merayap ke mana and bluetooth laptop ni bermasalah dr dulu lagi, takleh detect device..sayang kan??

Konon-kononnya hepi pergi kelas tengah ayu mengajar, terdengar kumpulan pelawat orang putih bersama gurunya di koridor luar...apalagi student eksited kemain..bukan dengar pun apa yang ayu dok merepek kat depan, almaklumlah typical Malaysian, memang capai 'eksited state' bila tengok homputeh hehe..susahnya amat nak kontrol..takpe jarang berlaku,, bagi peluang dorang hepi siket...

lamaaaaa dah dorang melawat satu bangunan, tiba-tiba Ignatius..one of the school prefects, selaku ajk protokol want to show off his class to his new friends...waktu dia minta kebenaran nak bawak dorang masuk kelas and observe me teaching addmaths, i was like...omaiigod omigoddd panass panas!! tiba-tiba nervous tak bertempat! 

bergegar seluruh badan waktu dorang masok! siapa yang tak nerves when an unexpected thing happen at a sudden time?, tell me! giler, dah lah waktu tu tengah buat revision dengan budak-budak sebab dah nak final exam..adoyai..first 5 seconds,,bila semua nak-anak omputeh tu masuk, (kusyuk je dorang tengok ape aku tulis kat blackboard, and cikgu nya terus landing tengok i kat depan) what the heck! memang rasa tak dapat control nervous sendiri,, gagap berabis!! macam speechless. siyesly. i'm speechless. tapi bila dah dapat control diri and lawan perasaan takut and nervous kemain, and cakap kat diri..alahh buat biasa jek..buat macam dorang student ko juga,, buat apa nak nebes? then,, hantam saja.. i made it..buat biasa, and i'm cool then.

hahahhahhaa,,, ape lahh..korang fikir tak nervous eh bercakap depan orang/ strangers? adoyai..neves tetap ada o... gila punya hari lah today... XDD macam nak pengsan pun ade gakkk..chaw dulu... as-salam..



Thursday, September 20, 2012

Kesian pulak pelajar zaman sekarang.


Kalau tengok pelajar sekarang bukannya berlumba-lumba nak rebut ilmu, tapi semuanya berlumba-lumpa balik sekolah, buat apa? update status facebook or twitter, not all buat almost..macam lain pulak persekitaran zaman sekarang, yelah..zaman dah moden,..dunia dah maju..ok oke get it..tapi don't you think bayaran untuk kemajuan ini terlalu besar nilainya? kesian pulak lihat adik-adik di bangku sekolah yang menjadi mangsa tanpa mereka sedari, hiburan yang melekakan hingga mampu menggelapkan masa depan mereka kelak. Why did I say so? 

Abad ini, pelajar mempunyai banyak 'distraction' bila nak belajar berbanding zaman kita duolu-dulu (yea hidup 80-an). ok now kita perincikan hujah kita.

Pengaruh besar Facebook dan twitter.
Rangkaian media sosial yang mudah diakses amat membimbangkan. kalau pelajar secara bijaksana menggunakan capaian online secara betul dan tidak menghambakan diri untuk facebook dan twitter kan lebih bagus. Secara amnya pelajar akan menggunakan hampir 70% masanya untuk online, melekakan diri untuk update status, chatting tentang perkara yang kurang berfaedah, membuang masa dengan online sepanjang hari padahal belajar tak sampai satu jam dah berhenti. Mereka hilang motivasi untuk belajar bahkan ada yang sanggup "menjaja" markahnya yang rendah seolah-olah bangga dengan keputusan. well, maybe thought of being cool if ever did such thing? adakah anda bersetuju jika saya mengatakan pelajar yang aktif berfacebook mempunyai result yang kurang memuaskan di sekolah? should believe it..pelajar yang mempunyai excellent result tidak 'terikat' dengan social media dan mereka lebih berkomitmen tinggi dengan pelajaran, kerana mereka tahu pelajaran penting untuk masa depan. they are very motivated in willing to persue their dreams.

