i

Tuesday, October 4, 2011

bunuh diri sebab putus cinta, berapa nilai nyawa anda??

(1)beautiful life quotes weheartit
its a sad story.

bila sayang terlalu mendalam
kehilangan terasa sungguh menyakitkan
rasa sayang tiada balasan
kecurangan membuatkan parah di hati
rasa sunyi menghuni diri
bila cinta tiada lagi..


apa yang ingin saya kongsikan di sini
walau bagaimana pun sedih, hati pedih mengenangkan
kisah cinta yang tidak kesampaian
Dont you ever think about committing suicide.


Awal Isnin minggu ini saya diberitahu tentang seorang pelajar lelaki telah membunuh diri dengan meminum racun serangga disebabkan putus C.I.N.T.A
berapakah nilai nyawa anda? semudah itu hendak mengambil keputusan
Apa yang perlu ditegaskan di sini adalah beliau masih remaja..baru 16 tahun.
Cuba anda bayangkan betapa beraninya keputusan yang dibuat
betapa singkat dan tidak matangnya pemikiran dia


waktu itu beliau berfikir
mungkin itulah jalan utama untuk menjernihkan keadaan
mungkin itulah jalan untuk menyelesaikan kekusutan fikiran
mungkin itulah cara terbaik untuk melegakan perkara yang menyesakkan dada
mungkin itulah sahaja jalan untuk memujuk kekasihnya agar dia kembali
mungkin juga dengan tindakan itu adalah sebagai bukti betapa tulus dan ikhlas cintanya terhadap gadis  sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuknya kembali.


Namun beliau ternyata SALAH

[beliau menunjukkan rasa bersalah setelah sedar (di hospital)]
namun sudah terlambat sebab tidak dapat diselamatkan lagi
tidak terfikirkah betapa sedihnya perasaan ibu bapa nya ketika itu?
anak yang bijak tetapi kalah dalam pertempuran "percintaan"
anak yang dibesarkan dalam kasih sayang tetapi
lupakan kasih sayang ibu dan bapa
tetapi mengagung-agungkan kasih sayang yang belum pasti?

fikirlah adik-adikku

"Don't you ever make a decision while in anger"

dan anda perlu ingat
setiap dari kita mempunyai masalah
tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari masalah
untuk kita renungkan bahawa kita adalah manusia yang lemah dan kembali kepada-Nya
Namun apa yang penting cara kita menghapi masalah itu
akan menunjukkan siapa anda sebenarnya..



(1)Life quotes
kisah sekadar renungan bersama.
janganlah membunuh diri semata-mata untuk cinta yang belum pasti..
hargailah nyawa anda dan orang yang menyayangi anda especially keluarga anda..


It is hurt when you let someone become your priority,
but you let yourself as a choice...






sharing is caring!!

3 comments:

  1. stuju! putus cinta? cari awek baru.. huhu~ settle!
    :D

    ReplyDelete
  2. banyak lagi ikan di laut dalam..=)

    ReplyDelete
  3. Not worth it at all, live life and go through for everything happens for a reason.

    ReplyDelete