Handphones and gadjet
situasi: belajar, handphone disisi. Belum sampai 5 minit belajar, ilmu pun belum sempat nak difaham, datang pulak message..terus layan message, buku letak tepi. itu ok lagi, kalau baru nak belajar, terus dapat call dari boyfriend memang parah lah..tak sempat belajar dah bergayut lama-lama..personally i rasa handphone memang menjahanamkan pelajar kita. Kenapa? sebab pelajar tak tahu cara nak limitkan penggunaan handphone..dengan pasang lagu pakai earphone kat telinga, paham ke? masuk ke belajar? heran..
Pengaruh TV
dulu-dulu pengaruh kuat kami yang lahir zaman 80-an adalah tv..tapi nasib baiklah hanya ada 3 or 4 chanel je,,TV1, TV2, and of Course TV3..bagi yang bernasib baik adala NTV7...tu pun adoii eksen baca buku depan tv, tapi lepas my dad lari..mata pun macam kena 'sumpahan' ter'gam' kat tv..hehe..tapi zaman sekarang lagi mencabar, ada astro berapa banyak chanel ada kat dalam..and budak-budak pun gila layan running man, demam KPOP, mtv chanel, astro ria..tapi rasanya pengaruh tv ni kurang kuat berbanding yang first sekali tadi..Facebook dan Twitter..kan? 

tapi apa-apapun, walau macamanapun "distractions" yang dialami, sebagai pelajar..seseorang perlu tahu tanggungjawab masing-masing, buat komitmen yang tinggi dengan belajar dan yang paling penting kuatkan azam dan motivasi untuk berjaya. kalau everything is under control,  rasanya tak kan jadi satu masalah buat korang kot...social life ada, masa depan terjamin..

Ingat, tiada siapapun yang boleh membantu diri sendiri melainkan anda sendiri. Kejayaan tak datang bergolek..Ingat jangan nak senang dulu susah kemudian..Lu pikir lah sendiri. "Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah"


success isnt given. It's earn.


p/s: Sometimes i feel so lucky lahir zaman 80-an..ehh rasa tua la pulak sebut 80-an,,specifically 1986..


INFO MENARIK..










Tuesday, September 18, 2012

Bukan Bidadari : Nad Zainal semakin popular!!



Tengok tak Slot Lestary Tv3? ala...drama Bukan Bidadari setiap selasa jam 9.30 malam...sanggup tunggu berita and duduk depan tv3 gara-gara nak tunggu drama tu...Malam ni malam last episod tau!! 18 September...mesti tonton..kang lupa, menyesal pulak! 

suke tengok Bukan Bidadari..love how Nad Zainal bawa watak Inas..memang menjadi lah! Nad Zainal (bukan Wawa Zainal yer..and walaupun nama bapak serupa, bukan juga adik-beradik yerr..) ada aura tersendiri, she's cute in her own way...urban style and got the style yang macam kita nak lagi tengok and want more dari dia..Drama Bukan Bidadari ni nye jalan cerita pun best,, dengan segala konflik..i think its enjoyable untuk ditonton semua family members..I love Inas (lakonan Nad Zainal) but i'm scared to have a husband macam suami Inas (lakonan boyfriend Shiela Amzah..alah ape nama dia ek? oh Sharnaz..takut ooow.)...

jom layan gambar-gambar Nad Zainal atau nama komersial lainnya adalah Nadia Zainal...patut pun dia terer mengekspresikan emosi dalam lakonannya iaitu watak Inas, Nadia Zainal ni belajar dalam jurusan seni teater di ASWARA...personally, ayu suka cara Nad Zainal bawa diri...dia macam ada gadis yang class tersendiri, i mean very classy woman, and dia ada something yang i can't explain..mcm buat kita nak tengok je..i adore her..like seriously!







so jangan lupa saksikan Episod Akhir Drama Aku Bukan Bidadari Slot Lestary di TV3,,Selasa, 9.30 malam..apakah kesudahan cerita Inas? dapatkah Inas lepaskan diri daripada suami dia ah?? hurmm tktnya.....tunggu malam ni eh korang!!
p/s: gambar kredit to Nad Zainal Facebook page

updated: Seronok tengok lakonan Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi dalam Kampung Girl gandingan bersama Akim AF. memang cheeky giler drama tu. suka!! I love her expression..pandai lah Nad zainal ni berlakon Kampung girl! salute!



Monday, September 17, 2012

Aurora: Indahnya ciptaan Tuhan..


Aurora...apa itu aurora? selalu dengar tapi ia bukanlah lagu kumpulan Estranged semata-mata...oke! Aurora adalah tirai cahaya yang cantik dan berkilauan di langit malam. Terletak tinggi di atmosfera atas bumi, elekron-elektron bertenanga dari medan magnet Bumi berlanggar dengan gas-gas, menjadikan mereka bercahaya. Dari musim luruh hinggalah musim bunga, orang di bahagian Artik akan dapat melihat pertunjukan cahaya yang terbesar di dunia.kita di khatulistiwa? hehe tengok dari gambar je lah kan..

Aurora kebiasaanya hanya dapat dilihat di bahagian kutub Bumi disebabkan medan magnet bumi. Kadangkala orang akan dapat melihat Cahaya Utara aka Nothern Lights (Aurora Borealis) jauh di selatan Texas dan Florida, hanya sebilangan pencerap sahaja yang dapat melihat Cahaya Selatan (aurora Australis) yang biasanya kelihatan di langit Antartika. Indahnya Aurora ni..cuba bayangkan kalau dapat menyaksiakan Aurora di depan mata..Subhanallah!! Tengok gambar pun dah cantik apatah lagi kalau in real...tak dapat ayu nak bayangkan....baru pemandangan indah di dunia tu, sikit je tu...Jom kita sama-sama saksikan pemandangan Aurora ni ramai-ramai..besarnya kuasa Yang Maha Pencipta..cantikkan... :)













puas?? inginnya hati nak tengok pemandangan Aurora ni secara real...hehe
Aurora sangat cantik dipandang tetapi ia sebenarnya merupakan amaran awal 
terhadap bencana yang bakal menimpa


sumber info : angkasa




Sunday, September 16, 2012

Farewell party Kak Rina...Anuar Steamboat @Telang Junction Cafe


wahhh sekejap nya masa berlalu...dah dekat nak setahun dah..kak rina pun dah sarat nak beranak dah heee...tinggal 2 minggu je lagi nak melahirkan baby...dengar-dengar macam pompuan,,mesti muka macam ayu,, dah hari-hari kak rina tengok muka aku ja kat rumah ekekekkeke.. :p so before dia balik, nak melahirkan..and thinking maybe dia nak pindah ke semenanjung ikut suami..so there you go, malam jumaat kami steamboating ramai-ramai kat Anuar Steamboat @Telang Junction Cafe...whoa memang seronok..!! biasanya Anuar steamboat ni penuh, so recommendable untuk contact Anuar Steamboat Kuching tu dulu untuk booking tempat in case bawa member ramai-ramai. bleh dorang booking terus untuk korang ok.

sorilah amik gambar dah time nak habis makan dah,, sebab waktu lapar takde maknanya nak amik gambar..tangan lagi cepat nak cekau makanan je...daging ang my most favorite seafood!! wow heaven XD..
once again, gambar pinggan kosong...makan semua da dalam perut heee memang kenyang perut suka hati lahhh!

me and eppi....

bawah ni kak rina and her hubby..sanggup amik his beloved wife and baby!! risau kot hehe



kitorang tempah 3 meja malam tu..heeee meja paling meriah...berbaloi dorang pegi hehe

ni meja kitorang...bayar makan steamboat rm20, ayu makan berapa ringgit eh??
hihihi rugii..perut kecik! lol :D but its oke asal enjoy!


last before balik amik gambar time...
ni tengah menunggu nak balik...driver lagi bergambar-gambar...heeee,,
.
.
.
balik terus fengsan kekenyangan!
and pening, siapa suruh makan daging and seafood melampau-lampau,
kolesterol naik..ah amik kawww!!

p/s: Jangan tanya ayu tentang Anuar Steamboat Kuching contact number hehe sebab semuanya diuruskan oleh kawan ayu ehhe..yang ayu tahu tempat ni best!! :)




Saturday, September 15, 2012

Regatta Sarawak serta Karnival Sains dan Inovasi Sarawak 2012


What a tiring day! mengiring budak-budak ke majlis Perasmian Regatta Sarawak 2012 serta Karnival Sains dan Inovasi Sarawak 2012. pergi pagi pulang tengahari..bukan senang nak kontrol budak remaja sekolah tingkatan empat, aduii pening kepala eden...permulaan hari kami agak mempunyai moment-moment yang me'nervous'kan ..why? sebab bas sekolah waktu reverse bas terlanggar kereta orang belakang..akibat kesilapan komunikasi hmm..tak sangka..kesian jugak dengan kereta tu...rosak teruk jugak huhu...btw they settle among themselves..tapi agak cuak jugak, dengan keadaan dalam bas tak terkawal sedikit..alahh..biasalah budak-budak jerit-jerit sebab terkejut dengan kejadian..dah kena marah and dinasihat baru boleh kawal diri and faham keadaan..aduii mau fengsan gue! :p after that kami arrived safely...

kami datang awal tau, dengan orang masih baru nak mula set up kedai, tebingan kuching aka waterfront Kuching or majlis regatta Sarawak 2012 belum lagi bermula..masih sunyi keadaan waterfront Kuching waktu tu..Regatta Sarawak 2012 start lewat sikit..


so amik-amik gambar dulu...hah, orang lain pon belum ada, kerusi lain pun masih kosong! heee muka dak nakal..
nah yang ni dua paling bising and naughty to the max, i tell u!
sementara tunggu, perut pun berkeroncong berGangnam Style...
so cikgu-cikgu curi-curi jalan cari makan dulu hehe
seyesly panas kat jalan..padahal jam baru 9.30 pagi..memang ayu takkan pergi kalau tak ikut sekolah..sebab tak suka keadaan penuh sesak and hari panas...uwaaa..tak suka tak suka..memang berlari-lari anak masuk booth-booth tkt kena panas hehe.
after that, majlis perasmian Regatta Sarawak dan Karnival Sains Inovasi 2012 bermula..yang seronoknya antara 5 hasil pemenang Inovasi Akar Umbi Terbaik adalah berkaitan dengan makanan..tak ingat secara tepat nama inovasi tu, tapi berdasarkan kefahaman ayu...yang menang inovasi adalah belacan dibuat dalam bentuk serbuk supaya senang dan selesa digunakan di dapur, tulang ikan terubuk diinovasikan menjadi tulang yang lembut seperti tulang ikan sardin dalam tin! boleh di makan begitu jerr,, well good innovation actually kan?? ermm...yang satu lagi ayu lupa heeee...ingat benda yang menarik perhatian je..ekekeke

then after that, kami berpeluang and sanggup pi cari cop sirim untuk masuk cinema 5D for free,, well for FREE ok..selalu orang masuk bayar rm10, just for 5 minutes kan?? so, apalagi,, untuk yang free ayu sanggup redah orang ramai,tunggu nak masuk,, nasib tak lama....seronok betull jerit kuat-kuat macam takda orang disebelah,, then lepas habis tersipu malu pulak kat orang sebelah-menyebelah kui3...aku pedulik apa? enjoy yang penting!! hahaha XD kan Chung and Agatha?

then balik time...budak-budak masih excited nak jalan..cikgu-cikgu dah tahan nak melayan...haha, dorang ajak pegi jalan shopping mall malas jugak nak layan...kami dah ngantok dah...so, aku takkan kalah dengan pujukan mu...studentku... hihi..balik terus Tido.. :)